Wednesday, 7 January 2015

MANFAAT KELAB PELABUR HARTANAH

*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ *GUIDE TO INVESTING


KEBAIKAN GROUP PELABUR HARTANAH

Selain berkongsi Maklumat dan Networking ada pengaruh lebih besar yang boleh dimanfaatkan GROUP Pelabur Hartanah 
Antara Lokasi SHOP LOT terbaik

OBJEKTIF utama Group ini adalah mengumpulkan kekuatan ahli kumpulan dari segi SUMBER, PENGETAHUAN, KEMAHIRAN dan MINAT yang sama untuk membuat KEUNTUNGAN lebih besar di dalam Pelaburan Hartanah

GROUP yang terbaik dan aktif  akan sentiasa membuat kerjasama Pintar dengan PEMAJU untuk menjadi Pembeli awal sesebuah Projek Pembangunan baru yang dilancarkan. Group ini akan membeli secara pukal daripada Pemaju sehingga membolehkan Pemaju memberikan Tawaran Diskaun yang lebih lumayan. Ada yang boleh mencapai Diskaun sebanyak 20% hingga 30% daripada harga tawaran. Jelas menunjukkan keupayaan yang ada memberi manfaat besar kepada Ahli Kumpulan kerana dapat membeli Harga yang jauh lebih rendah daripada Pasaran, 

Dari perspektif PEMAJU pula. Adanya kemampuan membeli secara pukal oleh kumpulan besar pembeli boleh memberi keuntungan segera kepada Pemaju. Beberapa KOS seperti Kos Periklanan dan Pemasaran dapat di kurangkan. Pembelian pukal telah membantu "Aliran Tunai" Projek yang baik untuk pemaju. Lebih cepat Unit Pembangunan dapat dijual lebih banyak KOS yang dapat diselamatkan oleh Pemaju.

Sebaik Projek Pembangunan siap Harga Semasa akan melonjak kepada 20% hingga 30% lagi. Justeru kumpulan Pelabur Pukal dapat menikmati keuntungan lebih lumayan berbanding Pelabur Individu yang hanya mampu mendapat tawaran penjimatan sehingga 10% sahaja. 

FORMULA yang sama akan terus diulang oleh Pemaju dan Kelab Hartanah untuk FASA dan Projek seterusnya. Begitulah "Bagaimana Orang Bijak" berusaha lebih sedikit dan membuat KEUNTUNGAN yang lebih lumayan


KELAB FB PELABUR HARTANAH UNIT SHOP LOT

SAYA INGIN MEMBUAT BANCIAN!

"Siapakah di kalangan pembaca yang berminat sertai GROUP FB SHOP LOT" yang akan saya bangunkan tidak lama lagi. Sebagai permulaan Group ini akan menjadi tempat perkongsian TIP SHOPLOT antaranya seperti LOKASI SHOP LOT terbaru yang berdaya maju, ROI yang terbaik dari segi Rental Yield, Capital Growth, Capital Appreciation. Perbandingan Loan yang terbaik untuk unit SHOP LOT. Personal Banker yang mesra pengguna, Peguam yang highly recommended, Pemaju Unit Komersil yang proven track record dan sebagainya

Seterusnya MISI yang lebih besar ialah GROUP ini boleh bekerjasama dengan PEMAJU untuk membeli unit SHOP LOT secara pukal di Lokasi Strategik dengan mendapat Diskaun lebih besar

Jika ada yang berminat ---> Sila Komen "SAYA BERMINAT" dan tinggalkan link FB anda di ruangan Komen di bawah entry Tajuk ini. Hal ini penting supaya saya boleh buat bancian berapa ramai yang berminat mengenai GROUP FB SHOP LOT dan perancangan seterusnya. Terima kasih

Tuesday, 6 January 2015

INDEKS HARGA RUMAH MALAYSIA

*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ *GUIDE TO INVESTING


INDEKS HARGA RUMAH MALAYSIA 


INDEKS HARGA RUMAH dikeluarkan oleh Jabatan Penilaian & Perkhidmatan Harta. INDEKS ini menunjukkan statistik kenaikkan HARGA Rumah di seluruh Malaysia.  Contohnya :-  pada tahun 2010 daripada 6.7% kepada 9.9% pada tahun 2011.

Maklumat yang diberikan ini perlu di teliti lebih lanjut dan ianya lebih kepada Panduan kasar kenaikkan harga rumah  yang berlaku. Lebih "Detail" Maklumat yang diberikan mengikut JENIS RUMAH dan LOKASI yang  spesifik lebih manfaat kepada Pelabur Hartanah dan bakal Pelabur.

JENIS RUMAH yang dimaksudkan samada Unit Apartmet, Flat, Condominium, Teres, Semi D, Banglo, Town House dan sebagainya. Perincian mengikut JENIS rumah yang lebih terperinci perlu di keluarkan untuk data yang lebih "Tepat".

LOKASI yang diberikan adalah mengikut NEGERI. Bagaimanapun NEGERI seperti Selangor terdapat Lokasi tertentu yang mengalami kesan kenaikkan Harga Rumah yang meningkat dengan mendadak dan ada yang perlahan. Hal ini disebabkan FAKTOR Pembangunan Bandar Baru yang lebih Sistematik, Pembinaan Pusat Pentadbiran Baru, Hospital, Kolej, Pasaraya Besar, Sistem Pengangkutan Jalanraya yang Efisyen, Pembinaan MRT dan LRT. Lokasi yang dipengaruhi Faktor ini adalah seperti SUBANG JAYA, PUCHONG, PUTRAJAYA, CYBERJAYA, MUTIARA DAMANSARA, KOTA DAMANSARA etc.

Sementara LOKASI yang di luar Kawasan Pembangunan Utama seperti Kuala Kubu Baru, Rasa, Ulu Yam, Kuala Selangor, Ulu Langat dan Hulu Selangor mencatatkan kadar kenaikan yang jauh lebih rendah. 

INDEKS boleh di kecilkan lagi Skopnya agar lebih tepat. Berbanding mengikut NEGERI. INDEKS kenaikan Harga Rumah boleh dikeluarkan mengikut "Daerah" atau Pembangunan Sesebuah Kawasan CONTOHNYA : BUKIT JELUTONG, ELMINA, SAUJANA UTAMA, PUTRAJAYA dan sebagainya

Justeru INDEKS ini hanyalah Panduan kepada Pelabur membuat keputusan Pelaburan Bijak

INFO lanjut boleh diperolehi di sini --->  http://www.jpph.gov.my/V2/download_arkib.php?versi=1&no=2/.

Sunday, 4 January 2015

STRATEGI PELABURAN HARTANAH (Part 2)

*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ *GUIDE TO INVESTING

Strategi Pelaburan Hartanah seterusnya adalah seperti berikut :


3. FLIPPING

Dalam lain perkataan adalah anda membeli Unit Hartanah bagi tujuan menjualnya dalam dalam jangka masa yang singkat. Unit Hartanah anda dibeli samada daripada Lelongan Awam, Pemaju atau "Desperate Seller". Pokoknya anda membeli pada harga yang lebih rendah daripada harga Pasaran

Sentiasa letak di dalam Minda anda "Keuntungan Pertama yang anda perolehi di dalam Pelaburan Hartanah ialah apabila anda membeli dibawah Harga Pasaran"

Justeru Unit yang dibeli ini akan di berikan sentuhan NILAI TAMBAH supaya Harga lebih tinggi boleh ditawarkan. Nilai Tambah yang dimaksudkan termasuklah - memasang Kitchen Kabinet, Dinding yang dicat baru, Railing Curtain, Pemasangan Grill, Kekemasan dan Kebersihan unit yang ingin dijual di perincikan dengan rapi. Dengan sedikit "USAHA" dan "KEPINTARAN". Sekaligus ia mampu berikan perbezaan ketara pada HARGA yang ditawarkan kepada bakal pembeli  


4. LELONG

Melalui pemerhatian dan pengalaman saya sendiri sehingga tahun 2012 unit Lelong sememangnya "Lubuk" mendapatkan Unit Idaman dibawah Harga PASARAN. Selepas tahun berkenaan Minat dan Pengetahuan tentang Hartanah rata-rata semakin meningkat. Semakin banyak kelas celik Hartanah di adakan merata ceruk dan tempat. Boleh dikatakan saban minggu akan ada graduan baru kelas Pelaburan Hartanah. Mereka inilah golongan utama yang sentiasa menambah bilangan pembida di Lelongan Awam.

CIMB Auction House
Justeru anda akan dapati semakin sukar membida di dalam Lelongan Awam yang di adakan. Pada tahun 2014 lokasi terakhir Lelongan Awam yang saya pergi ialah di "CIMB Auction" yang diadakan disebuah Hotel terkemuka tengah Kotaraya Kuala Lumpur. Apa yang saya perasan terlalu ramai yang akan masuk untuk bidaan setiap Unit yang di lelong. Justeru peluang anda untuk menang sudah pasti semakin sukar. Ditambah Faktor kegagalan mengawal Emosi seringkali unit yang di bida menjadikan Harganya lebih tinggi daripada Harga Pasaran. Kepada Pelabur, situasi ini sangat tidak produktif kepada perancangan masa hadapan. Ada juga sesetengah pembida yang sanggup membeli unit Lelong lebih tinggi daripada harga pasaran disebabkan LOKASI. Ada yang ingin  dekat dengan keluarga, ibubapa dan sebagainya.

Justeru STRATEGI baru perlu anda gunakan untuk unit Lelong. Anda juga boleh mula melihat ke lokasi di luar KUALA LUMPUR dan SELANGOR. Walaupun lain-lain negeri turut menerima kesan kenaikkan harga Hartanah namun masih ada ruang untuk anda mencubanya. Tahap kesedaran tentang Pelaburan Hartanah masih rendah dan anda mungkin boleh mengambil kesempatan sebanyak mungkin sebelum situasi semakin kompetatif seperti di KUALA LUMPUR & SELANGOR

"Orang buat DUIT itu tahu apa yang orang lain tidak tahu. Mereka ini tahu tentang FAKTOR-FAKTOR Kejayaan dan menumpukan perhatian kepada Faktor ini"

Friday, 2 January 2015

STRATEGI PELABURAN HARTANAH (Part 1)

*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ *GUIDE TO INVESTING

Umumnya strategi Pelaburan Hartanah boleh dipecahkan kepada 4 bahagian iaitu :


1. STRATEGI CASH FLOW(ALIRAN TUNAI)

Anda melabur untuk tujuan mendapatkan ALIRAN TUNAI setiap bulan. Lebih banyak unit yang anda beli lebih banyak TUNAI yang anda akan perolehi. Sekiranya anda TEKUN & SABAR mempraktikkan STRATEGI jenis ini. Anda akhirnya akan dapat keluar daripada RAT RACE iaitu kehidupan yang tidak Stabil.. dapat gaji cuma untuk kegunaan bayar hutang... Sekiranya anda menggunakan sedikit "Kepintaran serta Kesabaran" anda sebenarnya mampu menjana UNTUNG yang lumayan daripada POSITIVE CASH FLOW yang diperolehi berbanding bekerja makan gaji. Paling utama anda bijak menghidu PELUANG dan manfaatkannya. Tugas anda yang paling penting ialah anda memastikan keperluan penyewa anda dipenuhi dan penyewa membayar sewa.

Anda membeli sebuah unit Apartment berharga RM100,000.00
DEPOSIT 10%  = RM10,000.00
LOAN 90%  = RM90,000.00
TENURE  = 30 Tahun
BAYARAN INSTALLMENT BANK  = RM480.00pm
SEWA YANG DIPEROLEHI = RM650.00
MAINTENANCE FEE = RM40.00

NET POSITIVE CASH FLOW YANG DIPEROLEHI IALAH RM130.00 sebulan


2. STRATEGI BELI & SIMPAN

Anda melabur Unit anda bagi tujuan mendapatkan ALIRAN TUNAI dan CAPITAL GROWTH(Keuntungan Modal). Jenis Hartanah yang sesuai untuk Strategi Jenis ini ialah kediaman teres 2 tingkat dilokasi Pembangunan baru, ruang niaga atau tanah komersil


Lokasi Rumah teres 2 tingkat di Bandar Sri Damansara


CONTOH :- 


LOKASI : BANDAR SRI DAMANSARA
JENIS     : TERES 2 TINGKAT

i) Harga                              = RM145,000.00
ii) Tahun                            = 1996
iii) Tempoh                        = 18 Tahun (2014)
iv) Nilai semasa pada 2014   = RM1,100,000.00
v) KEUNTUGAN BERSIH  = RM950,000.00++

Strategi BELI & SIMPAN ini perlu mempunyai aliran tunai yang baik di dalam tangan. Kekangan semasa Ekonomi mungkin akan menjejaskan anda sekiranya anda tidak mempunya Tunai yang kukuh.



...seterusnya ialah 

3. Strategi BELI dan JUAL(FLIPPING)
4. Strategi LELONG

Strategi ini akan bersambung ke entry STRATEGI PELABURAN HARTANAH (Part 2) kerana ruang yang terhad. Semoga bermanfaat & pastikan Strategi mana yang bersesuaian kepada anda merujuk kepada situasi semasa anda sekarang ini.

Thursday, 1 January 2015

CABARAN & PELUANG TAHUN 2015

*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ *GUIDE TO INVESTING

Economic Downturn


Berikut adalah petikan yang diambil daripada Pakar Penganalisis Ekonomi  Prof Dr Hoo Ke Ping dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O (27/12/14). Malaysia semakin dihimpit dengan tanda-tanda kegawatan ekonomi. Kedudukan Ekonomi Dunia yang tidak menentu dan harga minyak yang mencapai harga terendah di pasaran turut menjejaskan Ekonomi negara Pengeksport utama minyak dunia. Kedudukan Nilai Ringgit yang tidak stabil turut memberi kesan ke atas barangan import dan eksport. Justeru sebagai pengguna dan pelabur harus bijak meneliti "trend" Ekonomi Malaysia pada tahun 2015 serta mengambil langkah perlu bagi mengurangkan  kesan ke atas Ekonomi keluarga. 

Prof  Dr. Hoo Ke Ping

Antara yang dicadangkan adalah seperti berikut :

1. AMALKAN LANGKAH BERJIMAT CERMAT
Berjimat cermat sebenarnya bukan amalan bermusim tetapi amalan sepanjang hayat. Namun di dalam situasi Ekonomi yang tidak menentu tabiat berbelanja perlu diperketatkan lagi. Fikir berkali-kali sebelum berbelanja barangan yang tidak perlu. Kenalpasti lokasi menjual barangan yang berkualiti dan pada harga yang murah. Kurangkan bershopping ke Pasaraya kerana anda mungkin terjebak berbelanja PROMOSI JUALAN AKHIR TAHUN, JUALAN PERAYAAN dan sebagainya 

2. ELAKKAN BERHUTANG DENGAN BANK
Mengikut situasi semasa dan parameter yang ditunjukkan. Kita boleh menjangkakan kadar interest daripada pihak Bank akan terus naik. Hal ini selaras dengan dasar Kawalan Monetori oleh Bank Negara Malaysia(BNM) yang bertujuan melindungi kepentingan Ekonomi Negara. Katanyanya lagi berhutang dalam keadaan gawat "kelak anda akan mati untuk cuba membayar INTEREST"

3. TANGGUHKAN BELI PROPERTY
Point ini saya agak 50-50. Bagaimanapun jika peluang terlalu baik untuk di lepaskan & situasi anda juga dalam keadaan kukuh. Teruslah melabur
Namun menurut Prof Dr. Ho hal ini kerana sudah terdapat tanda-tanda "Penawaran melebihi Permintaan". Terlalu banyak rumah yang dibina di tambah faktor harga yang tinggi telah mengurangkan permintaan untuk membeli. Beliau menjangkakan harga rumah pasti akan turun dalam tempoh 2 - 3 tahun dari sekarang seperti yang berlaku di Singapura dan London. Lokasi di sepanjang lebuhraya KESAS sahaja sejumlah 20,000 Unit rumah yang telah perolehi CF dan kira-kira 70% daripada jumlah ini tidak dapat dijual. Justeru itu pesannya lagi rancanglah membeli rumah samada untuk diduduki sendiri atau pelaburan semasa harga rumah menjunam turun dan Ekonomi semakin pulih.

4. BIJAK MENGURUS KEWANGAN PERIBADI
Bagi menggantikan pelaburan ke atas Hartanah yang kurang menggalakkan. Anda disarankan untuk melabur wang anda di dalam Instrumen Pelaburan Kewangan yang lain seperti ASB, Tabung Haji, Amanah Saham, Insuran dan sebagainya. 

SEMOGA TAHUN 2015 MEMBAWA LEBIH BANYAK KEMAKMURAN KEPADA ANDA & SELURUH KELUARGA




Saturday, 27 December 2014

KUASA LEVERAGE DI DALAM PELABURAN HARTANAH

*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ *GUIDE TO INVESTING


Maksud perkataan leverage adalah / The meaning of leverage is :
kekuatan atau daya pengumpil, penuilan, penyungkitan
Dalam bahasa Hartanah yang mudah anda faham. LAVERAGE merujuk kepada sejumlah penggunaan WANG yang kecil dan mampu mengawal NILAI Pelaburan anda yang besar jumlahnya.... Anda mendapat lebih manfaat sekiranya memahami Konsep LAVERAGE ini dan aplikasikan di dalam kehidupan anda... 
                                                 ALI                                 ABU
TUNAI                                            RM100,000.00                                RM100,000.00
PELABURAN                           Beli 1 Unit Rumah Harga             Beli 5 Unit Rumah HARGA
                                                 RM100,000.00/Seunit                        RM100,000.00/Seunit
PEMBAYARAN                                  TUNAI                                   DEPOSIT 20%/ Seunit
NILAI ASET(5 Tahun)                  RM150,000.00                            RM150,000.00 X 5Unit
TUNAI(Selepas Menjual)              RM50,000.00                                   RM250,000.00

Jadual di atas menunjukkan dengan jelas Kelebihan & Keuntungan yang anda perolehi daripada TEKNIK LAVERAGE. Dengan jumlah NILAI Tunai yang sama mampu menghasilkan keuntungan berlipat kali ganda kepada anda sekiranya anda tahu menggunakan WANG anda untuk mengawal jumlah yang lebih besar NILAInya. Dalam tempoh 5 Tahun ABU telah membuat keuntungan sebanyak 5 Kali Ganda iaitu berjumlah RM250,000.00 berbanding ALI. **Catatan di atas hanya "Contoh & Kiasan". Anda sebenarnya mampu membuat lebih keuntungan berbanding jumlah di atas dengan ILMU & Panduan yang betul
Didalam apa-apa jenis Instrument Pelaburan faktor MASA adalah yang paling mahal dan tiada NILAInya. Justeru dikalangan Pelabur tegar sentiasa pantas di dalam membuat keputusan dan membezakan dengan yang lain-lain dari segi VOLUME. Golongan ini sentiasa mengambil RISIKO lebih besar dengan jangkaan pulangan berlipat kali ganda. Apa yang penting adalah ILMU Pengetahuan dan Maklumat yang boleh dipercayai amat membantu di dalam membuat keputusan Pelaburan yang tepat. Hal ini adalah sebahagian  "Pengurusan Risiko" di dalam Pelaburan Hartanah anda.
Selamat Maju Jaya kepada anda di luar sana! 
Ohh Sebelum terlupa Faktor seperti ini adalah "Mengapa" ramai dikalangan Pelabur Hartanah tegar berminat dengan kereta yang biasa-biasa sahaja kerana menunggu pulangan lebih tinggi untuk "Supercar" :P


Tuesday, 23 December 2014

TIP MEMBELI UNIT KOMERSIL : SHOP LOT

*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ *GUIDE TO INVESTING

New Business Area : Kota Kemuning


Salah satu kriteria utama Shop Lot anda cepat dapat penyewa & "appreciation" naik dengan ketara apabila :-

* Unit anda berada di lokasi utama(prime area)
* Bersebelahan dengan Pasaraya(retail outlet)
* Komuniti padat penduduk yang rata-rata berbisnis berbanding makan gaji(belum faham takpe)
Occupancy meningkat dengan cepat beberapan bulan selepas dapat CF

TIP ini adalah panduan kerana ada juga kes dimana tanpa ada Pasaraya besar bersebelahan Unit Shoplot anda pun masih mampu dapat penyewa dengan cepat serta "value" naik dengan ketara. Ada faktor-faktor lain yang mempengaruhinya.
--->Untuk panduan lanjut boleh dapatkan EBOOK "PANDUAN LENGKAP STRATEGI MELABUR SHOPLOT" Rahsia Melabur Shoplot Terbongkar