*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ
*GUIDE TO INVESTING
sebagainya perasaan ini memang tiada tandingannya. Feelnya memang berbeza. Subhanallah
Salam dah Hi diucapkan,
Video lintas sungai yang mencabar
Bersama ikan "Sebarau" yang berjaya di Pancing |
Minggu lepas 11hb - 14hb Jun, 2014 saya dan teman-teman berpeluang melakukan antara aktiviti kegemaran iaitu "Memburu Lubuk Kelah". Trip kali ini kami ke ulu Sungai Keniam. Kira-kira 3 jam menaiki Boat daripada Checkpoint Kuala Tahan. Itu pun bergantung kepada "paras" air. Jika air tinggi agak mudah untuk sampai ke Lokasi Perkemahan dalam jangkamasa berkenaan. Bagaimana pun jika paras air rendah. Terpaksalah merasai pengalaman menolak Bot dan mengharungi dasar sungai yang penuh dengan batu-batu yang berbentuk bulat dan licin. Tempoh masa pula akan jadi lebih panjang.
Air sungai yang sejuk dan jernih |
Walaupun dengan segala kepayahan yang diharungi semuanya tiba-tiba hilang apabila sampai ke lokasi Perkhemahan. Menikmati suasana alam yang menyegarkan sambil diringi bunyi deruan deras air mineral yang mengalir di batuan, unggas berkicau riang, kocakan air apabila ikan-ikan besar bermain-main dengan serangga yang hinggap dipermukaan air, kejernihan air sungai yang mengalir dan
Sangat tenang & mendamaikan |
Boleh dikatakan "Feel" ini sama dengan perasaan saya semasa di Edgware Road, Kota Londan sambil menghirup Kopi ekspresso dan memerhati gelagat Mat Saleh yang lalu lalang dengan pelbagai fesyen, budaya, agama & pemikiran yang berbeza.
Boatman yang best |
Pokoknya apabila anda dapat pergi ke tempat yang anda tidak pernah pergi. Fikiran anda akan terasa nyaman sekali, lebih bertenaga, Minda anda akan lebih produktif & dapat banyak idea baru ibarat Minda anda telah dikembangkan sebelum dibawa balik ke tampat anda jalani kehidupan. Benarlah pepatah Melayu ada mengatakan "JAUH PERJALANAN LUAS PENGALAMAN". Pergilah mengembara/ melancong dan nikmati Keindahan Ciptaan Yang Esa semoga anda lebih menghargainya.
Next trip rencananya ke Sungai Sepia dengan cabaran yang lebih mendebarkan kerana jarak perjalanan yang lebih panjang dan jeram yang lebih tinggi & sempit hingga ke hulu.
No comments:
Post a Comment