Friday, 31 October 2014

TIPS PENTING MEMILIH PENYEWA DENGAN BIJAK

*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ *GUIDE TO INVESTING

Ramai yang mengalami kisah duka apabila mendapat "Penyewa yang agak kurang asam". Justeru terbantutlah hasrat melabur di dalam Pelaburan Hartanah gara-gara tidak tahan menghadapi masalah penyewa. Pandangan saya untuk mendapat penyewa yang terbaik bermula daripada "lokasi" yang anda labur. Seterusnya semasa proses pemilihan berjalan sangat penting. Jangan tangkap muat @ asal boleh. ASK LEADING QUESTION. Jika ada terdapat ciri-ciri bakal penyewa yang kurang berkenan di hati. Tolak dengan elok bagi menjaga airmuka pihak yang berkenaan. Contohnya : "Aiseh dah ada penyewa yang confirmkan bayaran deposit" atau senang cerita "maaf..rumah dah ada orang yang sewa" 

Jika unit yang ingin disewa mendapat sambutan boleh improvised dengan menyediakan Borang Maklumat kepada penyewa yang berminat sebelum hadiri temuduga dan dipilih. Boleh dapatkan TIPS berikut daripada Tuan Zaidi Ismail Bagaimana Mengendalikan Penyewa Anda

Salam Jumaat , penghulu hari.
Sedikit perkongsian untuk Tuan Tanah dan bakal Tuan Tanah Kedaung. Ada soalan di FB salah seorang ahli urusinsan kemarin yang bertanyakan tentang bagaimana nak dapatkan penyewa dari syurga.
Saya berikan komen bahawa janganlah dipilih penyewa yang mempunyai ciri-ciri penyewa dari neraka kerana agak sukar untuk mengesan penyewa dari syurga berbanding penyewa yang mempunyai ciri-ciri dari neraka. Ini kerana mereka boleh bermuka-muka tunjuk baik depan tuan rumah hanya kerana ingin menyewa rumah kita. Perangai sebenar akan terserlah apabila dia masuk rumah kelak.
Semalam saya mengalami pengalaman di hampiri bakal penyewa yang mempunyai ciri-ciri dari neraka. Antara ciri-ciri yang terserlah ialah :-
1. Adab (tiada atau kureng) 
2. Tidak menepati waktu
3. Tiada pertimbangan ( orang negeri sembilan sebut "senonong dia jer" , orang jawa sebut "inconsiderate")
4. Tiada budi bicara dan tiada budi bahasa
5. Tidak mengikut aturan
6. Belum jadi penyewa dah banyak cedakak
7. Demand melampau ( semua mau , bayar jer tak mau)
8. Bodoh Alang (saya biasa terima soalan "saya nak sewa bilik jer bang bukan nak sewa satu rumah , habis tu bukan kena masuk rumah dulu ke baru boleh masuk bilik?)
9. Mintak deposit bayar ansur
10. Mintak sewa rumah bayar ansur
11. Tidak membuat persiapan untuk menyewa
12. Rumah yang hendak disewakan pun tak tahu kat mana
13. Oleh kerana saya menyewakan pada muslimah , saya tidak akan pilih penyewa yang suaranya lebih tinggi dari suara saya.
14. Oleh kerana asrama saya fully furnish , saya memang pantang kalau bakal penyewa yang jenis kureng bersyukur.
15. Suka melibatkan pihak ke tiga dalam membuat keputusan.
16. Kurang sabar
17. Tiada reference (tiada rujukan , terutama dari tuan rumah lama)
18. Kantoi semasa ditemuduga MEM COO (maklumat palsu , menyembunyikan sesuatu etc) , mem COO mempunyai firasat yang kuat , dia boleh kesan kalau lain macam jer.

Itu adalah anatara ciri-ciri penyewa yang saya akan reject.
Nota : Penyewa dari neraka merujuk kepada penyewa yang bakal menimbulkan pelbagai masalah kepada Tuan tanah kedaung pada masa hadapan

No comments: