Sunday, 13 April 2014

Murad Zaidi Academy (MZA) 12/04/20Champ

*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ *GUIDE TO INVESTING


Malam ini pengajian di Murad Zaidi Academy(MZA) di teruskan seperti biasa. Kagum melihat kesungguhan Coach MZ berikan komitment tidak berbelah bahagi. Disebalik keriuhan penyokong pasukan Bolasepak Red Giant Vs Seladang begitu juga kesibukan Coach MZ memastikan Majlis Kesyukuran yang akan berlangsung esok jam 2.00 - 4.00petang di Xclusive Fitnesz Seksyen 13 Shah Alam. Komitment daripada Coach MZ sentiasa 100% menyebabkan saya perlu bagi komitment 110%. Bersyukur sangat di atas AnugerahNya. Terima kasih Coach MZ!

Malam ini masuki latihan Total Body Workout(TBW) dengan mengkhusus kepada kaki. Kaki adalah tunggak kesetabilan seseorang. 


Seterusnya Latihan dan pencerahan diteruskan di dewan seminar MZA. Satu patah perkataan "TRUST". Dengan Trust @ Kepercayaan adalah bermula segala tindakan. Adanya TRUST bermula perhubungan. Contoh : Anda menjual produk anda kepada pelanggan. Anda membina perhubungan dengan pasangan anda dan sebagainya. Anda harus mencari jalan membina TRUST @ Kepercayaan dengan orang di sekeliling anda. TRUST harus dibina dari Hati dan Minda yang jelas. Trust tidak dapat dibeli dengan lakonan dan ketidak jujuran. "Apabila anda menguasai TRUST anda pasti boleh menguasai Dunia". 

ABC singkatan kepada ALWAYS BE CLOSING. Dalam satu - satu keadaan dimana anda di turn downkan tawaran yang anda berikan oleh bakal pelanggan. Sentiasa mencari jalan untuk berikan tawaran yang lebih menarik anda mampu berikan. "Never accept rejection as it is, Always Find Rebuttals"

Perkara yang lebih menarik semasa PITCH pelanggan anda
"Sentiasa memperkatakan tentang client anda". Elakkan memperkatakan tentang anda. Adalah difahami jika anda perlu menerangkan Barangan @ Perkhidmatan yang anda tawarkan. Hal ini bermaksud "Anda perlu memfokuskan kepada KEBAIKKAN yang pelanggan anda bakal perolehi" jika sekiranya melibatkan diri(MEMBELI) Barangan @ Perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan. Teknik ini dinamakan "PAINT AN IMAGE" yang akan di ajar secara intensif dan lebih mendalam pada beberapa sessi yang seterusnya.


Konsep "BRING 1 UP" turut diperincikan. "Its not What You Know, Its Who You Know". Konsep ini menekankan kebaikan yang anda perolehi daripada menaikkan seorang yang lain di kalangan circle anda. "Always Bring 1 Up Your Rider and You Will Experience the Fame too". Woww Konsep ini juga  mengajar anda untuk tidak "menjual ikan" dan penting diri sendiri. Brotherhood dan Setiakawan di dalam Perniagaan dan Kehidupan sangat penting untuk diikuti. Jika tiada nilai ini dalam sesuatu persahabatan, persahabatan itu tadi  No Make Sense lagi terutama di dalam Pasukan anda..

VISUAL IMPACT. Setiap pagi bangun daripada tidur Lihat di dalam Cermin dan berkata-kata kepda diri anda. Anda akan mencapai apa yang anda inginkan pada hari berkenaan. BELIEVE - Percaya dengan sepenuh Hati dengan apa yang anda perkatakan.

Akhir sekali di Murad Zaidi Academy (MZA) percaya berfikir seperti tiada Kotak. MZA tidak berfikir di luar kotak. Berfikir diluar kotak tidak cukup berikan Impak Maksima kepada hasil yang anda perolehi. Persoalan timbul adalah berapa besar kotak yang anda ada. selepas diluar kotak berapa jauh yang anda fikirkan dari kotak itu tadi. Think Like There Is NO BOX lebih make sense kerana di MZA mensasarkan GREATNESS

Selamat malam

No comments: