Friday, 6 June 2014

AMALKAN MINUM JUS LEMON

*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ *GUIDE TO INVESTING


AMALKAN MINUM JUS LEMON

Amalam minum Jus Lemon adalah satu amalan yang sangat baik kepada Kesihatan Tubuh badan anda. Apa kaitan Jus Lemon kepada Pelaburan Hartanah? Kaitannya adalah anda perlu mempunyai badan yang sihat, fizikal cergas dan pemikiran yang "Sharp". Kesihatan yang baik akan membantu anda membuat keputusan yang tepat,  berani mengambil lebih risiko, perhubungan interpersonal dan Komunikasi yang lebih baik dengan orang sekeliling terutama Banker, Lawyer, Pemaju Hartanah, orang perseorangan dan sebagainya. Tumpuan anda juga akan semakin tinggi membolehkan anda mengalirkan seluruh "Tenaga" kepada pekerjaan yang anda minati iaitu Pelaburan Hartanah.

Berikut adalah sedikit catatan yang saya ambil daripada Nota Dr. Zubaidi Hj Ahmad

Perahan lemon yang dicampurkan dengan gula prang atau madu ke dalam air suam dapat memberikan banyak manfaat kepada badan anda dalam banyak cara, termasuk membantu untuk menurunkan berat badan, meningkatkan penghadaman dan membekalkan Vitamin C.
Perahkan jus lemon sebanyak satu sudu besar, tambahkan setengah sudu gula perang atau madu dan dibancuh dalam segelas air suam. Sebagai pilihan boleh menambah secubit serbuk kayu manis atau secubit halia.
Ini akan meningkatkan keupayaan tubuh untuk menyerap nutrien. Penyerapan nutrien yang lemah boleh menyebabkan kita berasa lapar, walaupun sebenarnya kita baru saja makan.
Air lemon dapat membersihkan sistem penghadaman, membaiki fungsi buah pinggang dan organ hati daripada bahan buangan dan toksin.
Kedua-dua kombinasi lemon dan air dapat mengurangkan kandungan lemak yang baru di makan. Oleh itu sangat baik setelah selesai memakan makanan yang banyak lemak.
Jus lemon menyediakan jumlah Vitamin C yang tinggi. Satu biji limau memberikan 30.7 mg vitamin C, berbanding dengan jumlah harian yang disyorkan ialah 75 mg bagi wanita dan 90 mg untuk lelaki oleh USDA.

Mereka yang mengambil lebih banyak vitamin C mempunyai sistem pencernaan yang lebih cekap kerana ia meningkatkan keasidan dalam sistem pencernaan.
Vitamin C dalam jus lemon juga meningkatkan sistem tahan, membantu mencegah penyakit jantung koronari, dan mengurangkan risiko anda untuk strok , dan gout. Ia juga adalah antioksidan yang boleh membantu mengurangkan risiko mendapat penyakit kanser.
WALLAHU A’LAM

~Semoga Bangsaku dan Malaysia terus Maju, Kaya Berjaya, Lebih Kompetative, Bersatu-hati dan Bertaqwa

No comments: