*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ
*GUIDE TO INVESTING
Economic Downturn |
Berikut adalah petikan yang diambil daripada Pakar Penganalisis Ekonomi Prof Dr Hoo Ke Ping dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O (27/12/14). Malaysia semakin dihimpit dengan tanda-tanda kegawatan ekonomi. Kedudukan Ekonomi Dunia yang tidak menentu dan harga minyak yang mencapai harga terendah di pasaran turut menjejaskan Ekonomi negara Pengeksport utama minyak dunia. Kedudukan Nilai Ringgit yang tidak stabil turut memberi kesan ke atas barangan import dan eksport. Justeru sebagai pengguna dan pelabur harus bijak meneliti "trend" Ekonomi Malaysia pada tahun 2015 serta mengambil langkah perlu bagi mengurangkan kesan ke atas Ekonomi keluarga.
Prof Dr. Hoo Ke Ping |
Antara yang dicadangkan adalah seperti berikut :
1. AMALKAN LANGKAH BERJIMAT CERMAT
Berjimat cermat sebenarnya bukan amalan bermusim tetapi amalan sepanjang hayat. Namun di dalam situasi Ekonomi yang tidak menentu tabiat berbelanja perlu diperketatkan lagi. Fikir berkali-kali sebelum berbelanja barangan yang tidak perlu. Kenalpasti lokasi menjual barangan yang berkualiti dan pada harga yang murah. Kurangkan bershopping ke Pasaraya kerana anda mungkin terjebak berbelanja PROMOSI JUALAN AKHIR TAHUN, JUALAN PERAYAAN dan sebagainya
2. ELAKKAN BERHUTANG DENGAN BANK
Mengikut situasi semasa dan parameter yang ditunjukkan. Kita boleh menjangkakan kadar interest daripada pihak Bank akan terus naik. Hal ini selaras dengan dasar Kawalan Monetori oleh Bank Negara Malaysia(BNM) yang bertujuan melindungi kepentingan Ekonomi Negara. Katanyanya lagi berhutang dalam keadaan gawat "kelak anda akan mati untuk cuba membayar INTEREST"
3. TANGGUHKAN BELI PROPERTY
Point ini saya agak 50-50. Bagaimanapun jika peluang terlalu baik untuk di lepaskan & situasi anda juga dalam keadaan kukuh. Teruslah melabur
Namun menurut Prof Dr. Ho hal ini kerana sudah terdapat tanda-tanda "Penawaran melebihi Permintaan". Terlalu banyak rumah yang dibina di tambah faktor harga yang tinggi telah mengurangkan permintaan untuk membeli. Beliau menjangkakan harga rumah pasti akan turun dalam tempoh 2 - 3 tahun dari sekarang seperti yang berlaku di Singapura dan London. Lokasi di sepanjang lebuhraya KESAS sahaja sejumlah 20,000 Unit rumah yang telah perolehi CF dan kira-kira 70% daripada jumlah ini tidak dapat dijual. Justeru itu pesannya lagi rancanglah membeli rumah samada untuk diduduki sendiri atau pelaburan semasa harga rumah menjunam turun dan Ekonomi semakin pulih.
4. BIJAK MENGURUS KEWANGAN PERIBADI
Bagi menggantikan pelaburan ke atas Hartanah yang kurang menggalakkan. Anda disarankan untuk melabur wang anda di dalam Instrumen Pelaburan Kewangan yang lain seperti ASB, Tabung Haji, Amanah Saham, Insuran dan sebagainya.
SEMOGA TAHUN 2015 MEMBAWA LEBIH BANYAK KEMAKMURAN KEPADA ANDA & SELURUH KELUARGA
No comments:
Post a Comment