*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ
*GUIDE TO INVESTING
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Semoga anda sihat ceria dan dikurniakan rezeki yang
melimpah ruah dengan penuh barokah hendaknya.
Entry kali ini saya ingin mengupas tentang strategi “SUBLET”. Sejujurnya
strategi SUBLET tidak menarik perhatian saya oleh kerana kekangan dan limitasi
yang ada sehinggalah saya bertemu sendiri dengan En. Faizal pemain sublet yang
berpusat di PUNCAK ALAM. Siapa En. Faizal dan bagaimana beliau memperolehi
pendapatan yang lumayan dengan strategi SUBLET akan saya ceritakan pada
bahagian akhir catatan ini.
SUBLET bermaksud anda menyewa rumah “orang” biasanya kosong dan tiada kemudahan yang
disediakan. Kemudian anda menyediakan kemudahan fully furnished termasuk piring
ASTRO, UNIFI atau BROADBAND dan sebagainya. Anda menyewakan semula dengan harga
yang lebih tinggi dan memperolehi keuntungan yang lumayan daripadanya. Banyak
KELEBIHAN strategi SUBLET ini antaranya
ialah :
KELEBIHAN
i)
Anda mampu menjana pendapatan yang lumayan tanpa pening kepala dengan
komitment bayaran INSTALLMENT BANK.
ii)
Anda boleh menambah rangkaian kenalan anda berstatus penyewa dan pemilik.
iii)
Dengan rangkaian peluang yang anda ada maka wujud peluang baru kepada
anda CONTOH : menawarkan perkhidmatan SEWAAN KERETA, Katering, Restoran,
homestay dan sebagainya lebih-lebih lagi penyewa anda terdiri daripada Student
Institusi Pengajian Tinggi.
iv)
Pemain sublet juga adalah orang pertama yang mempunyai INFO sekiranya
tuan rumah ingin menjual rumah mereka. Jika ada Owner yang mengalami masalah
kewangan dan memerlukan wang segera maka peluang untuk membeli dibawah harga
PASARAN lebih terbuka. Oleh itu saya berpendapat selain AGEN Hartanah anda
patut mengekalkan hubungan murni dan dengan pemain SUBLELT. Manalah tau jika
Pemain sublet itu tadi rumahnya pun dah banyak peluang yang ada boleh
ditawarkan kepada anda.
KEBURUKAN
i)
Tidak banyak Keburukan SUBLET melainkan apa yang saya nampak adalah jika
anda tidak melaburkan semula wang yang diperolehi untuk membeli rumah,
apartment, shoplot dan sebagainya. Anda akan ketinggalan menikmati “Market Appreciation”
atau KENAIKAN HARGA PASARAN. Ini kerana Pelaburan Hartanah sangat berkait rapat
dengan faktor MASA. Masa yang berlalu tidak mungkin berulang kembali.
Berbalik kepada kisah En Faizal beliau merupakan antara
pemain sublet yang sangat berjaya Beliau berpusat di Puncak Alam Fasa 3
dikelilingi dengan lebih kurang 2600Unit Apartment. Apartment ini dijaga
kawalan Keselamatan 24jam. Unit – unit Apartment ini terletak berhampiran
sekolah dan lot perniagaan. Kawasan persekitaran disini merupakan kawasan yang
sedang pesat membangun. Hal ini kerana adanya pertambahan pelajar UiTM Puncak
Alam peringkat Ijazah dan Diploma yang berpindah dari UiTM Induk Kampus Shah
Alam sehinggalah hujung tahun 2014. Sekaligus menyaksikan pertambahan dalam
kapasiti penduduk datang dari kalangan pelajar dan kakitangan beserta keluarga
seramai 50,000 orang
Contoh Pengiraan :
Sebuah Unit Apartment berkeluasan 760sf 3 bilik dan 2 bilik
air. Kawalan keselamatan 24jam.
Agen menyewa pada harga RM450.00 sebulan daripada tuan rumah.
Unit asas atau kosong.
Kemudian mengeluarkan belanjawan kira-kira RM3,000 untuk
memenuhkan kemudahan rumah seperti katil, almari, meja, kemudahan memasak dan
sebagainya.
Agen akan menyewakan semula unit rumah ini kepada pelajar
mengikut kepala contohnya : RM150.00 sebulan + RM50.00 bagi kemudahan tambahan
UNIFI dan ASTRO. Bayaran ini tidak termasuk Utiliti Bil. Sebuah unit Apartment
biasanya boleh disewakan kepada sekurang-kurangnya 7 orang pelajar atau lebih.
KOS[A]
(sewa 450 x 12 bulan) + (Unifi/ASTRO 149.00 + 89) x 12 bulan) + 3,000(modal untuk penuhkan rumah) = 11,256.00
SEWA[B]
(seorang 200 x 7 dalam satu-satu masa) x 12 bulan = 16,800(pendapatan
tahun 1)
(B) - (A) = 5544/12bulan = RM462 (pendapatan bersih sebulan untuk tahun 1 bagi seunit rumah)
Bagaimana jika anda mempunyai kira-kira 50 unit rumah dalam
satu-satu masa?
RM462 x 50 unit = RM23,100.00 pendapatan anda sebulan
23,100.00 x 12 bulan = RM277,200.00 setahun
Pendapatan ini tidak termasuk dengan beberapa peluang yang
anda perolehi CONTOH : menyewakan kadar harian
1 Unit rumah sebanyak RM25O semasa
Konvokasyen, Sewaan harian untuk Homestay, keuntungan beli rumah di bawah harga
pasaran kemudian menjual pada harga lebih tinggi. Keuntungan hasil kereta sewa
kepada pelajar dan sebagainya.
Ini bermakna anda perlu mempunyai sebuah pasukan dan syarikat
yang baik untuk menguruskan perniagaan anda dengan lancar. "Perkidmatan
terbaik yang anda berikan seolah memaksa Owner dan bakal penyewa mendapatkan
sentuhan anda menyelesaikan masalah mereka". Best bukan?
Nota : Catatan SUBLET ini adalah
bersifat Umum atau secara “conceptualise”. Bagaimanapun
terdapat teknik-teknik khas yang perlu anda faham dan gunakan untuk perolehi
untung beganda dan maksimumkan setiap peluang yang ada. Teknik SUBLET
boleh diperolehi dalam #Seminar Sublet
yang dianjurkan @ #Personal Coaching.
1 comment:
Panduan sublet ini nampak mudah, tapi sangat trik untuk melakukan. Paling penting kena bijak menguruskan kewangan. Ini panduan :) Teknik Perniagaan Sublet Jana Pandapatan 4 Angka Sebulan
Post a Comment