Monday, 19 January 2015

ASB INSTRUMENT AWAL PELABUR GENIUS

*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ *GUIDE TO INVESTING

ASB Instrumen Mendidik Menjadi "Pelabur Genius

ASB : Lebih Menguntungkan Dengan ASB Financing Berbanding Simpanan Biasa

Antara "Intangible Value" yang mahal daripada ASB ialah mendidik tabiat MENYIMPAN. "Sikit-sikit lama-lama jadi Bukit". Ada yang suka kumpul sendiri berdikit-dikit dari awal. Ada yang lebih advance akan mula melihat lain-lain TEKNIK dan Instrument Pelaburan untuk melipatgandakan MODAL dalam tempoh #MASA lebih pantas dan selamat. Tabiat menyimpan yang baik akan menjadikan anda lebih berhati-hati semasa berbelanja. Tidak mudah melatah dengan "Year End Sales", Promosi berterusan atau "Limited Offer" serta boleh berhadapan dengan Master of Closing Sales dengan lebih tenang kerana Matlamat sudah jelas di hadapan mata. Mana-mana keputusan pembelian yang tidak cukup syarat "keperluan" boleh diabaikan

Banyak lagi yang anda boleh pelajari daripada TEKNIK ASB GENIUS yang dibawakan oleh KEY iaitu :-

* Laveraging Teknik iaitu "Bagaimana menggunakan dividen yang diperolehi untuk pendekkan tempoh pinjaman perumahan anda daripada 35 tahun kepada 16 tahun sahaja"
* Ambil kesempatan keatas Teknik Compounding yang ada kepada ASB
* Perbezaan ketara yang anda dapat lihat sekiranya anda membuat simpanan biasa setiap bulan dan pinjaman ASB Financing yang lebih menguntungkan
* Bagaimana ASB boleh berikan anda profit sehingga 200% kepada anda
* Bagaimana membuat pinjaman ASB Financing sebanyak RM200K dengan komitment bulanan sebanyak RM200 sahaja dan banyak lagi TIP menarik yang akan memberikan NILAI besar ke atas Wang yang anda laburkan untuk miliki COMBO EBOOK ASN GENIUS!!

EBOOK ASB GENIUS YANG DINANTI-NANTIKAN
Seterusnya bila sudah capai tahap mahir Menyimpan.  Timbul rasa keperluan melipatgandakan Simpanan. Anda akan mula melihat Instrument Pelaburan yang lebih menguntungkan. Mula berfikir untuk berniaga kecil-kecilan kerana tahu 9 daripada 10 Rezeki adalah melalui PERNIAGAAN. Anda juga mula merancang untuk mengembangkan Modal yang ada dengan melabur di dalam PASARAN HARTANAH.

Menurut Robert Kiyosaki penulis tersohor RICH DAD POOR DAD. 2 Perkara yang boleh membawa anda keluar daripada "Rat Race" dan Mencipta KEKAYAAN berlipat ganda ialah :

i) PELABURAN HARTANAH
ii) PELABURAN SAHAM

Lihat situasi semasa anda dan mulakan perancangan anda dengan teratur dan Matlamat yang jelas. Pokok pangkalnya harus lalui dengan SABAR dan BIJAK. Semoga anda semakin MAHIR MENGURUSKAN KEWANGAN PERIBADI 

COMBO EBOOK ASB GENIUS 6 IN 1 KINI BERHARGA RM79.00 SAHAJA!!!

'Perubahan Minda Anda Bermula Di Sini'

Klik link disini untuk detail order:

https://jentayu.aztetic.my/buy/preordercombo

Pembayaran boleh dibuat ke akaun Maybank:

JENTAYU SERVICES: 564397112487

Email address: asbgenius7@gmail.com

Boleh Whatapps bukti bayaran atau sebarang pertanyaan ke: 01114250563


>>> Ini adalah EBOOK & VIDEO DIGITAL



Sunday, 18 January 2015

RESIDENTIAL(Unit Kediaman)

*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ *GUIDE TO INVESTING

A.       Unit Kediaman(Residential)

RESIDENTIAL



Residential adalah Unit Kediaman. Pulangan keatas Pelaburan adalah bergantung kepada Lokasi. Bagi yang ingin mendapatkan keuntungan yang tinggi daripada FLIPPING. Pelabur seperti ini lebih gemar melabur di dalam Rumah Teres atau link House. Bagi mereka yang memerlukan CASHFLOW atau Hasil Sewaan yang tinggi Unit jenis Apartment dan Kondominium adalah yang terbaik. Hal ini kerana perbandingan kadar sewa yang diperolehi adalah lebih tinggi.


JENIS-JENIS UNIT RESIDENTIAL ADALAH SEPERTI BERIKUT :-

i)            CONDOMINIUM
ii)   APARTMENT
iii)  FLAT
iv)  TERES
v)   SEMI D
vi)  BANGLO
vii) TOWN HOUSE


Friday, 16 January 2015

KEPUTUSAN BIJAK PERLUKAN PENGORBANAN

*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ *GUIDE TO INVESTING


Keputusan bijak perlukan pengorbanan. Melepaskan sesuatu untuk dapatkan sesuatu yang lebih baik. Tidak ramai juga yang mampu bersabar mengendalikannya. Bagi yang dah biasa "Alah Bisa Tegal Biasa". Yang pasti Matlamat jangka panjang jelas dihadapan mata & dekat dihati. Akhirnya membuahkan Hasil yang lumayan

Korbankan Kehendak Sementara Bagi Mengecapi Kehendak Dengan Lebih Baik 
===========================

Pada tahun 2010 kawan baik saya ni tak pernah terfikir untuk beli rumah sebab dia rasa dia tidak ada kemampuan dan lebih terarah kepada memiliki kenderaan baru untuk bergaya walaupon sudah berkahwin waktu itu. Dia tua 2 tahun dari saya, Umur saya masa ni 24 tahun dan telah memiliki 2 buah rumah.
Detik ini bermula bila saya dapat tahu dia sedang planning untuk upgrade kereta dari Myvi kepada Honda Jazz. Dalam hati saya hanya fikir, saya tak boleh biarkan kawan saya terus hilang arah. Saya ambil dia kat kampung masa tu dia balik ke kampung terus bawa dia ke Alam Suria @ Shah Alam 2. Saya nasihatkan dia lupakan sementara Kereta yang dia nak upgrade tu walaupon pada waktu tu dia dah finalize dia nak beli Kereta tersebut. Waktu tu memang tepat saya berjaya ubah fikiran dia last minute dan checkmate bila dia bayar booking Rumah tu Jenis terrace intermediate 22 x 70. masa tu saya tau pinjaman dia pasti boleh lulus. Beberapa bulan selepas Itu Kereta Myvi dia kemalangan teruk hingga total loss, tinggallah Kereta waja lama isteri dia yg dia pakai hingga hari ini (Pasang NGV pulak tu).
Lepas beli rumah first ini bermula perancangan mereka suami isteri berjimat, pergi kerja pon bawa bekal, kurang Bershopping (laki bini kuat Bershopping & travel). Tiada lagi nampak barang-barang berjenama. Itu pengorbanan sementara yg mereka lakukan. 2013, tiba masa mereka beli rumah kedua, Jenis terrace corner lot, sekali lagi mereka minta advice saya sebelum beli Rumah ni. Kini mereka baru berpindah masuk ke Rumah kedua ini (dalam gambar). Sekarang mereka dalam proses pembelian 1 unit commercial. Sekarang saya dapat lihat, bukan setakat kereta honda Jazz yg dia boleh beli, Honda Accord pon dia boleh pakai kalau dia nak dengan selesa hasil pengorbanan 5 tahun tadi. Sekarang korang nak pakai Apa pon pakai la Mohd Faizal Mohamad & Maysara Yusof, nak beli Apa pon beli la, nak berjalan ke mana pon pergi la.
'Berkorbanlah sementara untuk dapatkan satu kehidupan yang lebih baik di hadapan'
-KEY-

KELEBIHAN SURAH YAASIN

*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ *GUIDE TO INVESTING

Salam
Di pagi hari Jumaat yang penuh Keberkatan ini terlintas di hati untuk mencari Fadhilat dan Kelebihan Surah Yaasin. Berikut catatan yang di perolehi daripada teman Blogger yang telah menggariskan Kelebihan Suray Yaasin. Semoga menjadi amalan sepanjang hayat



Kelebihan Surah Yaasin
Surah Yassin merupakan salah satu surah yang bermula dengan huruf, iaitu ya ( ۑ ) dan seen ( س ) atau yasseen (ۑس). Surah ini diturunkan di Mekah dan mengandungi 82 ayat.
Ramai sarjana-sarjana dan alim ulama’ Islam mengkiaskan bahasa Surah Yassin ini adalah hati dan jantung kepada Al-Quran. Surah ini juga diamalkan oleh ramai muslimin muslimat bagi pelbagai fungsi dan keperluan. Daripada sejarah semenjak zaman Rasulallah SAW lagi, surah ini memainkan banyak peranan dalam kehidupan hari-hari.
Bagi kebiasaan orang-orang Melayu membaca surah ini pada setiap malam Jumaat, iaitu hari Khamis malam. Walaupun ada yang mengatakan ianya bidaah kerana tidak pernah diamalkan oleh Rasulallah saw, tetapi ianya tidak menjadi kesalahan kerana membaca Al Quran memangnya dianjurkan di dalam Islam, bukankah Surah Yassin adalah sebahagian daripada surah di dalam AL Quran. Tidak perlulah kita membincangkan hal-hal yang kurang penting, dibimbangi akan menjauhkan seseorang daripada Al Quran.
Mengikut bijak pandai dan alim ulama Islam, terdapat beberapa fadilat di dalan Surah Yassin ini. Di bawah ini disusun fadilah-fadilatnya mengikut ayat-ayat dalam Surah Yassin tersebut.
• Ayat 1 – 9: Untuk keselamatan diri.
• Ayat 9: “Waja’alna….” – melindungi rumah kediaman dari pencuri – bacalah ayat ini dan tiupkan di setiap penjuru rumah. Ayat ini juga diusahakan untuk melindungi diri dari dianiaya. Bagi perlindungan diri dan rumah semasa masuk tidur – bacalah Ayat 9 ini dan diikuti dengan Al-Fatihah dan 3 kul.
Ayat 12: Merupakan Jantung Yaasiin – Rasulullah s.a.w. berharap agar ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.
Ayat 13 – 35: Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.
Ayat 22 – 23: Untuk menjaga aqidah dan memohon Allah memberikan hidayah kepada anak.
Ayat 29: “In kanat illa….” – Untuk digunakan jika kita merasakan ada orang yang berniat untuk menfitnah atau aniaya kita. Selepas baca di semburkan ke muka orang tersebut secara isyarat. Juga boleh diusahakan untuk mendiamkan orang yang selalu melempar kata-kata buruk dan tidak menyenangkan kepada anda.
Ayat 30 – Untuk keinsafan – Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. di syurga nanti (ayat ini harus sentiasa berada dihati dan diamalkan).
Ayat 32 – Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi lebih baik. Caranya: Ingatkan bahawa segalanya datang adalah dari Allah s.w.t, bahawa kita adalah umat Muhammad dan kita adalah orang Islam dll.
Ayat 33 – 35 – Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan hidup subur.
Ayat 36 – “subhanallazi..” – Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Bagi tujuan untuk cari jodoh baca ayat ini dan tiup 7 kali dalam tangan dan sapu ke muka pada setiap pagi sebelum keluar rumah.
Ayat 37 – Adalah untuk menetapkan hati – meningkatkan aqidah diri sendiri. Hati yang kering akan hidup semula.
Ayat 38 – Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.
Ayat 39 – Mengisahkan tentang ilmu falak, di mana bulan dan matahari juga sujud pada Allah s.w.t. yang satu.
Ayat 40 – Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.
Ayat 41 – Mengisahkan Nabi Noh a.s. menaiki kapal – Elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan.
Ayat 44 – Mengisahkan keseronokan hidup di dunia – Dibaca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.
Ayat 45 – 48 – Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.
Ayat 49 – Menceritakan tentang hari akhirat dan kehidupannya. Tiupan pertama berlaku secara tiba-tiba. Diikuti dengan tiupan kedua yang memusnah dan menghancurkan dunia. Kemudian datang tiupan ketiga di mana semua manusia di hidupkan semula dan hadir di padang Mahsyar.
Ayat 50 – Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.
Ayat 58 – “Salamun…” – Merupakan salam daripada Allah. Ayat ini boleh diusahakan untuk mengubati sakit kepala, dengan membaca dan menyapukan ke kepala. Diulangi sebanyak 3x. Jika sakit anggota atau tidak tenang hati, maka bacalah 7x dan gosokkan pada tempat yang sakit atau di hati.
Ayat 76 – “Falayahzun..” – Dijadikan amalan. Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa sambil mengurut dada, bacalah ayat tersebut.
Ayat 78 – 79 – dari – “Yuhyil Wahiya…” – Dikhaskan untuk sakit urat, tulang patah/ sakit tulang, sakit sendi, sakit lutut dan badan, untuk dijadikan doa bermula daripada ayat yang bermaksud: “dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?”
Ayat 79 – Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk.”
Ayat 82 – “Innama amruhu..” – Untuk Hajat – Jika berhajat sesuatu, bacalah 100x. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari – boleh dijadikan sebagai penawar. Jika air habis ulangi bacaan tersebut sehingga 40 hari.




Fadilat-fadilat lain adalah:
1. Sesiapa yang membacanya pada waktu malam, nescaya dia akan diberi kemudahan pada malam itu. Sesiapa yang membacanya pada siang hari, nescaya dia akan diberi kemudahan pada hari itu, sesungguhnya Al-Quran diangkat daripada penghuni syurga, lalu mereka tidak membacanya sedikit pun melainkan Surah Taha dan Surah Yasin.
2. Sesiapa yang memasuki perkuburan (orang Islam), lalu membaca surah yasin, nescaya Allah akan meringankan azab daripada penghuni kubur pada hari itu dan pembacanya pula akan memperolehi kebaikan sebanyak bilangan hurufnya.
3. Barang siapa membaca Surah Yasin setiap malam lalu ia meninggal dunia, maka ia mati syahid.
4. Barang siapa membaca Surah Yasin di waktu pagi maka ia akan berada dalam kegembiraan hingga petang dan siapa membacanya di waktu petang maka dia selalu dalam kegembiraan hingga pagi hari beikutnya.
5. Barang siapa membaca Surah Yasin pada malam hari maka di pagi hari ia terampun dosanya.
6. Apabila orang lapar membaca Surah Yasin, ia boleh menjadi kenyang.
7. Jika seseorang itu belum kahwin maka akan dipermudahkan jodohnya.
8. Apabila seseorang yang sedang berada di dalam ketakutan membaca Surah Yasin maka akan hilanglah perasaan takutnya.
9. Jika seseorang musafir membaca surah Yasin, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
10. Jika seseorang yang sesat lalu membaca surah Yasn, maka dipermudahkan tempat yang ingin ditujunya.
11. Jika dibaca surah yasin kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah akan meringankan seksa si mati.
Jika orang yang sedang dahaga lalu membaca surah Yasin, akan hilang sasa hausnya.
12. Jika dibacakan surah Yasin kepada orang yang sedang sakit, akan terhindar dirinya daripada penyakit.
13. Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yasin pada setiap hari, turunlah Malaikat Maut. mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yasin sehingga datang Malaikat Ridhwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya, alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam jumaat, Dibaca pada rakaat pertama surah Yasin dan surah Tabaroka pada rakaat kedua, Allah jadikan setiap setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya
15. Baca Yasin sebelum tidur, seperti khatam Quran (10x)
16. Jika baca Yasin sebelum tidur serta faham maksudnya sekali, sekira mati dalam tidur, dosa diampunkan.
17. Dibaca ketika orang sakit, sedang nazak atau sudah meninggal dunia. Baca di sisi mereka (terutama pada ayat 12) agar orang yang sedang sakit berada dalam ketenangan dan kepada orang yang masih hidup mendapat keinsafan bahawa kita akan menyusul pada bila-bila masa.






Thursday, 15 January 2015

STRATEGI PELABURAN HARTANAH

*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ *GUIDE TO INVESTING


Tangga Pelaburan Hartanah adalah seperti berikut :-

i)            Residential
ii)           Commercial
iii)         Industrial
iv)         Land

Unit Commercial : Shop Office


CARTA PELABURAN HARTANAH diatas menunjukkan dengan jelas semakin tinggi anda mendaki di dalam "Tangga Pelaburan" Hartanah. Anda sebenarnya berhadapan dengan RISIKO lebih tinggi. Pada masa yang sama berpotensi mendapat PULANGAN lebih tinggi

Sebelum terjun ke dalam dunia PELABURAN HARTANAH. Anda disarankan kenali tangga Pelaburan ini dengan detail - sedetailnyanya. Banyak manfaat yang anda perolehi dengan berbuat demikian

Salah satu manfaat terbesar dengan berbuat demikian adalah anda boleh sesuaikan dengan “Strategi” Pelaburan Hartanah yang paling sesuai dengan SITUASI semasa anda. Anda tidak perlu menjadi “Pelabur Ikut-Ikutan” sebenarnya. Ya benar anda perlu mendapat sebanyak informasi yang diperlukan! Tetapi gunakan Informasi yang diperolehi ini untuk membuat sedikit kajian kesesuaian dengan Profile Kewangan anda untuk membuat semaksima Keuntungan yang boleh. Akhirnya PELABURAN HARTANAH anda akan bermula dimana KEKUATAN yang anda ada dan menjauhi pelaburan yang menjadi KELEMAHAN anda



Thursday, 8 January 2015

DIARI JUAL KARPET DI JALANAN oleh COACH BAHARUDDIN MOHAMED

*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ *GUIDE TO INVESTING

DIARI JUAL KARPET DI JALANAN

COACH BAHAR : Dari Bilik Berhawa Dingin Ke Kaki Lima
Hari 1: 
Sebelum memulakan hari pertama menjaja, Coach pesan pada kami, "Ok, tugasan pertama kalian ialah, berhentikan sekurang-kurangnya 2 orang pejalan kaki lima, supaya mereka dengar apa yang ingin anda promosikan.

Hasil = Sifar. Tiada seorang pun yang mahu berhenti dan mendengar promosi kami

Hari 2:
Hasil yang sama. Kosong. Masih belum dapat membuat sebarang jualan. Apatah lagi nak berhentikan walau seorang pejalan kaki. Memang mencabar betul nak jual karpet gaya Istana di tepi jalan, walau dengan harga kaki lima. Pertama kali aku jual barang yang aku anggap 'pelik' sekali


Hari 3:
Masih gagal. Bayangkan, dah masuk hari ketiga kami berjualan karpet di tepi jalan kaki. Dengan suara yang dah kering habis serak. PUASA Ramadan lagi tu. Sifu masih rilek di tepi berjualan kuih raya. Kami dah habis jerit bermacam-macam skrip, "Mari, mari, kami jual karpet original." Entah dah beratus ayat agaknya kami dah eksperimenkan. Semua orang berlalu pergi, kalau ada yang jeling tu pun kira syukur sangat dah tu

Menyerap Falsafah Bisnis Coach Bahar
Hari 4:
Pagi itu, Coach dah siap-siap. Dengan tenang beliau berkata, "Ok, korang tengok aku buat macam mana."

Bukan main geramnya kami. Dengan bersahaja kami lihat Coach sekadar BERBISIK sahaja, "Psst... Bang, ni bukan karpet seludup bang. Harga je macam seludup, tapi ini barang legal." BOMMM! Sekonyong seorang pejalan kaki terus berhenti. Coach pun sambung, "Nak tahu macam mana kami dapat semua karpet ni?"
Kemain geramnya aku. Penat-penat kami terlalak 3 hari Ramadan, siapa sangka dengan BERBISIK saja pun dah boleh tarik perhatian.
Kami ambil alih. Jualan kami hari itu jejak juga 4 angka. Syukur ya amat. Rasa nak menitis airmata. Terharu sangat.

Beginilah senario 7 hari kami berguru dengan sifu yang gemuk ilmunya dan padat pengalamannya. Motto beliau, "Dari CEO korporat, ke penjaja jalanan."
Kata Coach Baharuddin Mohamed, "Ini yang dipanggil Punch Line. Kalau dalam copywriting, kita sebut Headline. Kita jangan kejar semua orang yang TERdengar supaya berhenti. Tapi kita mahu orang berhenti dan MENdengar kita dengan teliti dan hati-hati."
Youth Enterpreaneur Program (YEP) berlangsung lagi kali ini untuk 2015. Mohon sokongan kalian, demi anak-anak lepasan SPM yang tabah ikuti modul ini

Dapatkan berita terkini secara LIVE, dengan follow hashtag ‪#‎YEP2015‬<<<klik situ
Unlike ·  · 

Wednesday, 7 January 2015

BAGAIMANA TABIAT MEMBACA AL QURAN MEMBENTUK MINDA GENIUS

*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ *GUIDE TO INVESTING

Sumber : rakan FB

Panduan Hidup

Sejak dulu saya selalu dengar kawan-kawan yang hantar anak ke tahfiz sejak kecil, kemudian selepas menjadi hafiz Quran, mereka hantar anak tu ambil SPM, selalunya mesti keputusannya cemerlang...
Padahal yang sekolah akademik sejak kecil, tak semua sehebat tu...
Begitu juga para ulama terdahulu, kita sering baca kisah hebat mereka menghafal ratusan ribu hadith dan sebagainya....
Dan menjadi hafiz Al-Quran pada zaman ulama silam merupakan sesuatu yang terlampau biasa sehinggakan orang yang tidak hafiz Al-Quran pula dianggap sesuatu yang aneh dan aib.
Jadi saya terfikir, apa rahsia mereka? 
Anak-Anak adalah Pelaburan Akhirat

Saya mulanya hanya beriman bahawa asbab keberkatan mereka menjadi hafiz Al-Quranlah Allah bantu mereka walaupun dalam pelajaran akademik...
Tapi selepas lama mengkaji, memerhati dan bertanya kepada para ulama serta saintis, saya dapati satu conclusion yang saya kira agak baik.
Rahsianya terletak kepada pembacaan Al-Quran itu sendiri...
Melazimi membaca Al-Quran dengan istiqamah akan "melajukan" otak kita....
Kata-kata itu saya dapati dari guru-guru saya... walaupun mulanya saya tak berapa faham...
Tapi apabila saya mula amati pembacaan Al-Quran saya, memang benar, otak kita perlu bertindak dengan pantas untuk mengawal seluruh aktiviti pembacaan Al-Quran yang lancar...
Sekiranya otak saya lambat berfungsi, maka pembacaan saya akan menjadi tergagap-gagap dan tersekat-sekat.
Hal ini saya fahami ketika saya masih sekolah menengah di MRSM dahulu, guru Biologi saya ketika itu menceritakan tentang otak dan dia juga menyebutkan tentang pembacaan Al-Quran dapat mengaktifkan banyak sel-sel otak tanpa perlu minum susu Anmum Essential....
Bagaimana ia berlaku?
Ok, logika dan saintifiknya begini...
Kelebihan Surah Al Kahfi
Bila kita buka mushaf Al-Quran dan mula melihat ayat-ayat Al-Quran...
Kita akan buka mulut untuk membaca, dan ketika itu otak kita dengan lajunya memproses data berkenaan Al-Quran itu, misalnya huruf apa yang terpapar, bunyinya macam mana, makhrajnya dimana, jika ia bersambung dengan huruf lain, bagaimana tajwidnya, harus dibaca panjang, pendek, jelas, dengung, isymam atau imalah dan sebagainya...
Apatah lagi ia perlu dibaca dari kanan ke kiri, berbeza dengan kebiasaan kita membaca dari kiri ke kanan...
Dalam masa yang sama, mulut kita perlu mula bergerak untuk bunyikan ia. Bermakna, otak kita perlu buat keputusan dengan segera bagaimanakah cara bacaannya!
Berbeza dengan baca surat khabar atau buku dengan bahasa Melayu atau Inggeris, otak kita tak perlu susah-susah buat keputusan sebab hukum bunyinya tidak banyak berbanding membaca Al-Quran yang hukum bunyinya terlampau banyak. (melainkan kita baca Al-Quran tanpa tajwid dan tanpa tartil).
Dan yang menariknya, bila mulut kita masih membaca perkataan Al-Quran yang pertama, mata kita sudah pun melihat kepada perkataan kedua dan mula memproses data sekali lagi secepat mungkin untuk pembacaan yang lancar.
Jadi ketika membaca Al-Quran, otak kita perlu bekerja dengan sangat laju. Data yang dihantar-diterima otak bergerak sepantas kilat untuk menghasil aktiviti bacaan di lidah, dan mata yang memandang kepada mushaf tersebut.
Jadi apabila seseorang itu membaca Al-Quran sambil melihat mushaf (naskhah Al-Quran) dengan lancar dan cantik lengkap dengan tajwid dan tartilnya, itu bermakna otaknya sedang bergerak dengan sangat laju.
Dan yang lebih menarik, bilamana Al-Quran dialunkan, tentu ianya bernada indah tanpa kita sedar. Padahal kalau kita baca buku selain quran, tak pulak jadi macam tu.
Jadi nada indah beralun yang keluar ketika quran dibaca tu menjadi terapi telinga yang sekaligus menghantar terapi tu ke otak dan merehatkan seluruh badan kita.
Jadi, walaupun otak bergerak laju semasa membaca quran, nada yang indah tu membawa kita ke situasi badan yang rileks dan tenang menyebabkan kita tidak penat.
Berbeza kalau kita gunakan otak untuk perkara lain, misalnya nak selesaikan soalan Add Math. Kadar tenaga otak yang digunakan sangat tinggi, dan lepas selesai dijawab, kita terasa sangat penat. Sedangkan badan kita tak bergerak pun. Penat tu berlaku sebab otak kita yang penat.
Pembacaan quran pula menggunakan otak kita dengan kuat, tetapi tidak memenatkan langsung!
Dan apabila latihan otak ini dilakukan setiap hari, maka sel-sel otak kita akan berhubung dan menjadikan kita genius dengan izin Allah...
Maka gejala kebodohan khususnya yang berlaku pada zaman ini dapat dikurangkan dengan perbanyakkan membaca Al-Quran...
Oleh sebab itulah umat Islam terdahulu majoritinya genius walaupun kemudahan rujukan mereka terhad