Sunday, 28 September 2014

KENAPA MASYARAKAT CINA LEBIH SUKA MEMBAYAR PINJAMAN RUMAH BERBANDING SIMPAN DI FIX DEPOSIT(FD)

*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ *GUIDE TO INVESTING

Kenapa non-Bumiputera especially bangsa Cina lebih suka membayar pinjaman Rumah daripada simpan duit mereka di FD? Dan adakah mereka akan lakukan perkara yang sama jika mereka mempunyai keistimewaan seperti melabur dlm ASB,ASW, TABUNG HAJI dan sebagainya.

=====================================================



Saya tertarik memetik apa yang di sampaikan oleh  Khairul Ezuwan mengenai "STRATEGI" yang biasa digunapakai oleh rakan kita bangsa Cina. Mana yang baik boleh dijadikan pengajaran agar kita lebih mahir & fasih di dalam Pengurusan Kewangan peribadi...Seterusnya baca Kupasan oleh Khairul Ezuwan seperti berikut >>>


Izin saya huraikan lebih supaya Kita tidak ambil endah, PELUANG yang terdedah depan mata kita!!



Non Bumi selalu membezakan pulangan dalam FD jika mereka melabur berbanding dengan mereka membayar interest Rumah

Contohnya FD dengan pulangan 3% setahun berbanding dengan pinjaman Rumah 4.5%. Mereka akan lebih mengutamakan untuk membayar loan rumah tersebut lebih cepat kerana pulangan simpanan lebih rendah dari interest loan yang dikenakan. Memang ada "KUOTA" untuk mereka melabur dalam ASW, ASM, AS1M, tetapi terlalu limited & sukar untuk diperolehi disebabkan rata-rata mereka "kesedaran" tentang pulangan yang diperolehi adalah tinggi.


Saya berani jamin "Sekiranya mereka mempunyai kuota ini, mereka tidak akan membayar lump sum cash yang mereka ada pada pinjaman Rumah mereka" kerana saya bagi 1 contoh situasi:

KENAPA BANGSA CINA LEBIH SUKA MEMBAYAR PINJAMAN RUMAH BERBANDING SIMPAN DI FIX DEPOSIT(FD)
***Terbaik kupasan Khairul Ezuwan ni? Tapi ramai "orang kita" yang masih terus menunggu dan tidak pantas ambil kesempatan di atas peluang yang disediakan melalui ASB ini

Pinjaman Rumah : RM200K
Tempoh pinjaman : 30 thn
Yearly Bank profit : 4.4%
Installment RM1000.

Ada cash money: RM200K

200K cash money tadi masuk dlm ASB dengan pulangan 8% setahun. Mereka akan dapat dividend RM16K setahun. Dividend yang ada sudah mampu untuk membayar monthly installment selama 16 bulan. Bila mereka hanya menggunakan dividend utk membayar installment maka mereka tiada langsung komitmen bulanan atas Rumah tadi dan pinjaman Rumah tadi akan tamat dlm tempoh 19 tahun sahaja dan mereka masih mengekalkan pokok RM200K cash money tadi dalam tempoh tersebut.

Anda fikir mereka akan bayar cash 200K tadi pada loan Rumah jika mereka mempunyai keistimewaan ini?

Apa lagi jika menggunakan kekuatan dlm finance ASB

Kita diberikan keistimewaan ini tetapi berapa ramai yg tidak mempedulikannya.

-KEY-


No comments: