Monday 14 July 2014

Apa itu OVERNIGHT POLICY RATE(OPR)

*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ *GUIDE TO INVESTING


Salam,


Bank Negara Malaysia(BNM) mengumumkan kenaikan baru OPR atau Overnight Policy Rate daripada 3% kepada 3.25%. Dalam frasa Bahasa Malaysianya bermaksud "Kadar Faedah Semalaman"

Penentuan OPR ini diputuskan oleh BNM dalam menguruskan Dasar Monitori Negara Malaysia kearah berdaya maju, stabil dan produktif secara Makro Ekonomi. Ada petunjuk tertentu yang diambilkira oleh BNM dalam menentukan kadar OPR. Antaranya ialah mengawal kecairan modal di dalam pasaran, membendung NPL, membendung tabiat hutang, lebihan penawaran dan sebagainya.


 Ini kerana kenaikan kadar OPR akan memberi kesan kepada kadar Faedah sekaligus kepada pengguna/peminjam. Kos yang naik ini akan dipindahkan oleh pihak Bank kepada pengguna. Pengguna akan menanggung kesan ini jika terakses terus kepada Base Lending Rate(BLR) hasil daripada pembiayaan Hartanah, Fixed Deposit Rate atau apa-apa "rate" yang berkaitan dengan pembiayaan, pinjaman dan kewangan.

Kepada Pelabur Hartanah kenaikan OPR ini bermaksud Kos bayaran Hutang dengan pihak pembiaya akan meningkat dalam masa yang sama "return" dalam bentuk hasil sewaan adalah sama. Keadaan ini sekaligus mengurangkan "Positive Cashflow" yang dinikmati selama ini. Semakin banyak Unit yang anda "invest" menerusi pembiayaan semakin anda terasa kesan kenaikan OPR ini. Langkah jangka pendek mengatasi masalah ini. Pelabur Hartanah yang mempunyai Unit-Unit sewaan yang "Hot" dipasaran akan mula berkira-kira menaikkan kadar sewa semasa kepada "Tenant" sebaik tamat Perjanjian Sewaan.

Kenaikan OPR ini menyebabkan ramai Pelabur Hartanah akan lebih berhati-hati membuat pembelian baru. Disamping kekangan sedia ada yang dikenakan seperti kenaikkan kadar "Real Property Gain Tax" RPGT hingga tempoh 5 tahun dari tarikh pembelian. Bagi Pelabur Hartanah jangka panjang kenaikan OPR kurang memberi kesan kerana mereka mengejar "Value" atau kenaikan Harga Pasaran pada masa akan datang.

Kepada Pelabur Hartanah selamat melabur. semoga terus disiplin dan fokus mengurus Kewangan peribadi anda. Ini kerana antara syarat utama memperolehi keuntungan signifikan di dalam Pelaburan Hartanah adalah mahir dan pintar "mengurus Kewangan peribadi"  dari hal yang paling kecil hingga melibatkan isu besar berkaitan kewangan.. Maksimumkan sumber yang dimiliki, kurangkan kerugian dan tingkatkan kecekapan untuk terus kekal bersaing dan produktif. Anda tidak bersaing dengan sesiapa kerana persaingan paling besar adalah dengan diri sendiri!

"The Best Preparation For Tomorrow Is Doing Your Best Today"


No comments: