Thursday, 8 January 2015

DIARI JUAL KARPET DI JALANAN oleh COACH BAHARUDDIN MOHAMED

*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ *GUIDE TO INVESTING

DIARI JUAL KARPET DI JALANAN

COACH BAHAR : Dari Bilik Berhawa Dingin Ke Kaki Lima
Hari 1: 
Sebelum memulakan hari pertama menjaja, Coach pesan pada kami, "Ok, tugasan pertama kalian ialah, berhentikan sekurang-kurangnya 2 orang pejalan kaki lima, supaya mereka dengar apa yang ingin anda promosikan.

Hasil = Sifar. Tiada seorang pun yang mahu berhenti dan mendengar promosi kami

Hari 2:
Hasil yang sama. Kosong. Masih belum dapat membuat sebarang jualan. Apatah lagi nak berhentikan walau seorang pejalan kaki. Memang mencabar betul nak jual karpet gaya Istana di tepi jalan, walau dengan harga kaki lima. Pertama kali aku jual barang yang aku anggap 'pelik' sekali


Hari 3:
Masih gagal. Bayangkan, dah masuk hari ketiga kami berjualan karpet di tepi jalan kaki. Dengan suara yang dah kering habis serak. PUASA Ramadan lagi tu. Sifu masih rilek di tepi berjualan kuih raya. Kami dah habis jerit bermacam-macam skrip, "Mari, mari, kami jual karpet original." Entah dah beratus ayat agaknya kami dah eksperimenkan. Semua orang berlalu pergi, kalau ada yang jeling tu pun kira syukur sangat dah tu

Menyerap Falsafah Bisnis Coach Bahar
Hari 4:
Pagi itu, Coach dah siap-siap. Dengan tenang beliau berkata, "Ok, korang tengok aku buat macam mana."

Bukan main geramnya kami. Dengan bersahaja kami lihat Coach sekadar BERBISIK sahaja, "Psst... Bang, ni bukan karpet seludup bang. Harga je macam seludup, tapi ini barang legal." BOMMM! Sekonyong seorang pejalan kaki terus berhenti. Coach pun sambung, "Nak tahu macam mana kami dapat semua karpet ni?"
Kemain geramnya aku. Penat-penat kami terlalak 3 hari Ramadan, siapa sangka dengan BERBISIK saja pun dah boleh tarik perhatian.
Kami ambil alih. Jualan kami hari itu jejak juga 4 angka. Syukur ya amat. Rasa nak menitis airmata. Terharu sangat.

Beginilah senario 7 hari kami berguru dengan sifu yang gemuk ilmunya dan padat pengalamannya. Motto beliau, "Dari CEO korporat, ke penjaja jalanan."
Kata Coach Baharuddin Mohamed, "Ini yang dipanggil Punch Line. Kalau dalam copywriting, kita sebut Headline. Kita jangan kejar semua orang yang TERdengar supaya berhenti. Tapi kita mahu orang berhenti dan MENdengar kita dengan teliti dan hati-hati."
Youth Enterpreaneur Program (YEP) berlangsung lagi kali ini untuk 2015. Mohon sokongan kalian, demi anak-anak lepasan SPM yang tabah ikuti modul ini

Dapatkan berita terkini secara LIVE, dengan follow hashtag ‪#‎YEP2015‬<<<klik situ
Unlike ·  · 

No comments: