Saturday, 30 November 2013

SUBLET

*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ *GUIDE TO INVESTING


 
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Semoga anda  sihat ceria dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dengan penuh barokah hendaknya.
Entry kali ini saya ingin mengupas  tentang strategi “SUBLET”. Sejujurnya strategi SUBLET tidak menarik perhatian saya oleh kerana kekangan dan limitasi yang ada sehinggalah saya bertemu sendiri dengan En. Faizal pemain sublet yang berpusat di PUNCAK ALAM. Siapa En. Faizal dan bagaimana beliau memperolehi pendapatan yang lumayan dengan strategi SUBLET akan saya ceritakan pada bahagian akhir catatan ini.

SUBLET bermaksud anda menyewa rumah “orang”  biasanya kosong dan tiada kemudahan yang disediakan. Kemudian anda menyediakan kemudahan fully furnished termasuk piring ASTRO, UNIFI atau BROADBAND dan sebagainya. Anda menyewakan semula dengan harga yang lebih tinggi dan memperolehi keuntungan yang lumayan daripadanya. Banyak KELEBIHAN strategi  SUBLET ini antaranya ialah :
KELEBIHAN
i)                    Anda mampu menjana pendapatan yang lumayan tanpa pening kepala dengan komitment bayaran INSTALLMENT BANK.
ii)                   Anda boleh menambah rangkaian kenalan anda berstatus penyewa dan pemilik.
iii)                 Dengan rangkaian peluang yang anda ada maka wujud peluang baru kepada anda CONTOH : menawarkan perkhidmatan SEWAAN KERETA, Katering, Restoran, homestay dan sebagainya lebih-lebih lagi penyewa anda terdiri daripada Student Institusi Pengajian Tinggi.
iv)                 Pemain sublet juga adalah orang pertama yang mempunyai INFO sekiranya tuan rumah ingin menjual rumah mereka. Jika ada Owner yang mengalami masalah kewangan dan memerlukan wang segera maka peluang untuk membeli dibawah harga PASARAN lebih terbuka. Oleh itu saya berpendapat selain AGEN Hartanah anda patut mengekalkan hubungan murni dan dengan pemain SUBLELT. Manalah tau jika Pemain sublet itu tadi rumahnya pun dah banyak peluang yang ada boleh ditawarkan kepada anda.

KEBURUKAN
i)                    Tidak banyak Keburukan SUBLET melainkan apa yang saya nampak adalah jika anda tidak melaburkan semula wang yang diperolehi untuk membeli rumah, apartment, shoplot dan sebagainya. Anda akan ketinggalan menikmati “Market Appreciation” atau KENAIKAN HARGA PASARAN. Ini kerana Pelaburan Hartanah sangat berkait rapat dengan faktor MASA. Masa yang berlalu tidak mungkin berulang kembali.

Berbalik kepada kisah En Faizal beliau merupakan antara pemain sublet yang sangat berjaya Beliau berpusat di Puncak Alam Fasa 3 dikelilingi dengan lebih kurang 2600Unit Apartment. Apartment ini dijaga kawalan Keselamatan 24jam. Unit – unit Apartment ini terletak berhampiran sekolah dan lot perniagaan. Kawasan persekitaran disini merupakan kawasan yang sedang pesat membangun. Hal ini kerana adanya pertambahan pelajar UiTM Puncak Alam peringkat Ijazah dan Diploma yang berpindah dari UiTM Induk Kampus Shah Alam sehinggalah hujung tahun 2014. Sekaligus menyaksikan pertambahan dalam kapasiti penduduk datang dari kalangan pelajar dan kakitangan beserta keluarga seramai 50,000 orang
Contoh Pengiraan :
Sebuah Unit Apartment berkeluasan 760sf 3 bilik dan 2 bilik air. Kawalan keselamatan 24jam.
Agen menyewa pada harga RM450.00 sebulan daripada tuan rumah. Unit asas atau kosong.
Kemudian mengeluarkan belanjawan kira-kira RM3,000 untuk memenuhkan kemudahan rumah seperti katil, almari, meja, kemudahan memasak dan sebagainya.
Agen akan menyewakan semula unit rumah ini kepada pelajar mengikut kepala contohnya : RM150.00 sebulan + RM50.00 bagi kemudahan tambahan UNIFI dan ASTRO. Bayaran ini tidak termasuk Utiliti Bil. Sebuah unit Apartment biasanya boleh disewakan kepada sekurang-kurangnya 7 orang pelajar atau lebih.
KOS[A]                 (sewa 450 x 12 bulan) + (Unifi/ASTRO 149.00 + 89) x 12 bulan) + 3,000(modal untuk penuhkan rumah) = 11,256.00
SEWA[B]             (seorang 200 x 7 dalam satu-satu masa) x 12 bulan = 16,800(pendapatan tahun 1)
(B) - (A) = 5544/12bulan = RM462 (pendapatan bersih sebulan untuk tahun 1 bagi seunit rumah)
Bagaimana jika anda mempunyai kira-kira 50 unit rumah dalam satu-satu masa?
RM462 x 50 unit = RM23,100.00 pendapatan anda sebulan
23,100.00 x 12 bulan = RM277,200.00 setahun

Pendapatan ini tidak termasuk dengan beberapa peluang yang anda perolehi CONTOH : menyewakan kadar harian 1 Unit rumah sebanyak RM25O semasa Konvokasyen, Sewaan harian untuk Homestay, keuntungan beli rumah di bawah harga pasaran kemudian menjual pada harga lebih tinggi. Keuntungan hasil kereta sewa kepada pelajar dan sebagainya.
Ini bermakna anda perlu mempunyai sebuah pasukan dan syarikat yang baik untuk menguruskan perniagaan anda dengan lancar. "Perkidmatan terbaik yang anda berikan seolah memaksa Owner dan bakal penyewa mendapatkan sentuhan anda menyelesaikan masalah mereka". Best bukan?


Nota : Catatan SUBLET ini adalah bersifat Umum atau secara “conceptualise”. Bagaimanapun terdapat teknik-teknik khas yang perlu anda faham dan gunakan untuk perolehi untung beganda dan maksimumkan setiap peluang yang ada. Teknik SUBLET boleh diperolehi dalam #Seminar Sublet yang dianjurkan @ #Personal Coaching.

1 comment:

Jojo said...

Panduan sublet ini nampak mudah, tapi sangat trik untuk melakukan. Paling penting kena bijak menguruskan kewangan. Ini panduan :) Teknik Perniagaan Sublet Jana Pandapatan 4 Angka Sebulan