*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ
*GUIDE TO INVESTING
INFO lanjut boleh diperolehi di sini ---> http://www.jpph.gov.my/V2/download_arkib.php?versi=1&no=2/.
INDEKS HARGA RUMAH MALAYSIA
INDEKS HARGA RUMAH dikeluarkan oleh Jabatan Penilaian & Perkhidmatan Harta. INDEKS ini menunjukkan statistik kenaikkan HARGA Rumah di seluruh Malaysia. Contohnya :- pada tahun 2010 daripada 6.7% kepada 9.9% pada tahun 2011.
Maklumat yang diberikan ini perlu di teliti lebih lanjut dan ianya lebih kepada Panduan kasar kenaikkan harga rumah yang berlaku. Lebih "Detail" Maklumat yang diberikan mengikut JENIS RUMAH dan LOKASI yang spesifik lebih manfaat kepada Pelabur Hartanah dan bakal Pelabur.
JENIS RUMAH yang dimaksudkan samada Unit Apartmet, Flat, Condominium, Teres, Semi D, Banglo, Town House dan sebagainya. Perincian mengikut JENIS rumah yang lebih terperinci perlu di keluarkan untuk data yang lebih "Tepat".
LOKASI yang diberikan adalah mengikut NEGERI. Bagaimanapun NEGERI seperti Selangor terdapat Lokasi tertentu yang mengalami kesan kenaikkan Harga Rumah yang meningkat dengan mendadak dan ada yang perlahan. Hal ini disebabkan FAKTOR Pembangunan Bandar Baru yang lebih Sistematik, Pembinaan Pusat Pentadbiran Baru, Hospital, Kolej, Pasaraya Besar, Sistem Pengangkutan Jalanraya yang Efisyen, Pembinaan MRT dan LRT. Lokasi yang dipengaruhi Faktor ini adalah seperti SUBANG JAYA, PUCHONG, PUTRAJAYA, CYBERJAYA, MUTIARA DAMANSARA, KOTA DAMANSARA etc.
Sementara LOKASI yang di luar Kawasan Pembangunan Utama seperti Kuala Kubu Baru, Rasa, Ulu Yam, Kuala Selangor, Ulu Langat dan Hulu Selangor mencatatkan kadar kenaikan yang jauh lebih rendah.
INDEKS boleh di kecilkan lagi Skopnya agar lebih tepat. Berbanding mengikut NEGERI. INDEKS kenaikan Harga Rumah boleh dikeluarkan mengikut "Daerah" atau Pembangunan Sesebuah Kawasan CONTOHNYA : BUKIT JELUTONG, ELMINA, SAUJANA UTAMA, PUTRAJAYA dan sebagainya
Justeru INDEKS ini hanyalah Panduan kepada Pelabur membuat keputusan Pelaburan Bijak
INFO lanjut boleh diperolehi di sini ---> http://www.jpph.gov.my/V2/download_arkib.php?versi=1&no=2/.
No comments:
Post a Comment