Saturday, 28 June 2014

ANTARA LANDLORD & TENANT

*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ *GUIDE TO INVESTING




Dulu semasa menyambung pelajaran. Selain buku-buku teks yang menjadi bacaan wajib setiap masa. Majalah "Ujang" adalah antara majalah yang menjadi kegilaan masatu . Selain kartun gaya baru yang dibawa oleh Ujang & Team Kartunis yang gila-gila memang mereleasekan stress yang dialami. Liku-liku kehidupan sebagai pelajar terasa sedikit ringan dengan lawak Antarabangsa Pakcik Din Beramboi & kawan-kawannya serta Cerpen yang menjadi kegilaan semasa "Aku Hidup Dalam Blues" Thee he he... You guys are Awesome!!

Arini sorang daripada Kartunis Majalah Ujang yang aku minati "Kartunis Taugeh" sudi menyewa Shop Lot(Corner Unit) aku yang terbaru and the deal have been finalized. Nak buat Studio Animation katanya. Animation terbaru karyanya "Aku Budak Felda" sedang menunggu masa ditayangkan di kaca TV. Juga nak buka "Kedai Nasi Ayam Taugeh". Alhamdulillah rezeki menjelang Ramadhan 



DO WHAT YOU LOVE! AND SUCCESS WILL FOLLOW

Tuesday, 24 June 2014

E BOOK Pertama dilancarkan : PANDUAN LENGKAP & STRATEGI MELABUR SHOPLOT

*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ *GUIDE TO INVESTING





Salam & Hi kepada pembaca yang Budiman

E Book ini lahir hasil daripada sambutan hangat & hit tertinggi yang  diterima melalui pembaca sekalian. Entry yang bertajuk "STRATEGI MELABUR SHOP LOT & SKIM PENCEN" telah menjadi Post yang paling "Popular" dan menjadi rujukan ramai

Kupasan yang saya bawa di dalam E BOOK "PANDUAN & STRATEGI MELABUR SHOP LOT" ini  lebih menyeluruh berbanding Entry di dalam Blog kerana ruang yang ada


Tawaran !!

E BOOK ini adalah hasil pengalaman sebenar saya melabur dan menikmati hasil di dalam Pelaburan Komersil iaitu SHOP LOT. Justeru dengan pengalaman ini maka terhasillah E BOOK ini. Langkah ini diharap dapat berkongsi pengalaman dengan lebih ramai Usahawan Melayu & Bumiputera diluar sana untuk memiliki unit SHOP LOT anda sendiri di Lokasi Strategik

INSTALLMENT Bank yang anda bayar sebenarnya jauh lebih rendah berbanding anda membayar sewa kepada "LANDLORD". Anda cuma perlu ketahui RAHSIA nya. 

Antara kandungan penting yang terdapat di dalam E BOOK ini adalah :-
i) Mengapa Anda Melabur SHOP LOT
ii) Bagaimana Memilih SHOP LOT yang berdaya maju dan mempunyai penyewa  kurang 6 Bulan - 1 Tahun daripada tarikh anda memperolehi CF
iii) Memohon Pinjaman yang sesuai
iv) Contoh Pengiraan dan Modal yang diperlukan
v) Perbandingan Diantara Pelaburan Unit Kediaman & Komersil
vi) Kelebihan & Kelemahan Pelaburan SHOP LOT berbanding Unit Kediaman
vii) Strategi yang digunakan untuk mengurangkan RISIKO tiada penyewa(Risk Management Shop Unit)



EBOOK ini dijual dengan harga RM55.00 dan NILAI yang dikongsi di dalam E BOOK ini jauh lebih mahal berbanding harganya

Cara Pembelian E Book
============================== 
1. Buat bayaran RM55.00 ke Akaun MAYBANK No. 5143 9250 3890 Bayaran kepada JENTAYU SERVICES

2. Hantar email ke kuzaifah77@gmail.com dengan Tajuk "PANDUAN & STRATEGI MELABUR SHOP LOT" . Berikan NAMA penuh anda, NO PHONE & EMAILKAN bukti Pembayaran

3. Saya akan kirimkan ebook ini melalui email dalam format pdf dalam masa 2 jam

NOTA : Jika masih terus kebuntuan. Tuan-tuan boleh INBOX di FB saya seperti berikut https://www.facebook.com/huzaifa.abdullahsani 

PELABURAN ILMU adalah satu bentuk Pelaburan yang sangat menguntungkan. Anda melabur sekali tetapi ILMU yang diperolehi akan terus kekal selamanya. Anda tidak perlu lagi membuat keputusan yang salah kerana sudah ada ILMU yang betul. Anda tidak perlu lagi rugi MASA, WANG mahupun TENAGA kerana telah mengikuti Langkah-langkah & Strategi yang betul dari awal

SEMOGA ANDA TERUS SUKSES!


HUZAIFAH ABDULLAH SANI
Shah Alam
Selangor Darul Ehsan 

Sunday, 22 June 2014

Bacaan Alfatihah yang sungguh Merdu oleh Imam Muhammad Taha Al Junayd

*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ *GUIDE TO INVESTING




Muhammad Taha Al Junayd. Bacaannya sungguh merdu & bisa menyentuh hati kita yang menjadi Makmum






http://www.youtube.com/watch?v=W7nly7Lqr7k



Wednesday, 18 June 2014

Outdoor : Menikmati Keindahan Alam di Taman Negara

*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ *GUIDE TO INVESTING



Salam dah Hi diucapkan,


Video lintas sungai yang mencabar
Bersama ikan "Sebarau" yang berjaya di Pancing

Minggu lepas 11hb - 14hb Jun, 2014 saya dan teman-teman berpeluang melakukan antara aktiviti kegemaran iaitu "Memburu Lubuk Kelah". Trip kali ini kami ke ulu Sungai Keniam. Kira-kira 3 jam menaiki Boat daripada Checkpoint Kuala Tahan. Itu pun bergantung kepada "paras" air. Jika air tinggi agak mudah untuk sampai ke Lokasi Perkemahan dalam jangkamasa berkenaan. Bagaimana pun jika paras air rendah. Terpaksalah merasai pengalaman menolak Bot dan mengharungi dasar sungai yang penuh dengan batu-batu yang berbentuk bulat dan licin. Tempoh masa pula akan jadi lebih panjang.

Air sungai yang sejuk dan jernih

Walaupun dengan segala kepayahan yang diharungi semuanya tiba-tiba hilang apabila sampai ke lokasi Perkhemahan. Menikmati suasana alam yang menyegarkan sambil diringi bunyi deruan deras air mineral yang mengalir di batuan, unggas berkicau riang, kocakan air apabila ikan-ikan besar bermain-main dengan serangga yang hinggap dipermukaan air, kejernihan air sungai yang mengalir dan
Sangat tenang & mendamaikan
sebagainya perasaan ini memang tiada tandingannya. Feelnya memang berbeza. Subhanallah

Boleh dikatakan "Feel" ini sama dengan perasaan saya semasa di Edgware Road, Kota Londan sambil menghirup Kopi ekspresso dan memerhati gelagat Mat Saleh yang lalu lalang dengan pelbagai fesyen, budaya, agama & pemikiran yang berbeza.
Boatman yang best

Pokoknya apabila anda dapat pergi ke tempat yang anda tidak pernah pergi. Fikiran anda akan terasa nyaman sekali, lebih bertenaga, Minda anda akan lebih produktif & dapat banyak idea baru ibarat Minda anda telah dikembangkan sebelum dibawa balik ke tampat anda jalani kehidupan. Benarlah pepatah Melayu ada mengatakan "JAUH PERJALANAN LUAS PENGALAMAN". Pergilah mengembara/ melancong dan nikmati Keindahan Ciptaan Yang Esa semoga anda lebih menghargainya.

Next trip rencananya ke Sungai Sepia dengan cabaran yang lebih mendebarkan kerana jarak perjalanan yang lebih panjang dan jeram yang lebih tinggi & sempit hingga ke hulu. 

Monday, 9 June 2014

Rahsia Melabur SHOP LOT Terbongkar : Bagaimana Mengurangkan Risiko Anda

*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ *GUIDE TO INVESTING

Salam dan Apa Kabar anda semua.



Selepas menerima hit yang banyak di dalam entry sebelum ini iaitu "Strategi Melabur SHOP LOT & Skim Pencen" http://huzaifah7property.blogspot.com/2013/04/ merancang-kewangan-anda-dengan.html membuatkan saya terfikir untuk menulis sambungannya dan berkongsi dengan anda semua serba sedikit STRATEGI yang saya gunakan iaitu :

"STRATEGI MENGURANGKAN RISIKO MEMBELI SHOP LOT"

Bagaimana untuk anda mengatasi masalah-masalah ketiadaan penyewa? Worst Case Scenario bagi membeli SHOP LOT adalah tiada penyewa dan anda terpaksa menanggung installment Bank. Anda perlu gunakan Rule of Thumb iaitu seeloknya anda mempunyai "HOLDING POWER" yang kukuh. Sekurang-kurangnya anda mampu survive selama 24 Bulan tanpa penyewa.  

Memang ada petunjuk-petunjuk jelas yang boleh menjadi perkiraan anda untuk membeli sesebuah SHOP LOT. Antara perkara yang saya perhatikan adalah Siapakah Pemajunya, Pengalaman pemaju untuk projek-projek sebelum ini, pembangunan disekitar oleh pemaju yang lain, reka bentuk Design, Harga,  Lokasi Unit berkenaan dan sebagainya. Selain itu juga saya mengambilkira Faktor-faktor biasa seperti berikut :-
** Dekat dengan IPTA/IPTS
** Berhadapan atau berhampiran Jalanraya utama
** Berhampiran stesen Bas/ MRT
** Berhampiran Hospital
** Jenis Residential,  Jenis penduduk & Jumlah Penduduk
** Kawasan penduduk padat dan sebagainya

*** Walaubagaimanapun Ada juga kes yang berlaku selepas semua faktor ini diambil kira masih ada beberapa unit SHOP LOT yang gagal disewakan selepas tahun pertama malah hingga tahun kekedua. Apakah Tindakan anda jika berlaku keadaan seperti ini.

Apakah Langkah-Langkah Yang Boleh Anda Ambil Untuk Mengurangkan RISIKO ini :-

1. Ramai yang tidak mengetahui bahawa  SHOP LOT Unit tepi di Puncak Alam Fasa 3 bukanlah SHOP LOT saya yang pertama. SHOP LOT pertama yang saya beli adalah Unit yang baru siap dibina dalam jangkamasa 1 tahun dan telah ada penyewa. Saya membuat keputusan membeli sebuah SHOP LOT daripada Unit yang telah siap dan dan ada penyewa daripada Penjual yang terdesak memerlukan Tunai ditangan. Macamana nak dapatkan situasi begini?! Kuncinya Sabar & Rajin-rajinlah mencarinya. Info dari rakan-rakan juga amat penting. Langkah ini ternyata mengurangkan RISIKO yang bakal saya hadapi sekiranya SHOP LOT yang saya beli tiada penyewa. Walaupun begitu saya masih mampu memperolehi Positive Cash Flow  sebanyak RM1,500.00 sebulan. 

2.  Langkah seterusnya Saya mula membeli SHOP LOT yang baru dilancarkan dan sedang di dalam Pembinaan. Langkah ini lebih RISIKO. Namun pulangan daripada segi "Rental" dan "Market Appreciation" lebih lumayan.

3.  Apabila anda telah mempunyai CASH FLOW yang baik daripada pelaburan anda itu tadi. Teruskan Berdisiplin dan Sabar. Anda boleh gunakan CASH FLOW yang diperolehi untuk beli Shop Unit yang seterusnya. Positive Cash Flow ini digunakan untuk bayaran INSTALLMENT semasa Unit dalam pembinaan sehingga siap sementara anda mendapat penyewa yang akan membayarkan INSTALLMENT Bank anda. 

4. TIPS seterusnya anda boleh dapatkanya dengan membeli EBOOK yang baru dilancarkan iaitu "PANDUAN & STRATEGI SHOP LOT". DIdalamnya terdapat catatan info yang lebih terperinci dikongsikan bersama untuk anda disebabkan "ruang" yang lebih luas. 

**Tidak rugi untuk anda melaburkan RM35.00 bagi mendapatkan maklumat lengkap tentangya. Sebelum anda melabur dan kerugian puluhan disebabkan kesilapan langkah dalam membuat keputusan untuk melabur unit SHOP LOT anda
Moga-moga catatan ini dapat membantu ANDA menambah pegangan keatas pemilikan Unit-Unit Komersil di Kawasan Bandar. 

Saya telah mencubanya dan sudah pastilah ianya sangat mengujakan. Semoga anda semua terus sukses

  

Friday, 6 June 2014

AMALKAN MINUM JUS LEMON

*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ *GUIDE TO INVESTING


AMALKAN MINUM JUS LEMON

Amalam minum Jus Lemon adalah satu amalan yang sangat baik kepada Kesihatan Tubuh badan anda. Apa kaitan Jus Lemon kepada Pelaburan Hartanah? Kaitannya adalah anda perlu mempunyai badan yang sihat, fizikal cergas dan pemikiran yang "Sharp". Kesihatan yang baik akan membantu anda membuat keputusan yang tepat,  berani mengambil lebih risiko, perhubungan interpersonal dan Komunikasi yang lebih baik dengan orang sekeliling terutama Banker, Lawyer, Pemaju Hartanah, orang perseorangan dan sebagainya. Tumpuan anda juga akan semakin tinggi membolehkan anda mengalirkan seluruh "Tenaga" kepada pekerjaan yang anda minati iaitu Pelaburan Hartanah.

Berikut adalah sedikit catatan yang saya ambil daripada Nota Dr. Zubaidi Hj Ahmad

Perahan lemon yang dicampurkan dengan gula prang atau madu ke dalam air suam dapat memberikan banyak manfaat kepada badan anda dalam banyak cara, termasuk membantu untuk menurunkan berat badan, meningkatkan penghadaman dan membekalkan Vitamin C.
Perahkan jus lemon sebanyak satu sudu besar, tambahkan setengah sudu gula perang atau madu dan dibancuh dalam segelas air suam. Sebagai pilihan boleh menambah secubit serbuk kayu manis atau secubit halia.
Ini akan meningkatkan keupayaan tubuh untuk menyerap nutrien. Penyerapan nutrien yang lemah boleh menyebabkan kita berasa lapar, walaupun sebenarnya kita baru saja makan.
Air lemon dapat membersihkan sistem penghadaman, membaiki fungsi buah pinggang dan organ hati daripada bahan buangan dan toksin.
Kedua-dua kombinasi lemon dan air dapat mengurangkan kandungan lemak yang baru di makan. Oleh itu sangat baik setelah selesai memakan makanan yang banyak lemak.
Jus lemon menyediakan jumlah Vitamin C yang tinggi. Satu biji limau memberikan 30.7 mg vitamin C, berbanding dengan jumlah harian yang disyorkan ialah 75 mg bagi wanita dan 90 mg untuk lelaki oleh USDA.

Mereka yang mengambil lebih banyak vitamin C mempunyai sistem pencernaan yang lebih cekap kerana ia meningkatkan keasidan dalam sistem pencernaan.
Vitamin C dalam jus lemon juga meningkatkan sistem tahan, membantu mencegah penyakit jantung koronari, dan mengurangkan risiko anda untuk strok , dan gout. Ia juga adalah antioksidan yang boleh membantu mengurangkan risiko mendapat penyakit kanser.
WALLAHU A’LAM

~Semoga Bangsaku dan Malaysia terus Maju, Kaya Berjaya, Lebih Kompetative, Bersatu-hati dan Bertaqwa