Monday, 9 June 2014

Rahsia Melabur SHOP LOT Terbongkar : Bagaimana Mengurangkan Risiko Anda

*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ *GUIDE TO INVESTING

Salam dan Apa Kabar anda semua.



Selepas menerima hit yang banyak di dalam entry sebelum ini iaitu "Strategi Melabur SHOP LOT & Skim Pencen" http://huzaifah7property.blogspot.com/2013/04/ merancang-kewangan-anda-dengan.html membuatkan saya terfikir untuk menulis sambungannya dan berkongsi dengan anda semua serba sedikit STRATEGI yang saya gunakan iaitu :

"STRATEGI MENGURANGKAN RISIKO MEMBELI SHOP LOT"

Bagaimana untuk anda mengatasi masalah-masalah ketiadaan penyewa? Worst Case Scenario bagi membeli SHOP LOT adalah tiada penyewa dan anda terpaksa menanggung installment Bank. Anda perlu gunakan Rule of Thumb iaitu seeloknya anda mempunyai "HOLDING POWER" yang kukuh. Sekurang-kurangnya anda mampu survive selama 24 Bulan tanpa penyewa.  

Memang ada petunjuk-petunjuk jelas yang boleh menjadi perkiraan anda untuk membeli sesebuah SHOP LOT. Antara perkara yang saya perhatikan adalah Siapakah Pemajunya, Pengalaman pemaju untuk projek-projek sebelum ini, pembangunan disekitar oleh pemaju yang lain, reka bentuk Design, Harga,  Lokasi Unit berkenaan dan sebagainya. Selain itu juga saya mengambilkira Faktor-faktor biasa seperti berikut :-
** Dekat dengan IPTA/IPTS
** Berhadapan atau berhampiran Jalanraya utama
** Berhampiran stesen Bas/ MRT
** Berhampiran Hospital
** Jenis Residential,  Jenis penduduk & Jumlah Penduduk
** Kawasan penduduk padat dan sebagainya

*** Walaubagaimanapun Ada juga kes yang berlaku selepas semua faktor ini diambil kira masih ada beberapa unit SHOP LOT yang gagal disewakan selepas tahun pertama malah hingga tahun kekedua. Apakah Tindakan anda jika berlaku keadaan seperti ini.

Apakah Langkah-Langkah Yang Boleh Anda Ambil Untuk Mengurangkan RISIKO ini :-

1. Ramai yang tidak mengetahui bahawa  SHOP LOT Unit tepi di Puncak Alam Fasa 3 bukanlah SHOP LOT saya yang pertama. SHOP LOT pertama yang saya beli adalah Unit yang baru siap dibina dalam jangkamasa 1 tahun dan telah ada penyewa. Saya membuat keputusan membeli sebuah SHOP LOT daripada Unit yang telah siap dan dan ada penyewa daripada Penjual yang terdesak memerlukan Tunai ditangan. Macamana nak dapatkan situasi begini?! Kuncinya Sabar & Rajin-rajinlah mencarinya. Info dari rakan-rakan juga amat penting. Langkah ini ternyata mengurangkan RISIKO yang bakal saya hadapi sekiranya SHOP LOT yang saya beli tiada penyewa. Walaupun begitu saya masih mampu memperolehi Positive Cash Flow  sebanyak RM1,500.00 sebulan. 

2.  Langkah seterusnya Saya mula membeli SHOP LOT yang baru dilancarkan dan sedang di dalam Pembinaan. Langkah ini lebih RISIKO. Namun pulangan daripada segi "Rental" dan "Market Appreciation" lebih lumayan.

3.  Apabila anda telah mempunyai CASH FLOW yang baik daripada pelaburan anda itu tadi. Teruskan Berdisiplin dan Sabar. Anda boleh gunakan CASH FLOW yang diperolehi untuk beli Shop Unit yang seterusnya. Positive Cash Flow ini digunakan untuk bayaran INSTALLMENT semasa Unit dalam pembinaan sehingga siap sementara anda mendapat penyewa yang akan membayarkan INSTALLMENT Bank anda. 

4. TIPS seterusnya anda boleh dapatkanya dengan membeli EBOOK yang baru dilancarkan iaitu "PANDUAN & STRATEGI SHOP LOT". DIdalamnya terdapat catatan info yang lebih terperinci dikongsikan bersama untuk anda disebabkan "ruang" yang lebih luas. 

**Tidak rugi untuk anda melaburkan RM35.00 bagi mendapatkan maklumat lengkap tentangya. Sebelum anda melabur dan kerugian puluhan disebabkan kesilapan langkah dalam membuat keputusan untuk melabur unit SHOP LOT anda
Moga-moga catatan ini dapat membantu ANDA menambah pegangan keatas pemilikan Unit-Unit Komersil di Kawasan Bandar. 

Saya telah mencubanya dan sudah pastilah ianya sangat mengujakan. Semoga anda semua terus sukses

  

Friday, 6 June 2014

AMALKAN MINUM JUS LEMON

*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ *GUIDE TO INVESTING


AMALKAN MINUM JUS LEMON

Amalam minum Jus Lemon adalah satu amalan yang sangat baik kepada Kesihatan Tubuh badan anda. Apa kaitan Jus Lemon kepada Pelaburan Hartanah? Kaitannya adalah anda perlu mempunyai badan yang sihat, fizikal cergas dan pemikiran yang "Sharp". Kesihatan yang baik akan membantu anda membuat keputusan yang tepat,  berani mengambil lebih risiko, perhubungan interpersonal dan Komunikasi yang lebih baik dengan orang sekeliling terutama Banker, Lawyer, Pemaju Hartanah, orang perseorangan dan sebagainya. Tumpuan anda juga akan semakin tinggi membolehkan anda mengalirkan seluruh "Tenaga" kepada pekerjaan yang anda minati iaitu Pelaburan Hartanah.

Berikut adalah sedikit catatan yang saya ambil daripada Nota Dr. Zubaidi Hj Ahmad

Perahan lemon yang dicampurkan dengan gula prang atau madu ke dalam air suam dapat memberikan banyak manfaat kepada badan anda dalam banyak cara, termasuk membantu untuk menurunkan berat badan, meningkatkan penghadaman dan membekalkan Vitamin C.
Perahkan jus lemon sebanyak satu sudu besar, tambahkan setengah sudu gula perang atau madu dan dibancuh dalam segelas air suam. Sebagai pilihan boleh menambah secubit serbuk kayu manis atau secubit halia.
Ini akan meningkatkan keupayaan tubuh untuk menyerap nutrien. Penyerapan nutrien yang lemah boleh menyebabkan kita berasa lapar, walaupun sebenarnya kita baru saja makan.
Air lemon dapat membersihkan sistem penghadaman, membaiki fungsi buah pinggang dan organ hati daripada bahan buangan dan toksin.
Kedua-dua kombinasi lemon dan air dapat mengurangkan kandungan lemak yang baru di makan. Oleh itu sangat baik setelah selesai memakan makanan yang banyak lemak.
Jus lemon menyediakan jumlah Vitamin C yang tinggi. Satu biji limau memberikan 30.7 mg vitamin C, berbanding dengan jumlah harian yang disyorkan ialah 75 mg bagi wanita dan 90 mg untuk lelaki oleh USDA.

Mereka yang mengambil lebih banyak vitamin C mempunyai sistem pencernaan yang lebih cekap kerana ia meningkatkan keasidan dalam sistem pencernaan.
Vitamin C dalam jus lemon juga meningkatkan sistem tahan, membantu mencegah penyakit jantung koronari, dan mengurangkan risiko anda untuk strok , dan gout. Ia juga adalah antioksidan yang boleh membantu mengurangkan risiko mendapat penyakit kanser.
WALLAHU A’LAM

~Semoga Bangsaku dan Malaysia terus Maju, Kaya Berjaya, Lebih Kompetative, Bersatu-hati dan Bertaqwa

Wednesday, 4 June 2014

JIKA MAHU JADI PEMENANG FIKIR, RASA, CAKAP & BERTINDAK SEPERTI PEMENANG

*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ *GUIDE TO INVESTING

Salam semua,

Hari ini terasa ingin melanjutkan masa dengan beberapa perkara yang perlu disiapkan segera. Disebabkan Minda semakin cramp saya melayari dunia maya seketika dan terjumpa koleksi Mutiara Kata-kata yang Indah ini. Kata-kata ini umpama Kafien yang membugarkan mata, mengalirkan adrenalin lebih pantas, menjadikan nafas turun naik dengan lebih cepat. Justeru saya kongsikan kepada anda di sini. Bukan semua situasi yang dihadapi oleh KITA semua sama pada masa ini. Berdasarkan situasi anda sekarang sudah tentu ada di antara MUTIARA KATA ini yang boleh menolak anda sedikit, membuang rasa selesa dan berusaha lebih gigih daripada biasa. Semoga Usaha yang dilakukan terus Istiqamah, konsisten dan berterusan

 BEST QUOTES                                 01.13am                                           4/6/14
*WHERE FOCUS GOES, ENERGY FLOWS
*WE ARE THE RESULTS OF OUR THOUGHTS AND ACTIONS
*LEARN ABOUT MONEY AND SUCCESS EVERYDAY
*85% OF MILLIONAIRES ARE SELF MADE
*YOU CAN BE ANYTHING, IF YOU JUST DECIDE
*DON’T STOP BELIEVING
*DECIDE WHAT YOU WANT, AND GO AFTER IT WITH EVERYTHING YOU GOT
*DON’T WASTE TIME LOOKING FOR “GET RICH QUICK” SCHEMES
*CREATE A PRODUCT OR SERVICE, BUILD A BUSINESS AND WORK YOUR ASS OFF TO MAKE IT HAPPEN, NEVER QUIT!
*ENOUGH WITH THE EXCUSES! DON’T LET ANYONE TELL YOU WHAT TO DO!
*EVERY MILLIONAIRE AND BILLIONAIRE WAS LAUGHED AT FOR THEIR IDEAS. WHO’S LAUGHING NOW?
*DON’T QUIT! NEVER QUIT!
*DO WHAT YOU LOVE! AND SUCCESS WILL FOLLOW!
*RUNNING A BUSINESS IS NOT EASY! IT’S A FULL – TIME COMMITMENT
*YOU MEET YOUR MUST. YOU RARELY DO WHAT YOU “SHOULD”. YOU ALWAYS DO WHAT YOU “MUST”. MAKE SUCCESS A “MUST”!
*EVERYDAY YOU WASTE IS A DAY YOU’LL NEVER GET BACK!
*NOW IS THE TIME TO GET TO WORK
*GET OFF YOUR ASS, WRITE A PLAN AND TAKE ACTION!
*WAIT FOR NO ONE! START RIGHT NOW!
*YOU ARE ON THE RIGHT PATH, BUT YOU MUST KEEP PERSISTING!
*”THE HARDER YOU WORK, THE LUCKIER YOU GET!” –Gary Player
*FAILURE IS NOT A LOSS IT IS A MINDSET
*YOU WILL NEVER FAIL IF YOU NEVER GIVE UP!
*GET TO WORK RIGHT NOWWW!!

Yang lebih penting harus jujur dengan diri sendiri. Apa yang dilakukan, Kenapa dilakukan adalah untuk diri sendiri. Semai Semangat anda untuk terus menyala dengan IMPIAN yang nak dicapai dan HARAPAN untuk dikejar. Semangat sudah pasti terus menyala. Jangan biarkan ia pudar. Tiada siapa yang yang berkuasa kecuali Dia. Semoga terus suksess.

~Bukan sekali jalan berduri hanya Tuhan yang pasti mengerti

Sunday, 1 June 2014

***BIJAK MENGURUSKAN WANG ADALAH SYARAT PERTAMA DI DALAM PELABURAN HARTANAH***

*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ *GUIDE TO INVESTING


Salam dan Semoga Anda semua sentiasa berada dalam RahmatNya 

"Hat nih Contoh ja"
PERTAMA Mahir dalam Pengurusan Kewangan
Kriteria ini turut diguna pakai sekiranya anda ingin serta di dalam lain-lain Pelaburan seperti Saham, Unit Trust, Emas, ASB, ASW, pelaburan Perniagaan dan sebagainya. Bukan anda tidak boleh melabur di dalam Pelaburan Hartanah jika tidak mempunyai Pengetahuan di dalam Pengurusan Keewangan. Anda tetap boleh melabur tetapi anda tidak mungkin boleh pergi jauh. Jika anda berpengetahuan di dalam Pengurusan Kewangan. Anda boleh aplikasikan kelebihan yang anda ada dengan membeli beberapa unit rumah pertama tanpa perlu keluarkan walau 1 sen pun duit daripda poket anda. Seterusnya jika anda ingin menambah jumlah Unit Pelaburan Hartanah anda. Pengetahuan dan Kecekapan menguruskan Profile Kewangan sangat penting. Anda haruslah menguasai Profile Kewangan anda. Profile ini pula perlu sentiasa di update sekurang-kurangnya 3 @ 4 kali Setahun. Untuk jadi Bijak dan Berdisiplin dalam Menguruskan Kewangan, Anda tidak perlu menunggu bila dah Kaya, Perniagaan dah maju atau Duit dah banyak baru hendak memulakannya 
Jika Anda boleh menjadi Bijak dan Berdisiplin menguruskan Jumlah yang Kecil. Sudah pasti bila anda memperolehi Jumlah Pendapatan besar anda akan semakin Ligat dan Bijaksana dalam menguruskan Kewangan anda. Cita-cita anda untuk bersara sebelum Usia 40 sudah pasti menjadi kenyataan 

Kedua adalah Berdisiplin
Tidak ramai yang mempunyai Disiplin yang tinggi di dalam menguruskan Kewangan. Semakin besar pendapatan anda maka semakin tinggi keinginan anda. Ramai Orang mempunyai Pendapatan yang Besar tetapi Perbelanjaan juga besar. Akhirnya sifar Simpanan dan Pelaburan
Ramai juga mempunyai Pendapatan Kecil dan berterusan. Tetapi antara mereka ini ada yang memiliki sifat Ketekunan & Disiplin yang tinggi dalam Menabung, Menyimpan dan Melaburkan semula pendapatan yang diperolehi. Akhirnya Nilai Pelaburan dan jumlah Aset meningkat berlipat kali ganda dalam jangka masa panjang


Prasyarat Ketiga adalah Sabar
Anda tentu pernah dengar ada pepatah mengatakan "Orang Yang Sabar Adalah Orang Yang Berjaya". Bukan mudah untuk anda mengorbankan keinginan memakai kereta Audi A5 idaman atau Toyota Vellfire dambaan hati dan menukarkannya dengan kereta biasa-biasa. Tambah pedih di hati bila kereta idaman anda berselisih di kiri atau kanan kereta anda di lampu isyarat atau Highway. Sebenarnya tidak sukar mana jika anda ada MATLAMAT yang jelas ingin dicapai. "Bersusah-susah dulu, Bersenang-senanglah kemudian" Apa perasaan anda menaiki Audi A5 Idaman @ Toyata Velfire dengan jumlah Aset yang anda miliki melebihi multi Juta Ringgit. Tentu lain perasaanya berbanding anda hanya mampu membeli kereta berkenaan sahaja tanpa ada Aset idaman

Akhirnya ada perbezaan yang besar di antara Cermat dan Kedekut dalam menguruskan Kewangan anda. Yang pasti anda perlukan Kebijaksanaan yang tinggi menguruskannya. Selamat Berjaya

Saturday, 10 May 2014

Huzaifah Ibnu Yaman

*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ *GUIDE TO INVESTING

Salam buat anda semua,
Selepas Kesubuhan hari ini terasa ingin meneliti semula naskah yang mencatatkan Kisah Huzaifah Ibnu Yaman. Pangkal nama pun sama mungkin ada sebab yang kukuh mengapa Ayah serta Bonda menamakan sepertinya. Mudah-mudahan mendapat tempias yang baik dari seorang daripada Sahabat yang sangat di sayangi oleh Rasulullah S.A.W. Amin


Siapakah Huzaifah Ibnu Yaman
Huzaifah Ibnu Yaman adalah seorang sahabat Nabi amat rapat dengan Rasullulah saw dan kerananya dia selalu dibina dan dilatih oleh Rasullulah saw . Berbeza dengan para sahabat yang lain, Huzaifah bin Yaman memiliki persediaan yang baik dan mampu menyerap bimbingan Rasullulah saw. Oleh kerana itu, ada beberapa keistimewaan Huzaifah yang tidak dimiliki oleh orang lain. Iaitu perhatiannya yang luar biasa terhadap penghayatannya dan pengamalan islam, bukan hanya dalam bentuk lahir yang bersifat simbolik tetapi lebih kepada bentuk-bentuk batin yang bersifat hakiki.


Perhatiannya inilah yang luput dari perhatian sahabat-sahabat lainnya. Barangkali perkara ini pula yang membuat Nabi banyak memberikan bimbingannya kepada Huzaifah. Menyedari keistimewaan Huzaifah ini, Ali bin Abi Talib memperingatkan Huzaifah agar berhati-hati menyalurkan ilmunya hingga tidak membawa salah faham.

Dengan kata lain, Huzaifah merupakan orang yang pertama memerhatikan ajaran islam dalam kaitannya dengan batin iaitu aspek esoteris yang sering lupus dari perhatian manusia. 

Menurut Huzaifah , orang bijak dan tenang dalam dunia ini terutama dalam menghadapi pelbagai cubaan (fitnah), malapetaka (musibah) dan pelbagai penderitaan lainnya. Untuk bijak dan tenang, orang harus mengenal sumbernya iaitu hati manusia itu sendiri. Apakah hati telah menghayati dan mengamalkan islam. 

Apakah iman telah menjadi dasar dari setiap gerak hati tersebut, sebagaimana yang disebutkan dalam al-Quran surah al-Ra'd 28.

Maksudnya : (iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang hati mereka dengan zikrullah (al-Quran menjadi sebesar-besar mukzijat yang tidak ada tolok bandingnya) . Ketahuilah dengan "zikrullah" itu tenang tenteramlah hati-hati manusia. (surah al-rad ayat 28).


Menurut Huzaifah, sesuatu yang baik itu adalah jelas dan terang , sedangkan yang buruk atau jahat selalu samar dan tersembunyi. Sebaiknya perhatian kita bukan hanya kepada yang baik sahaja tetapi lebih-lebih lagi kepada yang jahat atau buruk yang samar-samar itu. Namanya samar-samar dan tersembunyi dan kerana itu perhatian yang khusus perlu dari manusia. Orang bijak selalu memerhatikan yang samar itu agar menjadi jelas. 

Suatu ketika Huzaifah ditanya tentang bimbangan Rasullulah kepadanya. Huzaifah menyatakan bahawa orang selalu bertanya kepada Rasullulah saw tentang yang baik-baik dari suatu amal , sedang aku bertanya tentang buruk atau tercela suatu amalan yang dengan itu aku boleh menghindarinya dengan tepat."Menurut Huzaifah;"Orang tidak akan mengenal kebaikan yang sempurna tanpa mengetahui keburukannya." 

Perhatiannya terhadap masalah-masalah batin dan hidup di dalam lingkungan Rasullulah saw membuat dia dikenali sebagai sahabat yang memiliki keistimewaan dalam bidang batin sebagaimana yang ditegaskan oleh Sya'rani. Menurut Abu Thalib Al-Makky, Huzaifah memiliki pengetahuan khusus tentang rahsia batin dan perkara yang tersembunyi di dalama diri manusia sehingga dia mampu membezakan antara orang beriman dengan munafik. Oleh kerana itu tidak hairan kalau Umar al-Khattab tidak turut serta solat jenazah seseorang yang wafat kalau dilihatnya Huzaifah tidak ikut bersolat. 


Huzaifah adalah seorang penuntut yang tekun beribadah,seorang pemikir yang tajam dan berilmu batin yang dalam dan bahkan seorang wali kota dan panglima perang. Mengenai panglima perang ini, disamping aktif bersama Rasullulah saw di medan perang , juga memimpin pertempuran. 



Huzaifah memimpin pertempuran dalam membebaskan kota-kota antara lain Hamdan, Rai dan Dainawar. Dia salah seorang panglima yang membebaskan seluruh Iraq. Dalam pertempuran besar di Nahawand melawan tentera musuh yang berjumlah tidak kurang dari 150,000 orang. Huzaifah  merupakah panglima besar kedua setelah Nu'man bin Muqarfin yang gugur di medan perang dan di tangan Huzaifah bendera islam terus berkibar dan beroleh kemenangan terakhir. 

Tidak jemu-jemunya dia berpesan kepada kaum muslimin:"Tidaklah termasuk yang terbaik diantara kamu yang meninggalkan dunia untuk kepentingan akhirat dan tidak pula meninggalkan akhirat untuk kepentingan dunia, tetapi hanyalah mengambil bahagian keduanya." 

Kerana ketajamannya dalam ilmu batin dan perkara yang boleh merosakkan kejernihan hati maka Huzaifah dianggap sebagai sahabat yang menjadi tunas yang bakal tumbuh suburnya ilmu sufi sejati. Sufi yang masih asli dari sumbernya iaitu Nabi Muhammad saw. 

Petikan ; Buku "Himpunan Kisah Para Sufi" 
Halaman 24-27  Muhammad Ibrahim Salim

Sunday, 13 April 2014

Murad Zaidi Academy (MZA) 12/04/20Champ

*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ *GUIDE TO INVESTING


Malam ini pengajian di Murad Zaidi Academy(MZA) di teruskan seperti biasa. Kagum melihat kesungguhan Coach MZ berikan komitment tidak berbelah bahagi. Disebalik keriuhan penyokong pasukan Bolasepak Red Giant Vs Seladang begitu juga kesibukan Coach MZ memastikan Majlis Kesyukuran yang akan berlangsung esok jam 2.00 - 4.00petang di Xclusive Fitnesz Seksyen 13 Shah Alam. Komitment daripada Coach MZ sentiasa 100% menyebabkan saya perlu bagi komitment 110%. Bersyukur sangat di atas AnugerahNya. Terima kasih Coach MZ!

Malam ini masuki latihan Total Body Workout(TBW) dengan mengkhusus kepada kaki. Kaki adalah tunggak kesetabilan seseorang. 


Seterusnya Latihan dan pencerahan diteruskan di dewan seminar MZA. Satu patah perkataan "TRUST". Dengan Trust @ Kepercayaan adalah bermula segala tindakan. Adanya TRUST bermula perhubungan. Contoh : Anda menjual produk anda kepada pelanggan. Anda membina perhubungan dengan pasangan anda dan sebagainya. Anda harus mencari jalan membina TRUST @ Kepercayaan dengan orang di sekeliling anda. TRUST harus dibina dari Hati dan Minda yang jelas. Trust tidak dapat dibeli dengan lakonan dan ketidak jujuran. "Apabila anda menguasai TRUST anda pasti boleh menguasai Dunia". 

ABC singkatan kepada ALWAYS BE CLOSING. Dalam satu - satu keadaan dimana anda di turn downkan tawaran yang anda berikan oleh bakal pelanggan. Sentiasa mencari jalan untuk berikan tawaran yang lebih menarik anda mampu berikan. "Never accept rejection as it is, Always Find Rebuttals"

Perkara yang lebih menarik semasa PITCH pelanggan anda
"Sentiasa memperkatakan tentang client anda". Elakkan memperkatakan tentang anda. Adalah difahami jika anda perlu menerangkan Barangan @ Perkhidmatan yang anda tawarkan. Hal ini bermaksud "Anda perlu memfokuskan kepada KEBAIKKAN yang pelanggan anda bakal perolehi" jika sekiranya melibatkan diri(MEMBELI) Barangan @ Perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan. Teknik ini dinamakan "PAINT AN IMAGE" yang akan di ajar secara intensif dan lebih mendalam pada beberapa sessi yang seterusnya.


Konsep "BRING 1 UP" turut diperincikan. "Its not What You Know, Its Who You Know". Konsep ini menekankan kebaikan yang anda perolehi daripada menaikkan seorang yang lain di kalangan circle anda. "Always Bring 1 Up Your Rider and You Will Experience the Fame too". Woww Konsep ini juga  mengajar anda untuk tidak "menjual ikan" dan penting diri sendiri. Brotherhood dan Setiakawan di dalam Perniagaan dan Kehidupan sangat penting untuk diikuti. Jika tiada nilai ini dalam sesuatu persahabatan, persahabatan itu tadi  No Make Sense lagi terutama di dalam Pasukan anda..

VISUAL IMPACT. Setiap pagi bangun daripada tidur Lihat di dalam Cermin dan berkata-kata kepda diri anda. Anda akan mencapai apa yang anda inginkan pada hari berkenaan. BELIEVE - Percaya dengan sepenuh Hati dengan apa yang anda perkatakan.

Akhir sekali di Murad Zaidi Academy (MZA) percaya berfikir seperti tiada Kotak. MZA tidak berfikir di luar kotak. Berfikir diluar kotak tidak cukup berikan Impak Maksima kepada hasil yang anda perolehi. Persoalan timbul adalah berapa besar kotak yang anda ada. selepas diluar kotak berapa jauh yang anda fikirkan dari kotak itu tadi. Think Like There Is NO BOX lebih make sense kerana di MZA mensasarkan GREATNESS

Selamat malam

Friday, 11 April 2014

STRATEGI HARTANAH LELONG TAHUN 2014

*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ *GUIDE TO INVESTING



Salam 

Catatan kali ini saya ingin berkongsi beberapa Point berkenaan "Hartanah Lelong". Peringkat awal saya berjinak -jinak  di dalam Pelaburan Hartanah. Hartanah lelong adalah kegemaran utama saya pada ketika itu. Masih kuat diingatan pada masa itu lewat penghujung tahun 2006. Belum ramai yang tahu dan berminat tentang Hartanah Lelong. Apa yang menarik ketika itu setiap kali ke Lelongan Awam yang di adakan peluang untuk anda perolehi rumah Lelong idaman pada Harga Reserved sangat tinggi.

Ohh sebelum terlupa saya tidak akan perkatakan tentang  Tatacara atau Apakah Persediaan yang anda perlu lakukan untuk memasuki LELONGAN AWAM pada kali ini. Ini kerana saya telah mengupasnya pada entry sebelum ini. Bagi yang belum membacanya boleh ke entry berikut :  http://huzaifah7property.blogspot.com/2013/02/mengapa-anda-membayar-agent-sedangkan.html

Melalui pemerhatian dan pengalaman ke Lelongan Awam pada tahun 2014. Saya dapati semakin ramai pembida baru yang turut serta. Hal ini bermakna kesedaran mengenai Lelongan Awam semakin meningkat kepada rata-rata rakyat di Malaysia. Terutama di Kuala Lumpur dan Selangor. Apakah Faktor penyumbang kepada peningkatan minat semakin ramai orang kepada LELONGAN AWAM. Saya senaraikan seperti berikut :

i) PEMBINAAN MRT 
Ramai yang terasa bahang kenaikan Hartanah berikutan rancangan jangka panjang membina MRT di tengah - tengah Bandaraya Kuala Lumpur dan kawasan berhampiran. Pembinaan Sistem MRT sedang giat dijalankan bermula dari KAJANG dan berakhir di Sungai Buloh. Laluan ini sejauh 51KM dijangka siap penghujung tahun 2016. Seterusnya adalah pembinaan MRT Line 2 dan Line 3. Pembinaan MRT ini telah memberi kesan mendadak kepada kenaikkan Hartanah di kawasan berhampiran dan sekitarnya. Ramai pembeli yang memasuki Lelongan Awam dengan harapan memperolehi harga lebih rendah daripada Harga Pasaran. Malangnya kes seperti ini jarang-jarang berlaku lagi. 

ii) SEMAKIN BANYAK KELAS HARTANAH  DIADAKAN 
Dewasa ini kelas Hartanah semakin banyak di adakan. Boleh di dikatakan kelas - kelas berkaitan Pelaburan Hartanah di adakan setiap minggu di pelbagai tempat. Ini  bermakna pada setiap minggu akan lahir semakin ramai orang yang celik Hartanah. Senario pada masa ini juga menyaksikan semakin ramai "orang kita" yang berkemahiran di bidang Pelaburan Hartanah tampil berkongsi di kelas anjuran mereka setiap minggu. Harga yang dikenakan pula amat berpatutan.

Justeru jika anda perhatikan setiap kali Lelongan Awam diadakan. Semakin ramai "Orang Kita" yang tampil dan berani membida unit-unit kegemaran. Apabila lebih ramai bida sesuatu unit maka kebarangkalian untuk anda menang bidaan untuk unit tersebut semakin kurang. Hingga ada pada satu-satu masa pembida "berani mati" sanggup bida pada harga lebih tinggi daripada Harga Pasaran.

Apakah langkah yang boleh di ambil? Saya cadangkan seperti berikut :-

i) Bida di Lelongan Awam di luar Kuala Lumpur dan Selangor
Walaupun jauh tetapi anda masih boleh dapatkan harga pada HARGA RESERVED. Lokasi terbaik adalah seperti JOHOR, MELAKA, NEGERI SEMBILAN, PULAU PINANG, PERAK serta KELANTAN. Tempat - tempat seperti ini kesedaran di kalangan penduduk setempat mengenai Hartanah Lelong masih rendah. Justeru saya cadangkan kepada anda untuk mengambil peluang yang ditawarkan buat waktu ini.

ii) Bida di lokasi belum Popular tetapi sedang Meningkat Naik di Sekitar Selangor - Biasanya lokasi ini adalah di pinggir Bandar. Lokasi sebenar anda boleh perolehi melalui pemerhatian dan perkongsian dengan rakan-rakan yang terlibat di bidang Pelaburan Hartanah.

Selamat mencuba dan saya doakan anda terus komited, berdisiplin dan akhir sekali boleh merasai hasil Kejayaan anda.