Tuesday, 9 September 2014

TIPS MENYEDIAKAN PROFILE LOAN/ PROFILE KEWANGAN YANG TERBAIK UNTUK PEMBIAYAAN UNIT HARTANAH ANDA

*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ *GUIDE TO INVESTING




Saya mendapat beberapa pertanyaan tentang Tatacara penyediaan PROFILE KEWANGAN yang terbaik. PROFILE KEWANGAN dan PROFILE LOAN adalah perkara yang sama. Anda menyediakan PROFILE KEWANGAN bagi tujuan memudahkan pihak Bank mengakses maklumat Kewangan anda. Dengan maklumat-maklumat yang anda serahkan ini pihak Bank akan menilai kebolehupayaan anda membayar balik pinjaman baru yang anda pohon. Justeru apakah perkara-perkara penting yang perlu ada di dalam Profile Kewangan anda untuk ditunjukkan kepada pihak Bank.

Di dalam PROFILE KEWANGAN anda akan senaraikan perkara-perkara berikut :-

1. Salinan IC

2. Salinan CCRIS(Central Credit Reference Information System) - CCRIS ini laporan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia(BNM) untuk melihat "tabiat membayar pinjaman" oleh bakal peminjam. Salinan laporan CCRIS ini boleh anda perolehi di Bank Negara dengan membawa IC Original anda dan pergi ke Kiosk yang berkenaan. Masukkan IC anda dan tunggu pengesahan "thumbprint" untuk urusan selanjutnya.

3. Laporan CTOS(Convergent Technologies Operating Systems) - Laporan ini adalah untuk melihat kes-kes tuntutan Kredit di Mahkamah sekiranya ada dan boleh diperolehi dengan memasuki laman web berikut www.ctos.com.my/              

4. Lain-lain maklumat yang diperlukan ialah GAMBAR yang paling hensem, NAMA, NRIC, ALAMAT SEMASA, ALAMAT TEMPAT TINGGAL, TARAF PENDIDIKAN dan senarai semua PENDAPATAN yang anda perolehi. Maklumat ini boleh dimasukkan dalam satu helaian muka surat hadapan PROFILE LOAN anda. Data-data yang anda senaraikan ini mirip "resume" yang anda sediakan semasa melakukan permohonan pekerjaan. 

5. Maklumat seterusnya yang paling penting adalah PENDAPATAN semasa anda. Anda perlu tonjolkan 4 jenis pendapatan untuk pengiraan DBR(DEBT BURDEN RATIO)(sekiranya ada)


Umumnya ada 4 jenis PENDAPATAN yang boleh anda tonjolkan didalam profile kewangan anda. Antaranya adalah : 

i) AGRESIF INCOME
Adalah pendapatan utama yang anda perolehi seperti Gaji bulanan, pendapatan yang diperolehi daripada Coaching yang anda jalankan dan sebagainya. Pendapatan ini perlu dinyatakan di dalam Akaun semasa yang anda serahkan kepada pihak Bank


ii) PASIF INCOME
Pendapatan yang diperolehi daripada bayaran sewa rumah, pejabat, tanah dan sebagainya. Anda perlu sertakan setiap salinan Perjanjian Sewaan yang anda ada kepada pihak Bank. Rekod bayaran sewa yang diterima pula perlu dinampakkan di dalam slip Bank anda. Lain-lain pendapatan pasif termasuklah pendapatan yang diterima daripada royalti hasil penulisan buku dan sebagainya. Pendapatan ini juga perlu direkodkan di dalam Penyata Akaun Bank anda

iii) SIDE INCOME

Adalah pendapatan sampingan yang anda perolehi dari menjalankan perniagaan kecil-kecilan, business online dan sebagainya

iv) PORTFOLIO INCOME

Hasil pelaburan yang anda lakukan seperti ASB, ASW, Unit Trust, Saham, Gold Pass Book, Fix Deposit dan Insuran perlindungan diri juga boleh disertakan bersama di ruangan ini


Kesemua PENDAPATAN yang anda perolehi ini hendaklah anda bank in ke dalam Akaun Semasa anda dan direkodkan bagi tujuan SEMAKAN dan PENGESAHAN oleh pihak Bank. Disinilah kelemahan ramai peminjam Loan diluar sana. Ramai yang ambil mudah fungsi merekod setiap pendapatan yang diperolehi.

Apabila semua rekod telah lengkap. Dokumen yang berkaitan hendaklah di SENARAIKAN satu persatu di SUSUN rapi serta di FILEKAN dengan kemas sebelum diserahkan kepada Pegawai yang menguruskan Permohonan Pinjaman Hartanah anda. Sudah pasti menjadi suatu kegembiraan buat pegawai yang mengendalikan PERMOHONAN anda apabila semua dokumen yang diperlukan telah lengkap dan disusun rapi :D

Semakin banyak loan atau komitmen KEWANGAN yang telah anda ambil maka semakin kurang peluang anda mendapatkan loan baru. Bagaimanapun terdapat juga kes pihak Bank masih enggan berikan anda loan baru walaupun Profile Kewangan anda telah mantap. Mengapa hal ini terjadi? Jawapannya senang. Ini kerana DBR @ Ratio anda telah mencapai had maksima. Justeru anda perlu  turunkan Ratio anda supaya loan baru anda pada masa akan datang diluluskan. Ada beberapa kaedah yang digunapakai. Namun demikian secara umumnya anda haruslah :-

1. Selesaikan HUTANG lama dengan segera dan,
2. Tingkatkan PENDAPATAN anda

Bagi pemain yang agak hardcore di bidang Pelaburan Hartanah. Biasanya dikalangan mereka ini ada sekurang-kurangya 1 dan lebih PROFILE KEWANGAN untuk di submit kepada pihak Bank. Apabila jumlah Aset Hartanah semakin meningkat anda haruslah merangka STRATEGI seterusnya dengan menubuhkan INVESTMENT HOLDING COMPANY(IHC). Salah satu kelebihan IHC ialah anda boleh mendapatkan Pembiayaan Loan baru menerusinya sekiranya Ratio anda sudah mencapai had maksima.

Anda seharusnya memikirkan 2@3 langkah kehadapan Apakah perkaran yang diambilkira oleh Bank dalam permohonan loan anda. Saya tambahkan 1 TIPS lagi - Jika anda ada tunai yang mencukupi. Masukkan tunai kedalam akaun semasa anda RM200,000.00. Maka anda layak menjadi "Preferred Customer" jika anda pemegang akaun CIMB atau "Priority Customer" untuk akaun Maybank. Point sebegini juga diambil kira dan diberikan anda "MARKAH" tambahan yang tinggi dalam permohonan loan anda. 

Selamat mencuba. Semoga anda terus Kaya & Berjaya! 

No comments: