Thursday, 30 October 2014

KHAS KEPADA BAKAL GRADUAN: Bagaimana Membeli Hartanah Selepas Graduate

*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ *GUIDE TO INVESTING

Catatan ini di ceduk daripada status Khairul Ezuwan di laman FBnya. Seorang "Banker" "Property Investor" dan juga pakar "ASB" serta aktif menganjurkan Kelas Pelaburan ASBnya saban minggu. Selepas tamat pengajian dulu pun saya hadapi masalah yang sama. Rancangan jangka pendek ialah membeli kereta yang paling sporty yang boleh. Rasanya ramai bakal graduan mempunyai peel yang sama. Justeru pelajari cara meningkatkan keupayaan Kewangan anda dan Pelaburan di dalam jangka panjang




Berikut adalah rancangan yang boleh anda fikirkan dan ambil tindakan yang bersesuaian


Strategi KEY :
Rata2 mereka yang baru bekerjaya akan membeli Rumah selepas 3 ke 5 tahun selepas mereka mula bekerjaya. 3 tahun yang pertama biasanya mereka lebih fokus untuk berkahwin.
Gaji untuk seorang yang graduate hari ini contohnya RM3000. Seorg Lelaki A, dan seorg wanita B yang bakal menjadi isterinya.Cuba ikut aturan ini.
1. Jangan Beli kereta. Kalau nak Beli pon Beli yang second hand & Murah.
2. Buat loan ASB RM200K, kemudian potong buku ASB dgn gunting & campak dalam tong sampah. Di sini anda terpaksa simpan RM1200 setiap bulan secara paksa & jangn fikirkan soal simpanan untuk kawin dah (jika plan nk berkahwin 3 thn selepas bekerjaya)
3. Galakkan pasangan anda untuk bersama2 membuat pinjaman ASB 200K dan gunting juga buku ASB tersebut. Commit setiap bulan RM1200 juga.
4. Selepas 3 tahun, bila cancel pinjaman ASB tersebut, anda sudah mempunyai simpanan RM60K ++. Bakal Isteri anda juga ada simpanan RM60K++. Jumlah cash ada RM120K. Gunakan RM20K untuk Perkahwinan anda. (Jgn terlalu Boros utk majlis Perkahwinan) anda masih berbaki RM100K.
5. Rumah pertama: Beli Rumah Lelong, gunakan 1 Nama sahaja.contohnya Rumah berharga RM80K, anda deposit 10%, RM8K, yang lain buat atas loan Rumah. Bayaran bulanannya adalah RM400, kemudian setup Rumah tersebut fully furnish dengan cost lebih kurang RM2K (boleh tanya pakar2 sublet), anda boleh sewakan RM800 sebulan. Pastikan anda buat tenancy agreement dan duit sewaan dimasukkan ke dalam akaun setiap bulan.Untuk cari Rumah Lelong, saya galakkan anda berurusan degan Hafiz Ejen Lelong, memang terbaik. Wan Infolelong juga dalam Lelong & sewaan property. Gunakan pengalaman mereka ini.
6. Selepas beberapa bulan menyewakan Rumah, mulakan pencarian anda untuk Rumah untuk kegunaan anda sendiri. Contohnya Rumah yang anda ingin Beli berharga 400K. Joint financing degan wife untuk Beli Rumah ini samada subsell, Lelong atau pon under construction. Ini bermakna anda perlukan cash lebih kurang 50K untuk membeli Rumah ini. Jika anda pandai, kos ini juga boleh dikurangkan seminima mungkin. Pd waktu ini KWSP akaun 2 anda suami isteri mungkin mencukupi untuk menampung kos2 ini. Jika pinjaman Rumah ini RM360K, installmentnya lebih kurang RM1700. Standing instruction bayaran dari akaun suami.
7. Beli lagi sebiji Rumah Lelong atas Nama isteri, harga contohnya 80K, bayaran bulanan RM400, sewakan fully furnish RM800. Kalau bank isukan ada commitment tinggi atas Rumah yang joint tadi, cakap suami saya yang bayar, tunjukkan statement yang menunjukkan Standing Instruction(SI) dari akaun suami.
8. Lihat disini untuk 3 Rumah anda yang berharga RM560K, kos bulanan anda RM2500 - RM1600 (Sewa Rumah). Kos anda cuma RM900. Berapa byk lg cash di tangan anda?
9. Kalau nk yg RM900 tu pon habis free pon sy ade tekniknya. Dah x larat nk tulis.

~Justeru "Tepuk dada tanya Hati". Adakah anda Inginkan keuntungan jangka panjang atau cukup sekadar di pinggiran sahaja.. sebab harta di dunia tak boleh dibawa mati?! Sedangkan jika lebih ramai Umat Islam kaya raya lebih banyak zakat dapat dikeluarkan kepada golongan asnaf. Lebih banyak peluang membantu ahli keluarga anda dan orang disekeliling. Berikan pendidikan yang terbaik untuk anank-anak, pemakanan berkhasiat dan sebagainya.

HOW BAD DO YOU WANT IT

No comments: