*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ
*GUIDE TO INVESTING
Bandar Nusajaya dilaksanakan dalam tiga fasa.
Fasa pertama membabitkan pembinaan PUSAT PENTADBIRAN BARU NEGERI JOHOR
Fasa kedua merangkumi pembinaan 500 kediaman kakitangan kerajaan dan sebuah masjid
Fasa ketiga pula adalah pembinaan pejabat Kerajaan Persekutuan
Pusat pentadbiran baru dalam fasa pertama terdiri daripada Dewan Negeri, Kompleks Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan negeri Johor. Dibina berpaksikan kiblat, manakala rekabentuknya berdasarkan seni bina Johor-Melayu dan model Moor-Andalusia
Pusat Pentadbiran ini digelarkan sebagai Kota Iskandar di Nusajaya. Berkedudukan kira-kira 25 kilometer dari Johor Bahru, terletak berhampiran dengan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) di barat Wilayah Ekonomi Johor Selatan (SJER), yang turut menghubungkan Johor Bahru melalui Danga ke Nusajaya dan PTP di bahagian barat serta Pasir Gudang dan Tanjung Langsat di timur
Di samping itu, fasa pertama ini turut disertakan dengan Dataran Mahkota dan dua buah Kompleks Jabatan Negeri. Dua buah Kompleks Jabatan Negeri ini dibina dari tiga hingga lima tingkat dengan kemampuan menampung populasi 1,772 kakitangan daripada 18 buah jabatan. Setiap kompleks dilengkapi dengan dewan serbaguna, kafetaria dan surau setiap satu. Pusat Pentadbiran ini dijangka sempurna pada bulan September 2017
Alhamdulillah trip yang sangat bermanfaat di samping dapat mencuci mata melihat Pembangunan Hartanah terbaru yang berdaya maju, menjamu selera, bertemu dengan "childhood" friend dan saudara di Johor Bahru.
~ Johor Bahru Kotaraya yang harus terus diperhatikan
No comments:
Post a Comment