Saturday, 27 December 2014

KUASA LEVERAGE DI DALAM PELABURAN HARTANAH

*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ *GUIDE TO INVESTING


Maksud perkataan leverage adalah / The meaning of leverage is :
kekuatan atau daya pengumpil, penuilan, penyungkitan
Dalam bahasa Hartanah yang mudah anda faham. LAVERAGE merujuk kepada sejumlah penggunaan WANG yang kecil dan mampu mengawal NILAI Pelaburan anda yang besar jumlahnya.... Anda mendapat lebih manfaat sekiranya memahami Konsep LAVERAGE ini dan aplikasikan di dalam kehidupan anda... 
                                                 ALI                                 ABU
TUNAI                                            RM100,000.00                                RM100,000.00
PELABURAN                           Beli 1 Unit Rumah Harga             Beli 5 Unit Rumah HARGA
                                                 RM100,000.00/Seunit                        RM100,000.00/Seunit
PEMBAYARAN                                  TUNAI                                   DEPOSIT 20%/ Seunit
NILAI ASET(5 Tahun)                  RM150,000.00                            RM150,000.00 X 5Unit
TUNAI(Selepas Menjual)              RM50,000.00                                   RM250,000.00

Jadual di atas menunjukkan dengan jelas Kelebihan & Keuntungan yang anda perolehi daripada TEKNIK LAVERAGE. Dengan jumlah NILAI Tunai yang sama mampu menghasilkan keuntungan berlipat kali ganda kepada anda sekiranya anda tahu menggunakan WANG anda untuk mengawal jumlah yang lebih besar NILAInya. Dalam tempoh 5 Tahun ABU telah membuat keuntungan sebanyak 5 Kali Ganda iaitu berjumlah RM250,000.00 berbanding ALI. **Catatan di atas hanya "Contoh & Kiasan". Anda sebenarnya mampu membuat lebih keuntungan berbanding jumlah di atas dengan ILMU & Panduan yang betul
Didalam apa-apa jenis Instrument Pelaburan faktor MASA adalah yang paling mahal dan tiada NILAInya. Justeru dikalangan Pelabur tegar sentiasa pantas di dalam membuat keputusan dan membezakan dengan yang lain-lain dari segi VOLUME. Golongan ini sentiasa mengambil RISIKO lebih besar dengan jangkaan pulangan berlipat kali ganda. Apa yang penting adalah ILMU Pengetahuan dan Maklumat yang boleh dipercayai amat membantu di dalam membuat keputusan Pelaburan yang tepat. Hal ini adalah sebahagian  "Pengurusan Risiko" di dalam Pelaburan Hartanah anda.
Selamat Maju Jaya kepada anda di luar sana! 
Ohh Sebelum terlupa Faktor seperti ini adalah "Mengapa" ramai dikalangan Pelabur Hartanah tegar berminat dengan kereta yang biasa-biasa sahaja kerana menunggu pulangan lebih tinggi untuk "Supercar" :P


No comments: