Saturday, 30 November 2013

CONDOMINIUM UNTUK PELABURAN : Antara Kriteria Yang Perlu Anda Ambil Kira

*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ *GUIDE TO INVESTING

Salam dan hi kepada pembaca budiman,
 
Baru – baru ini timbul persoalan kepada saya bagaimana memilih dan membeli Unit CONDOMINIUM yang terbaik untuk dijadikan PELABURAN yang menguntungkan. Selain daripada faktor LOKASI Apakah ciri atau kriteria yang  perlu dilihat oleh pelabur.
 
Antara Kriteria Yang Dicadangkan adalah :
1)      HARGA
Harga Kondominium mempunyai range yang pelbagai. Ada yang serendah 270K di Setia Alam hinggalah yang berharga jutaan ringgit di sekitar KLCC, KL Sentral, Mid Valley, Bangsar dan sebagainya.

2)      JUMLAH UNIT YANG DITAWARKAN
Jumlah Unit yang ditawarkan sangat penting untuk diambil kira. Kondominium yang baik untuk pelaburan adalah yang dibina sekitar 200 – 300unit keseluruhannya sahaja. Kondominium ini sekaligus menjadi eksklusif dan bakal mewujudkan permintaan hangat. Di persekitaran Kondominium yang mempunyai Unit yang lebih sedikit  Pemilik mempunyai lebih kuasa tawar-menawar berbanding Kondominium yang mempunyai kawasan yang luas
dan unit terlalu banyak Contohnya : PALM SPRINGi KONDOMINIUM di Kota Damansara. Kondo ini mempunyai 11 kolam renang dan terdapat kira-kira 1000 unit. Dengan unit yang terlalu banyak kebarangkalian untuk anda menjual dalam masa singkat adalah sukar kerana pembeli mempunyai lebih pilihan dan peluang mendapat harga lebih rendah terutama daripada pemilik yang terdesak.

3)      Keluasan
Faktor ini sangat main peranan samaada anda mudah untuk menjual atau menyewakannya di kemudian hari. Saya berikan Contoh : MENARA Ui di Seksyen 13 Shah Alam. Kondo ini dijual pada harga kira – kira 250k dengan keluasan 450sf. Unit seperti ini dipanggil unit studio dan dipasang partition untuk menjadikan 2 bilik. Anda fikir berapakah keluasan bilik dan ruang tamu selepas partition dipasang. Dengan Unit yang ditawarkan sehingga 500 unit untuk satu blok. Adakah anda mudah menyewakan atau menjual semula di masa hadapan. Hal ini belum ditambah dengan beberapa Kondominium yang baru dibina atau didalam perancangan dikawasan sekitar oleh pemaju gred A.

4)      Tingkat
Tingkat yang lebih tinggi adalah lebih baik. Anda tidak seharusnya membeli Condominium di unit rendah kerana kurangnya permintaan.

5)      Pemaju
Faktor Pemaju adalah kriteria biasa yang dilihat oleh bakal pembeli. Pemaju yang berpengalaman memajukan projek-peojek mega yang berjaya adalah lebih diyakini.

6)      Persaingan dengan Kondominium Sedia ada dan yang akan dibina Masa akan datang
Sekiranya anda membeli untuk dijual semula atau menyewakannya. Anda perlu mengambil kira Kondominium baru yang akan dibina dikawasan sekitarnya, keluasan, ciri-ciri utama, reka bentuk dan sebagainya. Ini kerana pembinaan Kondominium baru di kawasan sekitar akan menambahkan persaingan anda untuk menjual atau menyewakan unit berkenaan.

Sekian sahaja catatan buat kali ini. Catatan ini adalah berdasarkan pengalaman dan pengamatan penulis sendiri tidak semesti betul dan salah. Mana yang baik dijadikan panduan dan jika ada kekurangan sila abaikan sahaja. Terima Kasih

 

 

SUBLET

*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ *GUIDE TO INVESTING


 
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Semoga anda  sihat ceria dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dengan penuh barokah hendaknya.
Entry kali ini saya ingin mengupas  tentang strategi “SUBLET”. Sejujurnya strategi SUBLET tidak menarik perhatian saya oleh kerana kekangan dan limitasi yang ada sehinggalah saya bertemu sendiri dengan En. Faizal pemain sublet yang berpusat di PUNCAK ALAM. Siapa En. Faizal dan bagaimana beliau memperolehi pendapatan yang lumayan dengan strategi SUBLET akan saya ceritakan pada bahagian akhir catatan ini.

SUBLET bermaksud anda menyewa rumah “orang”  biasanya kosong dan tiada kemudahan yang disediakan. Kemudian anda menyediakan kemudahan fully furnished termasuk piring ASTRO, UNIFI atau BROADBAND dan sebagainya. Anda menyewakan semula dengan harga yang lebih tinggi dan memperolehi keuntungan yang lumayan daripadanya. Banyak KELEBIHAN strategi  SUBLET ini antaranya ialah :
KELEBIHAN
i)                    Anda mampu menjana pendapatan yang lumayan tanpa pening kepala dengan komitment bayaran INSTALLMENT BANK.
ii)                   Anda boleh menambah rangkaian kenalan anda berstatus penyewa dan pemilik.
iii)                 Dengan rangkaian peluang yang anda ada maka wujud peluang baru kepada anda CONTOH : menawarkan perkhidmatan SEWAAN KERETA, Katering, Restoran, homestay dan sebagainya lebih-lebih lagi penyewa anda terdiri daripada Student Institusi Pengajian Tinggi.
iv)                 Pemain sublet juga adalah orang pertama yang mempunyai INFO sekiranya tuan rumah ingin menjual rumah mereka. Jika ada Owner yang mengalami masalah kewangan dan memerlukan wang segera maka peluang untuk membeli dibawah harga PASARAN lebih terbuka. Oleh itu saya berpendapat selain AGEN Hartanah anda patut mengekalkan hubungan murni dan dengan pemain SUBLELT. Manalah tau jika Pemain sublet itu tadi rumahnya pun dah banyak peluang yang ada boleh ditawarkan kepada anda.

KEBURUKAN
i)                    Tidak banyak Keburukan SUBLET melainkan apa yang saya nampak adalah jika anda tidak melaburkan semula wang yang diperolehi untuk membeli rumah, apartment, shoplot dan sebagainya. Anda akan ketinggalan menikmati “Market Appreciation” atau KENAIKAN HARGA PASARAN. Ini kerana Pelaburan Hartanah sangat berkait rapat dengan faktor MASA. Masa yang berlalu tidak mungkin berulang kembali.

Berbalik kepada kisah En Faizal beliau merupakan antara pemain sublet yang sangat berjaya Beliau berpusat di Puncak Alam Fasa 3 dikelilingi dengan lebih kurang 2600Unit Apartment. Apartment ini dijaga kawalan Keselamatan 24jam. Unit – unit Apartment ini terletak berhampiran sekolah dan lot perniagaan. Kawasan persekitaran disini merupakan kawasan yang sedang pesat membangun. Hal ini kerana adanya pertambahan pelajar UiTM Puncak Alam peringkat Ijazah dan Diploma yang berpindah dari UiTM Induk Kampus Shah Alam sehinggalah hujung tahun 2014. Sekaligus menyaksikan pertambahan dalam kapasiti penduduk datang dari kalangan pelajar dan kakitangan beserta keluarga seramai 50,000 orang
Contoh Pengiraan :
Sebuah Unit Apartment berkeluasan 760sf 3 bilik dan 2 bilik air. Kawalan keselamatan 24jam.
Agen menyewa pada harga RM450.00 sebulan daripada tuan rumah. Unit asas atau kosong.
Kemudian mengeluarkan belanjawan kira-kira RM3,000 untuk memenuhkan kemudahan rumah seperti katil, almari, meja, kemudahan memasak dan sebagainya.
Agen akan menyewakan semula unit rumah ini kepada pelajar mengikut kepala contohnya : RM150.00 sebulan + RM50.00 bagi kemudahan tambahan UNIFI dan ASTRO. Bayaran ini tidak termasuk Utiliti Bil. Sebuah unit Apartment biasanya boleh disewakan kepada sekurang-kurangnya 7 orang pelajar atau lebih.
KOS[A]                 (sewa 450 x 12 bulan) + (Unifi/ASTRO 149.00 + 89) x 12 bulan) + 3,000(modal untuk penuhkan rumah) = 11,256.00
SEWA[B]             (seorang 200 x 7 dalam satu-satu masa) x 12 bulan = 16,800(pendapatan tahun 1)
(B) - (A) = 5544/12bulan = RM462 (pendapatan bersih sebulan untuk tahun 1 bagi seunit rumah)
Bagaimana jika anda mempunyai kira-kira 50 unit rumah dalam satu-satu masa?
RM462 x 50 unit = RM23,100.00 pendapatan anda sebulan
23,100.00 x 12 bulan = RM277,200.00 setahun

Pendapatan ini tidak termasuk dengan beberapa peluang yang anda perolehi CONTOH : menyewakan kadar harian 1 Unit rumah sebanyak RM25O semasa Konvokasyen, Sewaan harian untuk Homestay, keuntungan beli rumah di bawah harga pasaran kemudian menjual pada harga lebih tinggi. Keuntungan hasil kereta sewa kepada pelajar dan sebagainya.
Ini bermakna anda perlu mempunyai sebuah pasukan dan syarikat yang baik untuk menguruskan perniagaan anda dengan lancar. "Perkidmatan terbaik yang anda berikan seolah memaksa Owner dan bakal penyewa mendapatkan sentuhan anda menyelesaikan masalah mereka". Best bukan?


Nota : Catatan SUBLET ini adalah bersifat Umum atau secara “conceptualise”. Bagaimanapun terdapat teknik-teknik khas yang perlu anda faham dan gunakan untuk perolehi untung beganda dan maksimumkan setiap peluang yang ada. Teknik SUBLET boleh diperolehi dalam #Seminar Sublet yang dianjurkan @ #Personal Coaching.

Monday, 16 September 2013

TIPS HARTANAH : Know Your Mortgage

*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ *GUIDE TO INVESTING



Sebelum kita memilih mana-mana bank sebagai pembiayaan untuk hartanah kita, adalah lebih baik jika kita mengenali apakah jenis-jenis GADAI JANJI yang ada.


Secara umumnya ada 4 jenis mortgages :

a. Full flexi
b. Semi Flexi
c. Term loan
d. Term loan & OD


Pinjaman atau Gadai Janji yang terbaik adalah full flexi Islamic. Bagaimanapun didalam situasi tertentu, adalah bagus juga jika kita memilih TL/OD.

Mengenai mortgage juga kita harus faham bahawa terdapat beberapa jenis interest untuk kita berikan perhatian. Iaitu :

a. Interest rate
b. Effective rate
c. Cap rate (Islamic)

Selain interest, harus juga kita berikan penekanan mengenai holding period atau lock in period:

a. Denda yang dikenakan - bisanya 2.5%-3.5%. Ada juga bank charge sehingga 5%.
b. Tempoh pegangan - 3 tahun atau 5 tahun.
c. Denda dikenakan base on approved loan amount atau outstanding loan balance.

Ini sangat membantu jika kita menggunakan strategi BUY SELL atau REFINANCE. Ia akan memudahkan kita untuk mengira berapa banyakkah keuntungan sebenar kita. Itupun perlu ditolak RPGT lagi untuk strategi buy-sell.



sumber : Dr. Wan Shah Razali



Wednesday, 11 September 2013

TIPS HARTANAH : Pengiraan CASHFLOW

*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ *GUIDE TO INVESTING

Pulangan atau keuntungan (ROI) di dalam pelaburan hartanah jika menggunakan strategi cashflow perlulah dikira secara tahunan atau bahasa mudahnya pengiraan untung bersih tahunan.


Jika terlalu difokuskan kepada pengiraan ROI bulanan semata-mata, ianya berkemungkinan memberikan false positive ROI.

Untuk mendapatkan pengiraan untung bersih tahunan. Antara kos-kos yang perlu di ambil kira adalah :-

1) seperti percukaian - Cukai Pintu, cukai tanah
2) Indah Water
3) Insurans bagi MLTA/T
4) Kos baik pulih @ selenggaraan
5) Property enhancement (tambah nilai) dan juga 
6) Vacancy loss (jika tiada penyewa) dapat diambil kira.

Selepas ditolak kesemua kos ini, jika nilai keuntungan tahunan masih positif, TAHNIAH! Anda seorang pelabur hartanah genius!

Coach AZRI NASRUDIN





Wednesday, 14 August 2013

PERANAN TNB MEMBANTU PEMILIK HARTANAH DARIPADA PENYEWA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB

*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ *GUIDE TO INVESTING


Salam lebaran dan bertemu lagi di ruangan yang kecil ini.. rasanya belum terlambat saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada anda semua dan moga - moga kita semua dapat bertemu lagi dengan Ramadhan dan Aidilfitri yang akan datang. 


Bagaimana TNB berperanan membantu anda sebagai Pelabur Hartanah yang menghadapi kerenah penyewa.
 TNB membantu anda dengan 2 cara :-

1. PERUBAHAN NAMA PENYEWA DI BIL TNB

Anda boleh menukar nama dalam bil elektrik premis anda kepada nama penyewa. Penyewa akan bertanggungjawab bagi pembayaran bil elektrik setiap bulan. Biasanya berlaku kepada penyewa 'heavyweight' yang membayar sewa selama setahun sekaligus dan kadar bulanan juga yang lumayan.

Langkah ini sekaligus akan dapat mengelakkan isu bil elektrik dipertikaikan dan berlaku tunggakkan kepada pemilik kediaman. Untuk menukar nama penyewa ke dalam bil bulanan mengambil Borang yang berkaitan melengkapkannya dan membawa ke Pusat Khidmat Pelanggan di mana akaun anda didaftarkan beserta dengah perkara-perkara berikut:
 
i) Satu salinan Kad Pengenalan anda.
ii) Satu salinan Perjanjian Jual Beli atau Perjanjian Sewaan.  
iii) Bayaran Deposit: dua bulan penggunaan elektrik bergantung kepada jenis premis - bayaranboleh dibuat secara tunai atau cek.
iv) Duti setem RM10.00 dua keping (dimana sekeping setem siap di cop oleh pegawai hasil dan satu lagi dibawa bersama-sama borang yang telah dilengkapkan. 
v) Yuran pemprosesan RM3.00


 2. PEMANTAUAN SALINAN BILL BULANAN KEPADA ANDA SECARA TERUS
Jika anda tidak mahu menukar nama pada bil elektrik kepada nama penyewa, anda masih boleh mendapatkan salinan bil setiap bulan untuk memantau status pembayaran dari semasa ke semasa.

ini boleh dilakukan dengan mendaftar premis anda melalui e-perkhidmatan kami di https://e-services.tnb.com.my. salinan rang undang-undang juga boleh didapati dengan menghubungi 1 300 88 5454


SUMBER : www.tnb.com.my

Friday, 2 August 2013

HEALTH IS WEALTH : LATEST CANCER INFORMATION

*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ *GUIDE TO INVESTING

LATEST CANCER INFORMATION


AFTER YEARS OF TELLING PEOPLE CHEMOTHERAPY IS THE ONLY WAY TO TRY AND ELIMINATE CANCER, JOHNS HOPKINS IS FINALLY STARTING TO TELL YOU THERE IS AN ALTERNATIVE WAY …


1. Every person has cancer cells in the body. These cancer cells do not show up in the standard tests until they have multiplied to a few billion. When doctors tell cancer patients that there are no more cancer cells in their bodies after treatment, it just means the tests are unable to detect the cancer cells because they have not reached the detectable size.

2. Cancer cells occur between 6 to more than 10 times in a person's lifetime.

3. When the person's immune system is strong the cancer cells will be destroyed and prevented from multiplying and forming tumors.

4. When a person has cancer it indicates the person has multiple nutritional deficiencies. These could be due to genetic, environmental, food and lifestyle factors.

5. To overcome the multiple nutritional deficiencies, changing diet and including supplements will strengthen the immune system.

6. Chemotherapy involves poisoning the rapidly-growing cancer cells and also destroys rapidly-growing healthy cells in the bone marrow, gastro-intestinal tract etc, and can cause organ damage, like liver, kidneys, heart, lungs etc.

7. Radiation while destroying cancer cells also burns, scars and damages healthy cells, tissues and organs.

8. Initial treatment with chemotherapy and radiation will often reduce tumor size. However prolonged use of chemotherapy and radiation do not result in more tumor destruction.

9. When the body has too much toxic burden from chemotherapy and radiation the immune system is either compromised or destroyed, hence the person can succumb to various kinds of infections and complications.

10. Chemotherapy and radiation can cause cancer cells to mutate and become resistant and difficult to destroy. Surgery can also cause cancer cells to spread to other sites.

11. An effective way to battle cancer is to STARVE the cancer cells by not feeding it with foods it needs to multiple.

What cancer cells feed on:

a.SUGAR is a cancer-feeder. By cutting off sugar it cuts off one important food supply to the cancer cells. Note: Sugar substitutes like NutraSweet, Equal, Spoonful, etc are made with Aspartame and it is harmful. A better natural substitute would be Manuka honey or molasses but only in very small amounts. Table salt has a chemical added to make it white in colour. Better alternative is Bragg's aminos or sea salt.

b. MILK causes the body to produce mucus, especially in the gastro-intestinal tract. Cancer feeds on mucus. By cutting off milk and substituting with unsweetened soy milk, cancer cells will starved.

c. Cancer cells thrive in an ACID ENVIRONMENT. A meat-based diet is acidic and it is best to eat fish, and a little chicken rather than beef or pork. Meat also contains livestock antibiotics, growth hormones and parasites, which are all harmful, especially to people with cancer.
d. A diet made of 80% FRESH VEGETABLES and JUICE, WHOLE GRAINS, SEEDS, NUTS and a LITTLE FRUITS help put the body into an ALKALINE ENVIRONMENT. About 20% can be from cooked food including beans. Fresh vegetable juices provide live enzymes that are easily absorbed and reach down to cellular levels within 15 minutes t o nourish and enhance growth of healthy cells.

To obtain live enzymes for building healthy cells try and drink fresh vegetable juice (most vegetables including bean sprouts) and EAT SOME RAW VEGETABLES ie Tamato etc 2 or 3 times a day. Enzymes are destroyed at temperatures of 104 degrees F (40 degrees C).
e. AVOID - COFFEE, TEA and CHOCOLATE  which have high caffeine. GREEN TEA is a better alternative and has cancer-fighting properties. Water--best to drink purified water, or filtered, to avoid known toxins and heavy metals in tap water. Distilled water is acidic, avoid it.

12. MEAT  protein is difficult to digest and requires a lot of digestive enzymes. Undigested meat remaining in the intestines will become putrified and leads to more toxic buildup.

13. Cancer cell walls have a tough protein covering. By refraining from or eating less meat it frees more enzymes to attack the protein walls of cancer cells and allows the body's killer cells to destroy the cancer cells.

14. Some supplements build up the immune system (IP6, Flor-ssence, Essiac, anti-oxidants, vitamins, minerals, EFAs etc.) to enable the body's own killer cells to destroy cancer cells. Other supplements like vitamin E are known to cause apoptosis, or programmed cell death, the body's normal method of disposing of damaged, unwanted, or unneeded cells.

15. Cancer is a disease of the MIND, BODY, and SPIRIT. A proactive and positive spirit will help the cancer warrior be a survivor.

"ANGER, UNFORGIVING and BITTERNESS put the body into a STRESSFUL and ACIDIC ENVIRONMENT. Learn to have a LOVING and FORGIVING SPIRIT. Learn to RELAX and ENJOY LIFE"

16. Cancer cells cannot thrive in an oxygenated environment. Exercising daily, and DEEP BREATHING help to get more oxygen down to the cellular level. Oxygen therapy is another means employed to destroy cancer cells.

SELAMAT MENJAGA KESIHATAN ANDA KERANA JIKA ANDA SIHAT LEBIH BANYAK KEAMPUNAN DAN RAHMAT YANG BOLEH DIPOHON KEPADA YANG MAHA KUASA dan TIADA DISEMBAH MELAINKANNYA serta LEBIH BANYAK PELABURAN HARTANAH YANG BOLEH ANDA LAKUKAN

Credit to https://www.facebook.com/jasmine.thason

Saturday, 22 June 2013

AMALKAN TABIAT MEMBACA


"WHEN YOU STOP LEARNING YOU STOP GROWING"

Antara Koleksi "Terbaru"
Ajaran ISLAM menitikberatkan "MEMBACA". Wahyu pertama. IQRA' – BACALAH! Hal ini jelas, membaca sebagai asas penting kepada pencapaian ILMU.

Membaca mendatangkan banyak faedah. Antaranya adalah :
Bersedia dengan "sebuah" buku di atas A380
Getting some "infos"








1. Seseorang yang suka membaca mempunyai MINDA yang SIHAT, POSITIF dan SEGAR. Bahan bacaan berbentuk ILMIAH dan majalah berasaskan PENGETAHUAN selain HIBURAN boleh merangsang PEMIKIRAN menjadi lebih KRITIS dan PRODUKTIF.

2. Membaca menjadikan anda seorang yang BERMAKLUMAT.

3. Tabiat suka membaca juga boleh meningkatkan PERBENDAHARAAN KATA anda.

4. MEMBACA menambahkan PENGETAHUAN anda dalam banyak perkara.


Kesimpulannya, tabiat membaca mempunyai banyak kelebihan dan dapat membahagiakan HIDUP anda sebenarnya. Jom mulakan TABIAT MEMBACA kerana "MEMBACA JAMBATAN ILMU"