Friday, 3 October 2014

Kata-Kata RICH DAD & POOR DAD Yang Paling Meninggalkan Kesan

*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ *GUIDE TO INVESTING



POOR DAD always said "Work hard at school so you can get good grades. When you get good grades, you will be able to get a good job. Then you become a good hardworking man"

RICH DAD has other perspectives he used to say "YOUR DAD IS A GOOD HARDWORKING MAN BUT HE WILL NEVER GET RICH IF HE CONTINUES TO THINK THAT WAY"

RICH DAD "you will work hard for PORTFOLIO INCOME and PASSIVE INCOME if you want to become RICH"


Hari ini "orang kita" perlu tukar mind set daripada bekerja makan gaji kepada menjadi Usahawan. Perlu bermula dari bawah menghadam pengalaman. Mengira UNTUNG dan RUGI. Banyak produk makanan untuk orang Islam bukan dikeluarkan oleh orang Islam sendiri. Malah dikendalikan dalam keadaan yang sangat meragukan kebersihannya dan kesuciannya. Disinilah antara bidang perniagaan yang boleh diusahakan. Biasanya ramai "orang kita" yang suka bekerja dengan Kerajaan kerana adanya pendapatan tetap setiap bulan dan lebih best lagi adalah pencen. Hal ini tidak salah jauh sekali berdosa. Cuma yang lebih penting adalah melatih MINDA KEUSHAWANAN dan MELABUR jangka panjang. Banyak peluang depan mata yang dilepaskan dan tidak digunakan sepenuhnya. Akhirnya orang lain yang mengambil peluang. 

Teringat perbualan dengan seorang teman di sebuah Pusat Servis Proton beberapa hari lalu. Teman ini baru dikenali dan berminat dengan Pelaburan. Daripada segi gayanya saya cuma dapat mengagak beliau masih belum memulakan Pelaburan dengan aktif. Namun begitu selepas beberapa ketika perbualan beliau minta TIPS daripada saya "Bagaimana untuk lebih BERJAYA dalam keadaan sekarang sebagai seorang Pelabur"

Jawapan saya mudah "Syarat yang pertama Belajar Menguruskan Kewangan Anda Dengan Bijak". Saya kongsikan kepada anda maksud disebalik jawapannya disini entah betul entah salah. Yang salah diabaikan sahaja.

Melalui Kebijaksanaan anda menguruskan Kewangan anda. Anda akan mula bijak menghidu peluang di depan mata mahupun di belakang mata. Lebih jauh daripada itu anda mula berfikir dan merancang meningkatkan kemahiran diri  yang memberikan keuntunggan kepada anda dalam jangka panjang. Akhirnya cara berfikir dan bertindak anda semakin EFISYEN. Justeru tidaklah anda sering memikirkan Bagaimana hendak menghabiskan wang gaji atau pendapatan anda setiap bulan. Ini merupakan masalah ramai orang diluar sana. 

Wujud juga salah faham mengenai PENDAPATAN. Ramai yang berbangga dengan berapa banyak pendapatan bulanan mereka setiap bulan $$$ $$. Dalam masa yang sama tidak mengambil kira SIMPANAN dan PELABURAN baru yang dilakukan hasil daripada Pendapatan yang diperolehi setiap bulan. Hal ini perkara ASAS yang perlu diperbetulkan. Sebenarnya "Bukan berapa banyak GAJI atau PENDAPATAN yang anda peroleh setiap bulan(premis ini tidak signifikan lagi jika anda seorang yang boros berbelanja) Tapi berapa banyak SIMPANAN dan PELABURAN semula yang ada lakukan daripada PENDAPATAN yang anda peroleh itu". Yang ini lebih afdhal bunyinya. Semoga anda semua terus sukses

No comments: