Sunday, 1 June 2014

***BIJAK MENGURUSKAN WANG ADALAH SYARAT PERTAMA DI DALAM PELABURAN HARTANAH***

*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ *GUIDE TO INVESTING


Salam dan Semoga Anda semua sentiasa berada dalam RahmatNya 

"Hat nih Contoh ja"
PERTAMA Mahir dalam Pengurusan Kewangan
Kriteria ini turut diguna pakai sekiranya anda ingin serta di dalam lain-lain Pelaburan seperti Saham, Unit Trust, Emas, ASB, ASW, pelaburan Perniagaan dan sebagainya. Bukan anda tidak boleh melabur di dalam Pelaburan Hartanah jika tidak mempunyai Pengetahuan di dalam Pengurusan Keewangan. Anda tetap boleh melabur tetapi anda tidak mungkin boleh pergi jauh. Jika anda berpengetahuan di dalam Pengurusan Kewangan. Anda boleh aplikasikan kelebihan yang anda ada dengan membeli beberapa unit rumah pertama tanpa perlu keluarkan walau 1 sen pun duit daripda poket anda. Seterusnya jika anda ingin menambah jumlah Unit Pelaburan Hartanah anda. Pengetahuan dan Kecekapan menguruskan Profile Kewangan sangat penting. Anda haruslah menguasai Profile Kewangan anda. Profile ini pula perlu sentiasa di update sekurang-kurangnya 3 @ 4 kali Setahun. Untuk jadi Bijak dan Berdisiplin dalam Menguruskan Kewangan, Anda tidak perlu menunggu bila dah Kaya, Perniagaan dah maju atau Duit dah banyak baru hendak memulakannya 
Jika Anda boleh menjadi Bijak dan Berdisiplin menguruskan Jumlah yang Kecil. Sudah pasti bila anda memperolehi Jumlah Pendapatan besar anda akan semakin Ligat dan Bijaksana dalam menguruskan Kewangan anda. Cita-cita anda untuk bersara sebelum Usia 40 sudah pasti menjadi kenyataan 

Kedua adalah Berdisiplin
Tidak ramai yang mempunyai Disiplin yang tinggi di dalam menguruskan Kewangan. Semakin besar pendapatan anda maka semakin tinggi keinginan anda. Ramai Orang mempunyai Pendapatan yang Besar tetapi Perbelanjaan juga besar. Akhirnya sifar Simpanan dan Pelaburan
Ramai juga mempunyai Pendapatan Kecil dan berterusan. Tetapi antara mereka ini ada yang memiliki sifat Ketekunan & Disiplin yang tinggi dalam Menabung, Menyimpan dan Melaburkan semula pendapatan yang diperolehi. Akhirnya Nilai Pelaburan dan jumlah Aset meningkat berlipat kali ganda dalam jangka masa panjang


Prasyarat Ketiga adalah Sabar
Anda tentu pernah dengar ada pepatah mengatakan "Orang Yang Sabar Adalah Orang Yang Berjaya". Bukan mudah untuk anda mengorbankan keinginan memakai kereta Audi A5 idaman atau Toyota Vellfire dambaan hati dan menukarkannya dengan kereta biasa-biasa. Tambah pedih di hati bila kereta idaman anda berselisih di kiri atau kanan kereta anda di lampu isyarat atau Highway. Sebenarnya tidak sukar mana jika anda ada MATLAMAT yang jelas ingin dicapai. "Bersusah-susah dulu, Bersenang-senanglah kemudian" Apa perasaan anda menaiki Audi A5 Idaman @ Toyata Velfire dengan jumlah Aset yang anda miliki melebihi multi Juta Ringgit. Tentu lain perasaanya berbanding anda hanya mampu membeli kereta berkenaan sahaja tanpa ada Aset idaman

Akhirnya ada perbezaan yang besar di antara Cermat dan Kedekut dalam menguruskan Kewangan anda. Yang pasti anda perlukan Kebijaksanaan yang tinggi menguruskannya. Selamat Berjaya

No comments: