BIODATA




Salam perkenalan daripada saya HUZAIFAH B ABDULLAH SANI.Disini saya ceritakan serba sedikit latarbelakang diri saya dan bagaimana saya boleh terlibat di dalam PELABURAN HARTANAH.  Saya di lahirkan di Hospital Besar Melaka. Saya pernah bersekolah di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Kelantan sebelum menyambung pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) dalam Bidang Pengurusan Perniagaan dengan Kepujian. Selepas tamat pengajian saya diterima bekerja di sebuah syarikat Pembinaan dan Pembangunan Hartanah Bumiputera Kelas A di Wangsa Maju. 




Disinilah bermula keterlibatan saya di dalam proses berkaitan HARTANAH apabila saya diletakkan di Unit Perundangan Syarikat dan bertanggungjawab menguruskan hal ehwal berkaitan urusan pembelian aset-aset syarikat seperti pembelian tanah untuk tujuan pembangunan, menguruskan urusan jual beli rumah, unit komersil Shop lot dan sebagainya. Pendedahan juga dapat diperolehi apabila saya bertanggungjawab mengendalikan isu-isu "litigation' syarikat dengan peranan sebagai pegawai penghubung kepada panel Guaman syarikat. Pada masa itu saya adalah antara pegawai muda yang telah diserap masuk kedalam Syarikat bersama kakitangan yang lain antaranya ialah HJ. MOHD ASRI Pengasas dan CEO LIFE RICH SDN BHD XPOWER CAFE etc. Kami merupakan rakan sekerja tetapi berlainan Unit. Bakat dan Kecemerlangan HJ MOHD ASRI telah terzahir pada masa itu melalui sikap, cara kerja dan gayanya. Sebab itu pada hari ini saya telah mendaftar untuk menjadi salah seorang daripada PELAJAR beliau di dalam Program SMART INVESTOR TALK(SIT) anjuran RICHWORKS. 


 Apa yang telah menekan butang di dalam diri saya untuk benar - benar seruis di dalam Pelaburan Hartanah?? Saya kongsikan kepada anda kisahnya disini. Pada suatu masa beberapa tahun yang lalu saya bertemu dengan seorang rakan menceritakan keluarganya telah membeli sebuah rumah setingkat di Bangsar kira-kira 30 tahun yang lalu dengan harga RM35Ribu. Beliau dan adik beradik yang lain sepakat menjual rumah berkenaan setelah ibu dan bapa mereka telah tiada lagi.Pada masa tawaran jualan dibuka iaitu pada harga kira-kira RM900Ribu terdapat 12 orang pembeli berminat membeli dan dalam masa 1 bulan "the deal was over" dengan penawaran tertinggi berjaya membeli pada harga RM1.2Juta.

 PERSOALAN YANG BERLEGAR2 DI DALAM BENAK FIKIRAN SAYA: 
***" Mengapa Sebuah Rumah?" 
***Jika ada 10 buah anda akan ada RM12Juta bukan"
***Adakah anda fikir boleh mengumpulkan wang sebanyak RM12Juta?  
***Jika begitu mengapa hanya sepuluh buah rumah. 
***Mengapa tidak membeli 50 buah rumah atau lebih yang masih banyak di bawah harga pasaran sekarang ini kerana masih ramai yang belum tahu mengenainya. 
***Keuntungan pertama yang boleh anda buat melalui Pelaburan Hartanah adalah apabila anda membeli dibawah pada harga pasaran

Persoalan - persoalan yang datang bertubi - tubi ini mula di tukar kepada satu TINDAKAN Drastik. Melabur di dalam Pelaburan Hartanah

Melalui PELABURAN HARTANAH MIMPI ANDA boleh menjadi KENYATAAN. Ia menjadikan anda seorang yang SEDERHANA dan BIJAK :)



Selamat Maju Jaya!




No comments: