Tuesday, 30 September 2014

BAGAIMANA MENJANA RM100,000.00-RM500,000.00 SETAHUN MELALUI PELABURAN HARTANAH

*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ *GUIDE TO INVESTING

Salam, Semoga anda ceria dan sihat sejahtera hendaknya.

Bagi Pelabur Hartanah yang mengimpikan kuntungan jangka masa pendek dan memperolehi pendapatan tahunan di sekitar RM100,000.00 - RM500,000.00 setahun. Tidak sukar untuk anda memperolehinya. Terdapat pelbagai "kaedah" yang boleh anda gunakan.

SATU daripada kaedahnya iaitu melalui LELONGAN AWAM. Beberapa tahun sebelum ini membida harga rumah lelong sangat menyeronokkan kerana belum ramai yang memasukinya. Kerapkali pembida akan beroleh peluang membeli unit idaman pada HARGA RESERVED PRICE. Saya adalah salah seorang penggemar tegar Unit lelong pada masa itu. 

Pernah sekali semasa saya sedang bersedia untuk masuki bidaan unit idaman di satu Lelongan Awam. Saya telah didatangi oleh seorang Agen yang menawarkan RM1,000.00 agar saya menarik diri dari membida Unit yeng telah saya masuki. Melalui pengalaman yang diraih dibidang ini pemain tegar Lelongan Awam pada masa berkenaan lebih berminat membida rumah pada harga reserve. Informasi yang ada ini membolehkan saya menolak dengan alasan saya memasuki bidaan unit berkenaan dengan tujuan untuk diduduki sendiri. **Maksudnya saya telah memberi signal untuk berperang habis-habisan pada satu siling harga yang dirasakan wajar pada masa itu. Lagi pun RM1,000.00 terlalu sedikit bagi saya kerana saya inginkan keuntungan lebih daripada itu sasarannya ialah RM100,000.00. Akhirnya selepas lelongan dibuka untuk bidaan. Agen berkenaan hanya mengangkat sekali sahaja diikuti saya mulakaan bidaan dan seterusnya menang unit berkenaan.**Setiap bidaan kenaikkan adalah RM1,000.00. Yang lebih best bila Agen berkenaan memaklumkan Taukenya telah mempunyai 30 Unit rumah di lokasi yang kami ingin bida. Tetapi dengan strategi yang betul dan berkesan akhirnya saya menang juga.

Untuk makluman anda unit yang saya berjaya bida ialah berharga RM41,000.00. Ianya merupakan sebuah Unit Apartment 6 tingkat di kelilingi pagar dan berpengawal di Puncak Alam. Keluasan 720sf dilengkapi dengan 3 bilik dan 2 bilik air. Saya membelinya pada tahun 2012. Hari ini pada tahun 2014 selepas kira-kira dua tahun harganya telah naik berlipat kali ganda. Purata harga jualan pada masa ini adalah RM120,000.00. Anda boleh semak di link berikut --->  http://www.mudah.my/Selangor/Apartments-2020/Puncak+Alam-for-sale?lst=0&fs=1&q=Puncak+Alam&cg=2020&w=108&so=1&sa=308&st=s

FORMULA
Berbalik kepada tajuk di atas jika anda ingin menjana RM100,000.00 setahun. Anda perlu beli 1 unit sahaja dan tunggu kira-kira tahun ke -3 hingga tahun ke -5 untuk anda menjual semula dan menikmati hasilnya. Jika anda inginkan hasil yang lebih anda boleh membeli 5 unit pada setiap tahun selama 5 tahun menjadikan Total unit anda selepas 5 tahun ialah 25Unit. Selepas 5 tahun iaitu tahun ke 6. Anda boleh mula menjual 5 unit setiap tahun untuk 5 tahun akan datang. Justeru anggaran kasar sekiranya 1 Unit Apartment boleh menjana keuntungan Bersih sebanyak RM100,000.00 X 5Unit X 5 Tahun. Anda sudah mampu menjana RM2,500,000.00 @ RM2.5JUTA dalam tempoh 10 tahun. Iaitu purata PENDAPATAN RM250,000.00 setahun selama 5 tahun.

Apa yang penting adalah anda perlu mempunyai "Daya Observation" yang tinggi bagi mengenalpasti lokasi terbaru yang mempunyai ciri-ciri mampu menjana keuntungan yang tinggi kepada anda. Daya Observation yang tinggi juga adalah merupakan satu daripada CIRI ramai Jutawan dan Billionaire yang ada di luarsana. Anda harus mampu belajar dengan segera dengan memerhati keadaan dan petunjuk yang ada di sekeliling anda. Selamat mencuba dan semoga terus sukses 

No comments: