*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ
*GUIDE TO INVESTING
Keputusan bijak perlukan pengorbanan. Melepaskan sesuatu untuk dapatkan sesuatu yang lebih baik. Tidak ramai juga yang mampu bersabar mengendalikannya. Bagi yang dah biasa "Alah Bisa Tegal Biasa". Yang pasti Matlamat jangka panjang jelas dihadapan mata & dekat dihati. Akhirnya membuahkan Hasil yang lumayan
Korbankan Kehendak Sementara Bagi Mengecapi Kehendak Dengan Lebih Baik
===========================
Pada tahun 2010 kawan baik saya ni tak pernah terfikir untuk beli rumah sebab dia rasa dia tidak ada kemampuan dan lebih terarah kepada memiliki kenderaan baru untuk bergaya walaupon sudah berkahwin waktu itu. Dia tua 2 tahun dari saya, Umur saya masa ni 24 tahun dan telah memiliki 2 buah rumah.
Detik ini bermula bila saya dapat tahu dia sedang planning untuk upgrade kereta dari Myvi kepada Honda Jazz. Dalam hati saya hanya fikir, saya tak boleh biarkan kawan saya terus hilang arah. Saya ambil dia kat kampung masa tu dia balik ke kampung terus bawa dia ke Alam Suria @ Shah Alam 2. Saya nasihatkan dia lupakan sementara Kereta yang dia nak upgrade tu walaupon pada waktu tu dia dah finalize dia nak beli Kereta tersebut. Waktu tu memang tepat saya berjaya ubah fikiran dia last minute dan checkmate bila dia bayar booking Rumah tu Jenis terrace intermediate 22 x 70. masa tu saya tau pinjaman dia pasti boleh lulus. Beberapa bulan selepas Itu Kereta Myvi dia kemalangan teruk hingga total loss, tinggallah Kereta waja lama isteri dia yg dia pakai hingga hari ini (Pasang NGV pulak tu).
Lepas beli rumah first ini bermula perancangan mereka suami isteri berjimat, pergi kerja pon bawa bekal, kurang Bershopping (laki bini kuat Bershopping & travel). Tiada lagi nampak barang-barang berjenama. Itu pengorbanan sementara yg mereka lakukan. 2013, tiba masa mereka beli rumah kedua, Jenis terrace corner lot, sekali lagi mereka minta advice saya sebelum beli Rumah ni. Kini mereka baru berpindah masuk ke Rumah kedua ini (dalam gambar). Sekarang mereka dalam proses pembelian 1 unit commercial. Sekarang saya dapat lihat, bukan setakat kereta honda Jazz yg dia boleh beli, Honda Accord pon dia boleh pakai kalau dia nak dengan selesa hasil pengorbanan 5 tahun tadi. Sekarang korang nak pakai Apa pon pakai la Mohd Faizal Mohamad & Maysara Yusof, nak beli Apa pon beli la, nak berjalan ke mana pon pergi la.
'Berkorbanlah sementara untuk dapatkan satu kehidupan yang lebih baik di hadapan'
-KEY-
No comments:
Post a Comment