Friday, 16 January 2015

KELEBIHAN SURAH YAASIN

*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ *GUIDE TO INVESTING

Salam
Di pagi hari Jumaat yang penuh Keberkatan ini terlintas di hati untuk mencari Fadhilat dan Kelebihan Surah Yaasin. Berikut catatan yang di perolehi daripada teman Blogger yang telah menggariskan Kelebihan Suray Yaasin. Semoga menjadi amalan sepanjang hayat



Kelebihan Surah Yaasin
Surah Yassin merupakan salah satu surah yang bermula dengan huruf, iaitu ya ( ۑ ) dan seen ( س ) atau yasseen (ۑس). Surah ini diturunkan di Mekah dan mengandungi 82 ayat.
Ramai sarjana-sarjana dan alim ulama’ Islam mengkiaskan bahasa Surah Yassin ini adalah hati dan jantung kepada Al-Quran. Surah ini juga diamalkan oleh ramai muslimin muslimat bagi pelbagai fungsi dan keperluan. Daripada sejarah semenjak zaman Rasulallah SAW lagi, surah ini memainkan banyak peranan dalam kehidupan hari-hari.
Bagi kebiasaan orang-orang Melayu membaca surah ini pada setiap malam Jumaat, iaitu hari Khamis malam. Walaupun ada yang mengatakan ianya bidaah kerana tidak pernah diamalkan oleh Rasulallah saw, tetapi ianya tidak menjadi kesalahan kerana membaca Al Quran memangnya dianjurkan di dalam Islam, bukankah Surah Yassin adalah sebahagian daripada surah di dalam AL Quran. Tidak perlulah kita membincangkan hal-hal yang kurang penting, dibimbangi akan menjauhkan seseorang daripada Al Quran.
Mengikut bijak pandai dan alim ulama Islam, terdapat beberapa fadilat di dalan Surah Yassin ini. Di bawah ini disusun fadilah-fadilatnya mengikut ayat-ayat dalam Surah Yassin tersebut.
• Ayat 1 – 9: Untuk keselamatan diri.
• Ayat 9: “Waja’alna….” – melindungi rumah kediaman dari pencuri – bacalah ayat ini dan tiupkan di setiap penjuru rumah. Ayat ini juga diusahakan untuk melindungi diri dari dianiaya. Bagi perlindungan diri dan rumah semasa masuk tidur – bacalah Ayat 9 ini dan diikuti dengan Al-Fatihah dan 3 kul.
Ayat 12: Merupakan Jantung Yaasiin – Rasulullah s.a.w. berharap agar ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.
Ayat 13 – 35: Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.
Ayat 22 – 23: Untuk menjaga aqidah dan memohon Allah memberikan hidayah kepada anak.
Ayat 29: “In kanat illa….” – Untuk digunakan jika kita merasakan ada orang yang berniat untuk menfitnah atau aniaya kita. Selepas baca di semburkan ke muka orang tersebut secara isyarat. Juga boleh diusahakan untuk mendiamkan orang yang selalu melempar kata-kata buruk dan tidak menyenangkan kepada anda.
Ayat 30 – Untuk keinsafan – Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. di syurga nanti (ayat ini harus sentiasa berada dihati dan diamalkan).
Ayat 32 – Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi lebih baik. Caranya: Ingatkan bahawa segalanya datang adalah dari Allah s.w.t, bahawa kita adalah umat Muhammad dan kita adalah orang Islam dll.
Ayat 33 – 35 – Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan hidup subur.
Ayat 36 – “subhanallazi..” – Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Bagi tujuan untuk cari jodoh baca ayat ini dan tiup 7 kali dalam tangan dan sapu ke muka pada setiap pagi sebelum keluar rumah.
Ayat 37 – Adalah untuk menetapkan hati – meningkatkan aqidah diri sendiri. Hati yang kering akan hidup semula.
Ayat 38 – Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.
Ayat 39 – Mengisahkan tentang ilmu falak, di mana bulan dan matahari juga sujud pada Allah s.w.t. yang satu.
Ayat 40 – Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.
Ayat 41 – Mengisahkan Nabi Noh a.s. menaiki kapal – Elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan.
Ayat 44 – Mengisahkan keseronokan hidup di dunia – Dibaca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.
Ayat 45 – 48 – Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.
Ayat 49 – Menceritakan tentang hari akhirat dan kehidupannya. Tiupan pertama berlaku secara tiba-tiba. Diikuti dengan tiupan kedua yang memusnah dan menghancurkan dunia. Kemudian datang tiupan ketiga di mana semua manusia di hidupkan semula dan hadir di padang Mahsyar.
Ayat 50 – Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.
Ayat 58 – “Salamun…” – Merupakan salam daripada Allah. Ayat ini boleh diusahakan untuk mengubati sakit kepala, dengan membaca dan menyapukan ke kepala. Diulangi sebanyak 3x. Jika sakit anggota atau tidak tenang hati, maka bacalah 7x dan gosokkan pada tempat yang sakit atau di hati.
Ayat 76 – “Falayahzun..” – Dijadikan amalan. Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa sambil mengurut dada, bacalah ayat tersebut.
Ayat 78 – 79 – dari – “Yuhyil Wahiya…” – Dikhaskan untuk sakit urat, tulang patah/ sakit tulang, sakit sendi, sakit lutut dan badan, untuk dijadikan doa bermula daripada ayat yang bermaksud: “dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?”
Ayat 79 – Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk.”
Ayat 82 – “Innama amruhu..” – Untuk Hajat – Jika berhajat sesuatu, bacalah 100x. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari – boleh dijadikan sebagai penawar. Jika air habis ulangi bacaan tersebut sehingga 40 hari.




Fadilat-fadilat lain adalah:
1. Sesiapa yang membacanya pada waktu malam, nescaya dia akan diberi kemudahan pada malam itu. Sesiapa yang membacanya pada siang hari, nescaya dia akan diberi kemudahan pada hari itu, sesungguhnya Al-Quran diangkat daripada penghuni syurga, lalu mereka tidak membacanya sedikit pun melainkan Surah Taha dan Surah Yasin.
2. Sesiapa yang memasuki perkuburan (orang Islam), lalu membaca surah yasin, nescaya Allah akan meringankan azab daripada penghuni kubur pada hari itu dan pembacanya pula akan memperolehi kebaikan sebanyak bilangan hurufnya.
3. Barang siapa membaca Surah Yasin setiap malam lalu ia meninggal dunia, maka ia mati syahid.
4. Barang siapa membaca Surah Yasin di waktu pagi maka ia akan berada dalam kegembiraan hingga petang dan siapa membacanya di waktu petang maka dia selalu dalam kegembiraan hingga pagi hari beikutnya.
5. Barang siapa membaca Surah Yasin pada malam hari maka di pagi hari ia terampun dosanya.
6. Apabila orang lapar membaca Surah Yasin, ia boleh menjadi kenyang.
7. Jika seseorang itu belum kahwin maka akan dipermudahkan jodohnya.
8. Apabila seseorang yang sedang berada di dalam ketakutan membaca Surah Yasin maka akan hilanglah perasaan takutnya.
9. Jika seseorang musafir membaca surah Yasin, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
10. Jika seseorang yang sesat lalu membaca surah Yasn, maka dipermudahkan tempat yang ingin ditujunya.
11. Jika dibaca surah yasin kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah akan meringankan seksa si mati.
Jika orang yang sedang dahaga lalu membaca surah Yasin, akan hilang sasa hausnya.
12. Jika dibacakan surah Yasin kepada orang yang sedang sakit, akan terhindar dirinya daripada penyakit.
13. Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yasin pada setiap hari, turunlah Malaikat Maut. mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yasin sehingga datang Malaikat Ridhwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya, alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam jumaat, Dibaca pada rakaat pertama surah Yasin dan surah Tabaroka pada rakaat kedua, Allah jadikan setiap setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya
15. Baca Yasin sebelum tidur, seperti khatam Quran (10x)
16. Jika baca Yasin sebelum tidur serta faham maksudnya sekali, sekira mati dalam tidur, dosa diampunkan.
17. Dibaca ketika orang sakit, sedang nazak atau sudah meninggal dunia. Baca di sisi mereka (terutama pada ayat 12) agar orang yang sedang sakit berada dalam ketenangan dan kepada orang yang masih hidup mendapat keinsafan bahawa kita akan menyusul pada bila-bila masa.






No comments: