*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ
*GUIDE TO INVESTING
Fahmy
Saya tertarik kupasan Fahmy Adam tentang Konsep Pengurusan Kewangan Diri@ SFP. Perbezaan orang yang berjaya bukan banyak mana pendapatan jika tidak pandai menguruskan SFP. Lebih penting anda bijak menguruskan Kewangan Peribadi walau sekecil mana pun pendapatan anda. Sampai masanya anda peroleh pendapatan lumayan sudah pasti anda lebih bijak menguruskannya berbanding ramai orang di luar sana(banyak berada di negara Afrika. Di Malaysia semua ok...sambil kedua tangan atas bahu dan mata memandang ke atas :P)
**Yang elok dijadikan teladan
**Prasyarat utama cipta kejayaan di dalam Pelaburan Hartanah
1. Yang membezakan usahawan berjaya dan gagal adalah yang paling ketara Pengurusan Kewangan yang sistematik. Sekaya mana pun kena pandai urus duit walaupun 1 sen sekalipun. Ini jelas sikap amanah dan professional dalam kewangan diri serta tidak main-main acuh tak acuh dan tidak kisah pasal duit. Ini kerana kita faham duit adalah 'amanah' ALLAH kepada kita untuk diuruskan dengan bijaksana.
2. Usahawan berjaya tahu Cashflow setiap hari dan tidak pernah missed. Why? Sebabnya jika terleka sesaat menyesal selamanya. Sebagai contoh perbelanjaan runcit, one-off maupun pembelian aset harus direkodkan dan memudahkan monitoring. Manakala pendapatan revenues yang masuk juga dipantau supaya dapat membuat keputusan cekap dalam bisnes berdasarkan fakta dan realiti.
3. Maksimumkan pendapatan yang diperolehi dengan angka prediction yang relevan dan tidak buang masa dengan yang tidak produktif. Ini skillset yang ada pada jutawan kerana mereka pastinya takkan buang masa dengan sesuatu yang tidak bermakna. Produktiviti diutamakan untuk mengekalkan momentum kejayaan.
4. Zakat, sedeqah dan infaq waqaf lebih utama daripada cukai tax. Usahawan muslim sejati akan terbuka minda hatinya untuk menunaikan kewajipan berzakat dan mendapat tax deductibles. Ada banyak cara nak 'reduce' tax dan dapat rebate lebih daripada orang biasa lakukan.
5. Meminimumkan kos perbelanjaan tanpa menjejaskan produktiviti. Ini satu lagi aspek genius jutawan di mana mereka berjaya mengimbangi kenaikan kos faktor luaran dengan cekap tanpa mengeluh. Berbeza dengan orang biasa mengeluh kerana tahap level mereka tidak sama dengan mindset, skillset dan toolset para multi mllionaires.
Rumusan :
5 point self financial management ini adalah hasil kajian dan observation terhadap semua mentor jutawan yang hebat. Kesimpulannya mereka mempunyai daya pemikiran yang jauh melangkaui orang-orang biasa. Ini kerana sememangnya antara point penting perlu kita ambil cakna dan hadam supaya dapat memberikan manfaat dalam hidup.
No comments:
Post a Comment