Friday, 11 April 2014

STRATEGI HARTANAH LELONG TAHUN 2014

*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ *GUIDE TO INVESTING



Salam 

Catatan kali ini saya ingin berkongsi beberapa Point berkenaan "Hartanah Lelong". Peringkat awal saya berjinak -jinak  di dalam Pelaburan Hartanah. Hartanah lelong adalah kegemaran utama saya pada ketika itu. Masih kuat diingatan pada masa itu lewat penghujung tahun 2006. Belum ramai yang tahu dan berminat tentang Hartanah Lelong. Apa yang menarik ketika itu setiap kali ke Lelongan Awam yang di adakan peluang untuk anda perolehi rumah Lelong idaman pada Harga Reserved sangat tinggi.

Ohh sebelum terlupa saya tidak akan perkatakan tentang  Tatacara atau Apakah Persediaan yang anda perlu lakukan untuk memasuki LELONGAN AWAM pada kali ini. Ini kerana saya telah mengupasnya pada entry sebelum ini. Bagi yang belum membacanya boleh ke entry berikut :  http://huzaifah7property.blogspot.com/2013/02/mengapa-anda-membayar-agent-sedangkan.html

Melalui pemerhatian dan pengalaman ke Lelongan Awam pada tahun 2014. Saya dapati semakin ramai pembida baru yang turut serta. Hal ini bermakna kesedaran mengenai Lelongan Awam semakin meningkat kepada rata-rata rakyat di Malaysia. Terutama di Kuala Lumpur dan Selangor. Apakah Faktor penyumbang kepada peningkatan minat semakin ramai orang kepada LELONGAN AWAM. Saya senaraikan seperti berikut :

i) PEMBINAAN MRT 
Ramai yang terasa bahang kenaikan Hartanah berikutan rancangan jangka panjang membina MRT di tengah - tengah Bandaraya Kuala Lumpur dan kawasan berhampiran. Pembinaan Sistem MRT sedang giat dijalankan bermula dari KAJANG dan berakhir di Sungai Buloh. Laluan ini sejauh 51KM dijangka siap penghujung tahun 2016. Seterusnya adalah pembinaan MRT Line 2 dan Line 3. Pembinaan MRT ini telah memberi kesan mendadak kepada kenaikkan Hartanah di kawasan berhampiran dan sekitarnya. Ramai pembeli yang memasuki Lelongan Awam dengan harapan memperolehi harga lebih rendah daripada Harga Pasaran. Malangnya kes seperti ini jarang-jarang berlaku lagi. 

ii) SEMAKIN BANYAK KELAS HARTANAH  DIADAKAN 
Dewasa ini kelas Hartanah semakin banyak di adakan. Boleh di dikatakan kelas - kelas berkaitan Pelaburan Hartanah di adakan setiap minggu di pelbagai tempat. Ini  bermakna pada setiap minggu akan lahir semakin ramai orang yang celik Hartanah. Senario pada masa ini juga menyaksikan semakin ramai "orang kita" yang berkemahiran di bidang Pelaburan Hartanah tampil berkongsi di kelas anjuran mereka setiap minggu. Harga yang dikenakan pula amat berpatutan.

Justeru jika anda perhatikan setiap kali Lelongan Awam diadakan. Semakin ramai "Orang Kita" yang tampil dan berani membida unit-unit kegemaran. Apabila lebih ramai bida sesuatu unit maka kebarangkalian untuk anda menang bidaan untuk unit tersebut semakin kurang. Hingga ada pada satu-satu masa pembida "berani mati" sanggup bida pada harga lebih tinggi daripada Harga Pasaran.

Apakah langkah yang boleh di ambil? Saya cadangkan seperti berikut :-

i) Bida di Lelongan Awam di luar Kuala Lumpur dan Selangor
Walaupun jauh tetapi anda masih boleh dapatkan harga pada HARGA RESERVED. Lokasi terbaik adalah seperti JOHOR, MELAKA, NEGERI SEMBILAN, PULAU PINANG, PERAK serta KELANTAN. Tempat - tempat seperti ini kesedaran di kalangan penduduk setempat mengenai Hartanah Lelong masih rendah. Justeru saya cadangkan kepada anda untuk mengambil peluang yang ditawarkan buat waktu ini.

ii) Bida di lokasi belum Popular tetapi sedang Meningkat Naik di Sekitar Selangor - Biasanya lokasi ini adalah di pinggir Bandar. Lokasi sebenar anda boleh perolehi melalui pemerhatian dan perkongsian dengan rakan-rakan yang terlibat di bidang Pelaburan Hartanah.

Selamat mencuba dan saya doakan anda terus komited, berdisiplin dan akhir sekali boleh merasai hasil Kejayaan anda.



No comments: