Wednesday, 4 June 2014

JIKA MAHU JADI PEMENANG FIKIR, RASA, CAKAP & BERTINDAK SEPERTI PEMENANG

*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ *GUIDE TO INVESTING

Salam semua,

Hari ini terasa ingin melanjutkan masa dengan beberapa perkara yang perlu disiapkan segera. Disebabkan Minda semakin cramp saya melayari dunia maya seketika dan terjumpa koleksi Mutiara Kata-kata yang Indah ini. Kata-kata ini umpama Kafien yang membugarkan mata, mengalirkan adrenalin lebih pantas, menjadikan nafas turun naik dengan lebih cepat. Justeru saya kongsikan kepada anda di sini. Bukan semua situasi yang dihadapi oleh KITA semua sama pada masa ini. Berdasarkan situasi anda sekarang sudah tentu ada di antara MUTIARA KATA ini yang boleh menolak anda sedikit, membuang rasa selesa dan berusaha lebih gigih daripada biasa. Semoga Usaha yang dilakukan terus Istiqamah, konsisten dan berterusan

 BEST QUOTES                                 01.13am                                           4/6/14
*WHERE FOCUS GOES, ENERGY FLOWS
*WE ARE THE RESULTS OF OUR THOUGHTS AND ACTIONS
*LEARN ABOUT MONEY AND SUCCESS EVERYDAY
*85% OF MILLIONAIRES ARE SELF MADE
*YOU CAN BE ANYTHING, IF YOU JUST DECIDE
*DON’T STOP BELIEVING
*DECIDE WHAT YOU WANT, AND GO AFTER IT WITH EVERYTHING YOU GOT
*DON’T WASTE TIME LOOKING FOR “GET RICH QUICK” SCHEMES
*CREATE A PRODUCT OR SERVICE, BUILD A BUSINESS AND WORK YOUR ASS OFF TO MAKE IT HAPPEN, NEVER QUIT!
*ENOUGH WITH THE EXCUSES! DON’T LET ANYONE TELL YOU WHAT TO DO!
*EVERY MILLIONAIRE AND BILLIONAIRE WAS LAUGHED AT FOR THEIR IDEAS. WHO’S LAUGHING NOW?
*DON’T QUIT! NEVER QUIT!
*DO WHAT YOU LOVE! AND SUCCESS WILL FOLLOW!
*RUNNING A BUSINESS IS NOT EASY! IT’S A FULL – TIME COMMITMENT
*YOU MEET YOUR MUST. YOU RARELY DO WHAT YOU “SHOULD”. YOU ALWAYS DO WHAT YOU “MUST”. MAKE SUCCESS A “MUST”!
*EVERYDAY YOU WASTE IS A DAY YOU’LL NEVER GET BACK!
*NOW IS THE TIME TO GET TO WORK
*GET OFF YOUR ASS, WRITE A PLAN AND TAKE ACTION!
*WAIT FOR NO ONE! START RIGHT NOW!
*YOU ARE ON THE RIGHT PATH, BUT YOU MUST KEEP PERSISTING!
*”THE HARDER YOU WORK, THE LUCKIER YOU GET!” –Gary Player
*FAILURE IS NOT A LOSS IT IS A MINDSET
*YOU WILL NEVER FAIL IF YOU NEVER GIVE UP!
*GET TO WORK RIGHT NOWWW!!

Yang lebih penting harus jujur dengan diri sendiri. Apa yang dilakukan, Kenapa dilakukan adalah untuk diri sendiri. Semai Semangat anda untuk terus menyala dengan IMPIAN yang nak dicapai dan HARAPAN untuk dikejar. Semangat sudah pasti terus menyala. Jangan biarkan ia pudar. Tiada siapa yang yang berkuasa kecuali Dia. Semoga terus suksess.

~Bukan sekali jalan berduri hanya Tuhan yang pasti mengerti

Sunday, 1 June 2014

***BIJAK MENGURUSKAN WANG ADALAH SYARAT PERTAMA DI DALAM PELABURAN HARTANAH***

*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ *GUIDE TO INVESTING


Salam dan Semoga Anda semua sentiasa berada dalam RahmatNya 

"Hat nih Contoh ja"
PERTAMA Mahir dalam Pengurusan Kewangan
Kriteria ini turut diguna pakai sekiranya anda ingin serta di dalam lain-lain Pelaburan seperti Saham, Unit Trust, Emas, ASB, ASW, pelaburan Perniagaan dan sebagainya. Bukan anda tidak boleh melabur di dalam Pelaburan Hartanah jika tidak mempunyai Pengetahuan di dalam Pengurusan Keewangan. Anda tetap boleh melabur tetapi anda tidak mungkin boleh pergi jauh. Jika anda berpengetahuan di dalam Pengurusan Kewangan. Anda boleh aplikasikan kelebihan yang anda ada dengan membeli beberapa unit rumah pertama tanpa perlu keluarkan walau 1 sen pun duit daripda poket anda. Seterusnya jika anda ingin menambah jumlah Unit Pelaburan Hartanah anda. Pengetahuan dan Kecekapan menguruskan Profile Kewangan sangat penting. Anda haruslah menguasai Profile Kewangan anda. Profile ini pula perlu sentiasa di update sekurang-kurangnya 3 @ 4 kali Setahun. Untuk jadi Bijak dan Berdisiplin dalam Menguruskan Kewangan, Anda tidak perlu menunggu bila dah Kaya, Perniagaan dah maju atau Duit dah banyak baru hendak memulakannya 
Jika Anda boleh menjadi Bijak dan Berdisiplin menguruskan Jumlah yang Kecil. Sudah pasti bila anda memperolehi Jumlah Pendapatan besar anda akan semakin Ligat dan Bijaksana dalam menguruskan Kewangan anda. Cita-cita anda untuk bersara sebelum Usia 40 sudah pasti menjadi kenyataan 

Kedua adalah Berdisiplin
Tidak ramai yang mempunyai Disiplin yang tinggi di dalam menguruskan Kewangan. Semakin besar pendapatan anda maka semakin tinggi keinginan anda. Ramai Orang mempunyai Pendapatan yang Besar tetapi Perbelanjaan juga besar. Akhirnya sifar Simpanan dan Pelaburan
Ramai juga mempunyai Pendapatan Kecil dan berterusan. Tetapi antara mereka ini ada yang memiliki sifat Ketekunan & Disiplin yang tinggi dalam Menabung, Menyimpan dan Melaburkan semula pendapatan yang diperolehi. Akhirnya Nilai Pelaburan dan jumlah Aset meningkat berlipat kali ganda dalam jangka masa panjang


Prasyarat Ketiga adalah Sabar
Anda tentu pernah dengar ada pepatah mengatakan "Orang Yang Sabar Adalah Orang Yang Berjaya". Bukan mudah untuk anda mengorbankan keinginan memakai kereta Audi A5 idaman atau Toyota Vellfire dambaan hati dan menukarkannya dengan kereta biasa-biasa. Tambah pedih di hati bila kereta idaman anda berselisih di kiri atau kanan kereta anda di lampu isyarat atau Highway. Sebenarnya tidak sukar mana jika anda ada MATLAMAT yang jelas ingin dicapai. "Bersusah-susah dulu, Bersenang-senanglah kemudian" Apa perasaan anda menaiki Audi A5 Idaman @ Toyata Velfire dengan jumlah Aset yang anda miliki melebihi multi Juta Ringgit. Tentu lain perasaanya berbanding anda hanya mampu membeli kereta berkenaan sahaja tanpa ada Aset idaman

Akhirnya ada perbezaan yang besar di antara Cermat dan Kedekut dalam menguruskan Kewangan anda. Yang pasti anda perlukan Kebijaksanaan yang tinggi menguruskannya. Selamat Berjaya

Saturday, 10 May 2014

Huzaifah Ibnu Yaman

*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ *GUIDE TO INVESTING

Salam buat anda semua,
Selepas Kesubuhan hari ini terasa ingin meneliti semula naskah yang mencatatkan Kisah Huzaifah Ibnu Yaman. Pangkal nama pun sama mungkin ada sebab yang kukuh mengapa Ayah serta Bonda menamakan sepertinya. Mudah-mudahan mendapat tempias yang baik dari seorang daripada Sahabat yang sangat di sayangi oleh Rasulullah S.A.W. Amin


Siapakah Huzaifah Ibnu Yaman
Huzaifah Ibnu Yaman adalah seorang sahabat Nabi amat rapat dengan Rasullulah saw dan kerananya dia selalu dibina dan dilatih oleh Rasullulah saw . Berbeza dengan para sahabat yang lain, Huzaifah bin Yaman memiliki persediaan yang baik dan mampu menyerap bimbingan Rasullulah saw. Oleh kerana itu, ada beberapa keistimewaan Huzaifah yang tidak dimiliki oleh orang lain. Iaitu perhatiannya yang luar biasa terhadap penghayatannya dan pengamalan islam, bukan hanya dalam bentuk lahir yang bersifat simbolik tetapi lebih kepada bentuk-bentuk batin yang bersifat hakiki.


Perhatiannya inilah yang luput dari perhatian sahabat-sahabat lainnya. Barangkali perkara ini pula yang membuat Nabi banyak memberikan bimbingannya kepada Huzaifah. Menyedari keistimewaan Huzaifah ini, Ali bin Abi Talib memperingatkan Huzaifah agar berhati-hati menyalurkan ilmunya hingga tidak membawa salah faham.

Dengan kata lain, Huzaifah merupakan orang yang pertama memerhatikan ajaran islam dalam kaitannya dengan batin iaitu aspek esoteris yang sering lupus dari perhatian manusia. 

Menurut Huzaifah , orang bijak dan tenang dalam dunia ini terutama dalam menghadapi pelbagai cubaan (fitnah), malapetaka (musibah) dan pelbagai penderitaan lainnya. Untuk bijak dan tenang, orang harus mengenal sumbernya iaitu hati manusia itu sendiri. Apakah hati telah menghayati dan mengamalkan islam. 

Apakah iman telah menjadi dasar dari setiap gerak hati tersebut, sebagaimana yang disebutkan dalam al-Quran surah al-Ra'd 28.

Maksudnya : (iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang hati mereka dengan zikrullah (al-Quran menjadi sebesar-besar mukzijat yang tidak ada tolok bandingnya) . Ketahuilah dengan "zikrullah" itu tenang tenteramlah hati-hati manusia. (surah al-rad ayat 28).


Menurut Huzaifah, sesuatu yang baik itu adalah jelas dan terang , sedangkan yang buruk atau jahat selalu samar dan tersembunyi. Sebaiknya perhatian kita bukan hanya kepada yang baik sahaja tetapi lebih-lebih lagi kepada yang jahat atau buruk yang samar-samar itu. Namanya samar-samar dan tersembunyi dan kerana itu perhatian yang khusus perlu dari manusia. Orang bijak selalu memerhatikan yang samar itu agar menjadi jelas. 

Suatu ketika Huzaifah ditanya tentang bimbangan Rasullulah kepadanya. Huzaifah menyatakan bahawa orang selalu bertanya kepada Rasullulah saw tentang yang baik-baik dari suatu amal , sedang aku bertanya tentang buruk atau tercela suatu amalan yang dengan itu aku boleh menghindarinya dengan tepat."Menurut Huzaifah;"Orang tidak akan mengenal kebaikan yang sempurna tanpa mengetahui keburukannya." 

Perhatiannya terhadap masalah-masalah batin dan hidup di dalam lingkungan Rasullulah saw membuat dia dikenali sebagai sahabat yang memiliki keistimewaan dalam bidang batin sebagaimana yang ditegaskan oleh Sya'rani. Menurut Abu Thalib Al-Makky, Huzaifah memiliki pengetahuan khusus tentang rahsia batin dan perkara yang tersembunyi di dalama diri manusia sehingga dia mampu membezakan antara orang beriman dengan munafik. Oleh kerana itu tidak hairan kalau Umar al-Khattab tidak turut serta solat jenazah seseorang yang wafat kalau dilihatnya Huzaifah tidak ikut bersolat. 


Huzaifah adalah seorang penuntut yang tekun beribadah,seorang pemikir yang tajam dan berilmu batin yang dalam dan bahkan seorang wali kota dan panglima perang. Mengenai panglima perang ini, disamping aktif bersama Rasullulah saw di medan perang , juga memimpin pertempuran. 



Huzaifah memimpin pertempuran dalam membebaskan kota-kota antara lain Hamdan, Rai dan Dainawar. Dia salah seorang panglima yang membebaskan seluruh Iraq. Dalam pertempuran besar di Nahawand melawan tentera musuh yang berjumlah tidak kurang dari 150,000 orang. Huzaifah  merupakah panglima besar kedua setelah Nu'man bin Muqarfin yang gugur di medan perang dan di tangan Huzaifah bendera islam terus berkibar dan beroleh kemenangan terakhir. 

Tidak jemu-jemunya dia berpesan kepada kaum muslimin:"Tidaklah termasuk yang terbaik diantara kamu yang meninggalkan dunia untuk kepentingan akhirat dan tidak pula meninggalkan akhirat untuk kepentingan dunia, tetapi hanyalah mengambil bahagian keduanya." 

Kerana ketajamannya dalam ilmu batin dan perkara yang boleh merosakkan kejernihan hati maka Huzaifah dianggap sebagai sahabat yang menjadi tunas yang bakal tumbuh suburnya ilmu sufi sejati. Sufi yang masih asli dari sumbernya iaitu Nabi Muhammad saw. 

Petikan ; Buku "Himpunan Kisah Para Sufi" 
Halaman 24-27  Muhammad Ibrahim Salim

Sunday, 13 April 2014

Murad Zaidi Academy (MZA) 12/04/20Champ

*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ *GUIDE TO INVESTING


Malam ini pengajian di Murad Zaidi Academy(MZA) di teruskan seperti biasa. Kagum melihat kesungguhan Coach MZ berikan komitment tidak berbelah bahagi. Disebalik keriuhan penyokong pasukan Bolasepak Red Giant Vs Seladang begitu juga kesibukan Coach MZ memastikan Majlis Kesyukuran yang akan berlangsung esok jam 2.00 - 4.00petang di Xclusive Fitnesz Seksyen 13 Shah Alam. Komitment daripada Coach MZ sentiasa 100% menyebabkan saya perlu bagi komitment 110%. Bersyukur sangat di atas AnugerahNya. Terima kasih Coach MZ!

Malam ini masuki latihan Total Body Workout(TBW) dengan mengkhusus kepada kaki. Kaki adalah tunggak kesetabilan seseorang. 


Seterusnya Latihan dan pencerahan diteruskan di dewan seminar MZA. Satu patah perkataan "TRUST". Dengan Trust @ Kepercayaan adalah bermula segala tindakan. Adanya TRUST bermula perhubungan. Contoh : Anda menjual produk anda kepada pelanggan. Anda membina perhubungan dengan pasangan anda dan sebagainya. Anda harus mencari jalan membina TRUST @ Kepercayaan dengan orang di sekeliling anda. TRUST harus dibina dari Hati dan Minda yang jelas. Trust tidak dapat dibeli dengan lakonan dan ketidak jujuran. "Apabila anda menguasai TRUST anda pasti boleh menguasai Dunia". 

ABC singkatan kepada ALWAYS BE CLOSING. Dalam satu - satu keadaan dimana anda di turn downkan tawaran yang anda berikan oleh bakal pelanggan. Sentiasa mencari jalan untuk berikan tawaran yang lebih menarik anda mampu berikan. "Never accept rejection as it is, Always Find Rebuttals"

Perkara yang lebih menarik semasa PITCH pelanggan anda
"Sentiasa memperkatakan tentang client anda". Elakkan memperkatakan tentang anda. Adalah difahami jika anda perlu menerangkan Barangan @ Perkhidmatan yang anda tawarkan. Hal ini bermaksud "Anda perlu memfokuskan kepada KEBAIKKAN yang pelanggan anda bakal perolehi" jika sekiranya melibatkan diri(MEMBELI) Barangan @ Perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan. Teknik ini dinamakan "PAINT AN IMAGE" yang akan di ajar secara intensif dan lebih mendalam pada beberapa sessi yang seterusnya.


Konsep "BRING 1 UP" turut diperincikan. "Its not What You Know, Its Who You Know". Konsep ini menekankan kebaikan yang anda perolehi daripada menaikkan seorang yang lain di kalangan circle anda. "Always Bring 1 Up Your Rider and You Will Experience the Fame too". Woww Konsep ini juga  mengajar anda untuk tidak "menjual ikan" dan penting diri sendiri. Brotherhood dan Setiakawan di dalam Perniagaan dan Kehidupan sangat penting untuk diikuti. Jika tiada nilai ini dalam sesuatu persahabatan, persahabatan itu tadi  No Make Sense lagi terutama di dalam Pasukan anda..

VISUAL IMPACT. Setiap pagi bangun daripada tidur Lihat di dalam Cermin dan berkata-kata kepda diri anda. Anda akan mencapai apa yang anda inginkan pada hari berkenaan. BELIEVE - Percaya dengan sepenuh Hati dengan apa yang anda perkatakan.

Akhir sekali di Murad Zaidi Academy (MZA) percaya berfikir seperti tiada Kotak. MZA tidak berfikir di luar kotak. Berfikir diluar kotak tidak cukup berikan Impak Maksima kepada hasil yang anda perolehi. Persoalan timbul adalah berapa besar kotak yang anda ada. selepas diluar kotak berapa jauh yang anda fikirkan dari kotak itu tadi. Think Like There Is NO BOX lebih make sense kerana di MZA mensasarkan GREATNESS

Selamat malam

Friday, 11 April 2014

STRATEGI HARTANAH LELONG TAHUN 2014

*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ *GUIDE TO INVESTING



Salam 

Catatan kali ini saya ingin berkongsi beberapa Point berkenaan "Hartanah Lelong". Peringkat awal saya berjinak -jinak  di dalam Pelaburan Hartanah. Hartanah lelong adalah kegemaran utama saya pada ketika itu. Masih kuat diingatan pada masa itu lewat penghujung tahun 2006. Belum ramai yang tahu dan berminat tentang Hartanah Lelong. Apa yang menarik ketika itu setiap kali ke Lelongan Awam yang di adakan peluang untuk anda perolehi rumah Lelong idaman pada Harga Reserved sangat tinggi.

Ohh sebelum terlupa saya tidak akan perkatakan tentang  Tatacara atau Apakah Persediaan yang anda perlu lakukan untuk memasuki LELONGAN AWAM pada kali ini. Ini kerana saya telah mengupasnya pada entry sebelum ini. Bagi yang belum membacanya boleh ke entry berikut :  http://huzaifah7property.blogspot.com/2013/02/mengapa-anda-membayar-agent-sedangkan.html

Melalui pemerhatian dan pengalaman ke Lelongan Awam pada tahun 2014. Saya dapati semakin ramai pembida baru yang turut serta. Hal ini bermakna kesedaran mengenai Lelongan Awam semakin meningkat kepada rata-rata rakyat di Malaysia. Terutama di Kuala Lumpur dan Selangor. Apakah Faktor penyumbang kepada peningkatan minat semakin ramai orang kepada LELONGAN AWAM. Saya senaraikan seperti berikut :

i) PEMBINAAN MRT 
Ramai yang terasa bahang kenaikan Hartanah berikutan rancangan jangka panjang membina MRT di tengah - tengah Bandaraya Kuala Lumpur dan kawasan berhampiran. Pembinaan Sistem MRT sedang giat dijalankan bermula dari KAJANG dan berakhir di Sungai Buloh. Laluan ini sejauh 51KM dijangka siap penghujung tahun 2016. Seterusnya adalah pembinaan MRT Line 2 dan Line 3. Pembinaan MRT ini telah memberi kesan mendadak kepada kenaikkan Hartanah di kawasan berhampiran dan sekitarnya. Ramai pembeli yang memasuki Lelongan Awam dengan harapan memperolehi harga lebih rendah daripada Harga Pasaran. Malangnya kes seperti ini jarang-jarang berlaku lagi. 

ii) SEMAKIN BANYAK KELAS HARTANAH  DIADAKAN 
Dewasa ini kelas Hartanah semakin banyak di adakan. Boleh di dikatakan kelas - kelas berkaitan Pelaburan Hartanah di adakan setiap minggu di pelbagai tempat. Ini  bermakna pada setiap minggu akan lahir semakin ramai orang yang celik Hartanah. Senario pada masa ini juga menyaksikan semakin ramai "orang kita" yang berkemahiran di bidang Pelaburan Hartanah tampil berkongsi di kelas anjuran mereka setiap minggu. Harga yang dikenakan pula amat berpatutan.

Justeru jika anda perhatikan setiap kali Lelongan Awam diadakan. Semakin ramai "Orang Kita" yang tampil dan berani membida unit-unit kegemaran. Apabila lebih ramai bida sesuatu unit maka kebarangkalian untuk anda menang bidaan untuk unit tersebut semakin kurang. Hingga ada pada satu-satu masa pembida "berani mati" sanggup bida pada harga lebih tinggi daripada Harga Pasaran.

Apakah langkah yang boleh di ambil? Saya cadangkan seperti berikut :-

i) Bida di Lelongan Awam di luar Kuala Lumpur dan Selangor
Walaupun jauh tetapi anda masih boleh dapatkan harga pada HARGA RESERVED. Lokasi terbaik adalah seperti JOHOR, MELAKA, NEGERI SEMBILAN, PULAU PINANG, PERAK serta KELANTAN. Tempat - tempat seperti ini kesedaran di kalangan penduduk setempat mengenai Hartanah Lelong masih rendah. Justeru saya cadangkan kepada anda untuk mengambil peluang yang ditawarkan buat waktu ini.

ii) Bida di lokasi belum Popular tetapi sedang Meningkat Naik di Sekitar Selangor - Biasanya lokasi ini adalah di pinggir Bandar. Lokasi sebenar anda boleh perolehi melalui pemerhatian dan perkongsian dengan rakan-rakan yang terlibat di bidang Pelaburan Hartanah.

Selamat mencuba dan saya doakan anda terus komited, berdisiplin dan akhir sekali boleh merasai hasil Kejayaan anda.



Thursday, 10 April 2014

Murad Zaidi @ MZ @ SYED MOHAMMAD MURAD BIN SYED NASEEM

*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ *GUIDE TO INVESTING


Murad Zaidi @ MZ @ SYED MOHAMMAD MURAD BIN SYED NASEEM


Ramai mengenali Murad Zaidi@ MZ sebagai Fitness Trainer dan MMA Fighter. Tetapi lebih ramai lagi yang tidak mengetahui latar belakang MZ yang Awesome


Berikut saya senaraikan serba ringkas selepas mengenali beliau secara peribadi sejak beberapa tahun yang lalu



Bersama rakan di MIKES GYM Amsterdam
* Berpendidikan di US The City University of New York(CUNY) mempunyai Ijazah di bidang Mekatronik. Kalkulus adalah satu perkara yang MZ sangat minat dan mahir mengenainya. 

* Membesar di Kota New York dalam daerah Queens

* Meninggalkan Pengajian pada tahun terakhir di CUNY untuk mengejar cita-cita di sebuah Firma Stock Brocking terkenal di New York. Terpaksa melalui proses internship yang intensif, menduduki ujian dan akhirnya lulus dengan sangat cemerlang(PURSUIT of Happiness version MZ) Beliau diterima sebagai Stock Brocking Bertauliah di Firma Gunn Allen Financial and EKN. Sejarah beliau mula tertulis disini 




Pertemuan yang tidak dirancang di Kota London
Mempunyai lesen untuk trade account pelanggan di NYSE New York Stock Exchange.
* Beliau telah hit USD 1Million Sales dalam masa 6 bulan dan pada ketika itu baru berusia 19 tahun
* Seorang yang memiliki kepakaran yang sangat tinggi dalam "Closing Sales. Latarbelakang & Kejayaan beliau di Firma Stock Brocking menceritakan pengalaman beliau. 
* Teknik AIDA adalah untuk beginner kepada beliau
* Thinking out of the Box no make sense kerana MZA percaya Thingking like there is NO Box
Having a good times wt Uncle R & MZ right here in London. He newly arrived from US and me just came back from North(It took 4 days drive from Glasgow to London with a few pitstops >> Lake District, Scarborough Yorkshire and Birmingham
* Kita biasa mendengarkan ini  Millionaire build "Business and team" dan Billioanaires build "connection" TETAPI di MZA Trillionaires build "relationships"!

* ..sebelum terlupa jangkamasa 5 minit untuk closing sebuah sales adalah terlalu lama di Murad Zaidi Academy (MZA) 

Berkesempatan ke Tanah Haram Makkah & Madinah bersama : The best spiritual journey ever!


~Dont Trust me..believe me!


Untuk pertanyaan lanjut sekiranya anda perlukan nasihat Profesional untuk meningkatkan tahap kecergasan anda dan membina bentuk badan yang "sharp" boleh dapatkan info disini >>> https://www.facebook.com/XclusiveFitnesz?fref=nf  
Call Team XF at 03-55139619 for questions & inquiries


#MZA #streetart #hustler #grind #bestofthebest
#AbdulRahmanKareemAlJabariThe3rd











Fortune & Fitness

H
 — with Murad Zaidi and Mohd Asri

MURAD ZAIDI ACADEMY (MZA) 09/04/20Champ

*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ *GUIDE TO INVESTING

Salam dan Bertemu lagi


"If you want to be a LION you must train with LIONS"

Alhamdulillah saya diberikan peluang menjadi "pelajar" semula. Mendaftarkan diri dan belajar di Murad Zaidi Academy(MZA) merupakan satu penghormatan kepada saya . Maka bermulalah kelas saya yang pertama di dewan Seminar MZA di Xclusive Fitnesz S.13 Shah Alam, Selangor.

Catatan ini tidak akan memperihalkan secara menyeluruh tentang apa yang terkandung di Mazhab MZA. Bagaimanapun kupasan yang dibuat adalah berdasarkan kepada sesuatu Point yang ditimbulkan di dalam kelas daripada beberapa point penting yang ada. Point-point ini tadi adalah seumpama sel-sel yang akan dicerna dan dipecahkan menjadi butir - butir halus agar mudah dihadam dan menjadi zarah terus masuk kedalam tubuh menjadi darah dan daging. Penyatuan diantara Point diajarkan dan KEFAHAMAN yang wujud ini akan menghasilkan TINDAKAN LUAR BIASA. Seterusnya ------> menghasilkan RESULT YANG LUAR BIASA. Adalah sangat penting untuk anda faham setiap patah perkataan yang disampaikan. Untuk membantu anda memahami anda perlu Q and  A point yang berkenaan sehingga anda benar-benar faham.

MZA terbahagi kepada 3 SEKSYEN UTAMA iaitu M........ Z......... A. Didalam kehidupan terdapat 5 Rukun yang menjadi Tiang dan Tonggak Kekuatan bagi mencapai Impian dan Sasaran yang ditetapkan. Bagaimanapun untuk mencapai KEJAYAAN bukan sesuatu yang mudah. KEMBAR kepada Kejayaan adalah CABARAN. Semakin tinggi Kejayaan yang ingin dicapai maka semakin tinggi Cabaran yang anda tempuhi. Anda perlu ada PRINSIP @TIANG yang kuat yang akan menjadi Pegangan anda dan bawanya bersama-sama mencapai IMPIAN. 5 Rukun utama ini adalah  M.....U.....R......A.....D.

M..... didifinisikan sebagai MINDA/ MENTALITI. Untuk mencapai IMPIAN, anda perlu ada MINDA yang sentiasa berkembang dan meregang setiap masa. MINDA yang statik diibaratkan hidup anda juga adalah statik. Lebih teruk daripada itu anda diibaratkan telah mati Minda anda dan eloklah dibacakan surah Yaasin. Pengertian MINDA adalah sangat dalam sedalamnya lautan HINDI disebelah Pantai Barat Australia. Saya akan mencatat dengan lebih terperinci lagi pada catatan yang akan datang dengan izinNya InshaAllah.

Tool yang seterusnya adalah M.... A.... PPeta yang akan anda gunakan untuk sampai ke Destinasi yang ingin dituju. Untuk ke Destinasi yang ingin dituju anda perlu ada Kenderaan yang terbaik, lagi tinggi Kuasa Kuda adalah lebih cepat anda sampai. Jalan yang anda pilih juga penting. Samada anda mau melalui jalan Lebuhraya atau pun jalan biasa.

KESIMPULANNYA MZA mengajar anda untuk IMPROVED/ Meningkatkan  tahap anda sekarang serta dilengkapkan kemahiran secukupnya untuk pergi ke tahap seterusnya. Dengan "IMPROVED"  anda akan mendapat kerjasama yang sangat hebat daripada keseluruhan sistem tubuh anda(dan ianya adalah sains)  yang akan bersama-sama selaras kearah mencapai matlamat yang ditetapkan. Seterusnya IMPROVED hidup anda adalah jauh lebih baik berbanding sekiranya  anda berhasrat untuk CHANGE/ Mengubah hidup anda... dimanakah perbezaannya?

CONTOH :
Semasa anda sedang memandu kereta kesayangan anda sebuah "Kanc Turbo" dan anda berkata di dalam diri anda dengan sepenuh Hati bahawasanya anda bercadang untuk CHANGE/Mengubah/ Menukar kereta yang anda sedang pandu. Anda rasa apa yang akan berlaku? Kereta anda akan merajuk mula meragam dan banyak hal yang berlaku. POINT disini adalah jika kereta pun boleh merajuk. Tubuh badan lebih lagi akan bereaksi dengan pemilihan kata-kata yang anda gunakan. Justeru setiap perkataan yang dilontarkan ia membawa maksud yang mendalam dan adalah refleksi kepada diri dan apa yang difikirkan dan seterusnya akan berlaku..

Semoga anda belajar sesuatu daripada catatan ini. Maklumat lanjut boleh dipelajari di MZA. Saya akhiri catatan ini dengan kata-kata keramat ini "Be a LION not a SHEEP". Kepada coach MZ you are awesome! Semoga menginspirasikan anda semua untuk terus sukses.

Wassalam