*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ
*GUIDE TO INVESTING
Salam dan hi kepada pembaca budiman,
Baru – baru ini timbul persoalan kepada saya bagaimana memilih
dan membeli Unit CONDOMINIUM yang
terbaik untuk dijadikan PELABURAN
yang menguntungkan. Selain daripada faktor LOKASI
Apakah ciri atau kriteria yang perlu
dilihat oleh pelabur.
Antara Kriteria Yang Dicadangkan adalah :
1) HARGA
Harga Kondominium mempunyai range
yang pelbagai. Ada yang serendah 270K di Setia Alam hinggalah yang berharga
jutaan ringgit di sekitar KLCC, KL Sentral, Mid Valley, Bangsar dan sebagainya.
2) JUMLAH UNIT YANG DITAWARKAN
Jumlah Unit yang ditawarkan sangat
penting untuk diambil kira. Kondominium yang baik untuk pelaburan adalah yang
dibina sekitar 200 – 300unit
keseluruhannya sahaja. Kondominium ini sekaligus menjadi eksklusif dan bakal mewujudkan
permintaan hangat. Di persekitaran Kondominium yang mempunyai Unit yang lebih
sedikit Pemilik mempunyai lebih kuasa
tawar-menawar berbanding Kondominium yang mempunyai kawasan yang luas
dan unit
terlalu banyak Contohnya : PALM SPRINGi KONDOMINIUM di Kota
Damansara. Kondo ini mempunyai 11 kolam renang dan terdapat kira-kira 1000
unit. Dengan unit yang terlalu banyak kebarangkalian untuk anda menjual dalam
masa singkat adalah sukar kerana pembeli mempunyai lebih pilihan dan peluang
mendapat harga lebih rendah terutama daripada pemilik yang terdesak.
3) Keluasan
Faktor ini sangat main peranan
samaada anda mudah untuk menjual atau menyewakannya di kemudian hari. Saya
berikan Contoh : MENARA Ui di Seksyen 13 Shah Alam. Kondo ini dijual pada harga
kira – kira 250k dengan keluasan 450sf. Unit seperti ini dipanggil unit studio
dan dipasang partition untuk menjadikan 2 bilik. Anda fikir berapakah keluasan
bilik dan ruang tamu selepas partition dipasang. Dengan Unit yang ditawarkan
sehingga 500 unit untuk satu blok. Adakah anda mudah menyewakan atau menjual
semula di masa hadapan. Hal ini belum ditambah dengan beberapa Kondominium yang
baru dibina atau didalam perancangan dikawasan sekitar oleh pemaju gred A.
4) Tingkat
Tingkat yang lebih tinggi adalah
lebih baik. Anda tidak seharusnya membeli Condominium di unit rendah kerana
kurangnya permintaan.
5) Pemaju
Faktor Pemaju adalah kriteria biasa yang
dilihat oleh bakal pembeli. Pemaju yang berpengalaman memajukan projek-peojek
mega yang berjaya adalah lebih diyakini.
6) Persaingan dengan Kondominium Sedia ada dan yang akan dibina Masa akan
datang
Sekiranya anda membeli untuk dijual
semula atau menyewakannya. Anda perlu mengambil kira Kondominium baru yang akan
dibina dikawasan sekitarnya, keluasan, ciri-ciri utama, reka bentuk dan
sebagainya. Ini kerana pembinaan Kondominium baru di kawasan sekitar akan
menambahkan persaingan anda untuk menjual atau menyewakan unit berkenaan.
Sekian sahaja catatan buat kali ini. Catatan ini adalah
berdasarkan pengalaman dan pengamatan penulis sendiri tidak semesti betul dan
salah. Mana yang baik dijadikan panduan dan jika ada kekurangan sila abaikan
sahaja. Terima Kasih
No comments:
Post a Comment