Assalamualaikum kepada pembaca BUDIMAN
"Sasarkan 1 Unit Rumah 1 Tahun".. Nampak senang tapi macam susah hendak dilaksanakan. Sebenarnya tidaklah senang sangat juga tidaklah susah sangat jika kena caranya. Bagaimana hendak mengetahui caranya?
LAMAN SERI : Unit SEMI D |
Yang paling utama anda mesti menguasai PENGURUSAN KEWANGAN anda sendiri. Untuk yang makan gaji dengan caranya dan yang bekerja sendiri atau berbisnis dengan cara masing - masing. Perkara yang paling pokok adalah menguruskan PROFILE KEWANGAN anda. Di dalam profile kewangan anda akan tonjolkan empat jenis pendapatan untuk pengiraan DBR atau pun DEBT BURDEN RATIO yang akan diambil kira oleh pihak BANK. Untuk lebih mudah saya cadangkan anda pelajari Teknik menyediakan PROFILE KEWANGAN personal anda kepada pihak BANK. Anda perlu tahu satu langkah dihadapan apakah kriteria dan dokumen-dokumen yang sangat diperlukan oleh pihak BANK bagi menilai permohonan pinjaman anda. Jika anda menguasai PROFILE KEWANGAN anda sudah pasti berapa pun jumlah yang anda ingin pohon bagi membiayaai pinjaman hartanah anda pasti ada jalannya.
Saya senaraikan disini 4 jenis income yang boleh anda tonjolkan didalam profile kewangan anda. Antaranya adalah :
Agresif income – Adalah pendapatan utama yang anda perolehi seperti Gaji bulanan
Pasif Income – Pendapatan yang diperolehi daripada bayaran sewa atau royalti hasil penulisan buku
Side Income – Adalah pendapatan sampingan seperti menjalankan perniagaan kecil-kecilan.
Portfolio Income – Investment, ASB, ASW, Unit Trust, Saham
Untuk mulakan langkah sebagai PELABUR HARTANAH yang berjaya PROFILE KEWANGAN adalah perkara paling utama yang perlu anda teliti dan halusi setiap masa. Bagi pemain utama di bidang Pelaburan Hartanah kebiasaannya akan memiliki 2 hingga 3 PROFILE KEWANGAN untuk diserahkan kepada Bank bagi tujuan permohonan pinjamaan pembiayaan Hartanah. Profile Kewangan yang berbeza akan digunakan bagi Hartanah yang berbeza bergantung kepada HARGA property berkenaan.
Laman Sanur: Unit Terrace 2 1/2 Tingkat |
Berbalik kepada TAJUK saya di atas. Bagaimana anda boleh membeli 1 Unit Hartanah pada setiap Tahun. Paling tidak ini adalah sasaran yang saya letakkan kepada diri sendiri dan anda untuk dicapai. Supaya pada masa 20 tahun yang akan datang anda dan saya akan menikmati hasil yang sangat lumayan dengan menggunakan Teknik Pelaburan Hartanah. Teknik ini adalah yang paling biasa digunakan berbanding bagi pelabur tegar akan melabur sekurang - kurangnya 1 unit setiap 2 bulan dan ada yang lebih tegar akan berbelanja 5 unit hingga 30 unit sekaligus pada satu-satu masa. Hal ini banyak bergantung kepada pengalaman dan kesungguhan anda. Manakala Jenis Hartanah untuk anda laburkan pada setiap tahun adalah bergantung kepada Profile Kewangan anda.
Antara Hartanah yang berpotensi menghasilkan keuntungan berlipat ganda adalah :- RUMAH TERES, BANGLO, APARTMENT, TOWNHOUSE, LOT KEDAI, LOT PEJABAT, LOT RETAIL, KILANG INDUSTRI IKS, TANAH dan sebagainya. Tetapi suka diingatkan anda perlulah sentiasa perhatikan faktor MASA dan LOKASI agar anda memperolehi keuntungan yang berlipat ganda dalam jangkamasa yang lebih pantas :)

Unit Apartment dengan Fasility Condominium |
Bagaimana anda boleh membeli Hartanah ini pada setiap tahun? Saya cadangkan kepada anda ideanya disini :-
Biasanya pada setiap tahun ramai yang berbangga dan sangat berbesar hati dengan BONUS yang diberi oleh majikan. Ada yang memperolehi Bonus 1 bulan gaji dan ada pula yang perolehi Bonus hingga 18 Bulan Gaji. Seterusnya ramai juga yang tersenyum semasa penggumuman oleh PNB tentang bonus tahunan bagi Pelaburan ASB masing - masing. Bagi yang menabung dengan memohon pinjaman pembiayaan ASB. Saya syorkan anda mohon semaksimum pinjaman ASB yang anda boleh dan semaksimum "TENURE" yang mungkin kerana ini penting untuk mengecilkan bayaran bulanan anda.

Unit Apartment Medium Kos Dengan Kemudahan Parking |
Katalah anda membuat LOAN ASB maksimum RM200,000.00. dan dividen dicampur dengan Bonus Tahunan adalah 8%. Ini bermakna anda akan memperolehi kira - kira RM16,000.00++ pada penghujung tahun. Jumlah wang ini dicampurkan pula dengan BONUS Tahunan yang anda terima dan anda boleh gunakan sebagai pendahuluan untuk membeli unit Property yang "sangat berpotensi" dengan aturan LOKASI dan MASA yang tepat ...panas seperti goreng pisang panas.. Senang bukan? :) memang senang kepada yang sangat berdisiplin menguruskan kewangan diri. Manakala perkara ini akan menjadi sangat susah kepada yang bersikap acuh tak acuh berhubung dengan pengurusan kewangan ini. Jika anda tidak merancang kewangan anda sudah pasti status kewangan anda tidak akan lebih SIHAT biar berapa pun PENDAPATAN yang anda perolehi. Sudah semestinya "Kesihatan KEWANGAN" anda akan lebih fit, sihat dan cergas jika anda memperolehi pendapatan yang baik dan diuruskan dengan sangat cemerlang
Berapa Jumlah pendapatan anda sebulan bukan perkara pokok kerana semakin tinggi PENDAPATAN anda = semakin tinggi jugalah PERBELANJAAN anda. Yang lebih penting adalah berapa yang anda SIMPAN setiap bulan samada dengan cara membayar pinjaman ASB, membeli unit Trust, Emas, Saham dan sebagainya. Kepada Anda dan diri saya, saya berpesan "Pupuk dan MULAKAN TABIAT MENABUNG" dari sekarang. Rancang Perbelanjaan dan latih anak - anak anda tentang Pengurusan Kewangan dari usia kecil supaya boleh mendidik tentang peri pentingnya Menguruskan Kewangan dengan betul, menjalankan PERNIAGAAN dan MELABUR.

Saya doakan buat anda semoga KAYA dan BERJAYA di DUNIA dan AKHIRAT. Sehingga bertemu lagi di "post" yang seterusnya..
2 comments:
huhuhuhuh.. panjang artikel ni.. tapi DSR suruh beli 5 biji setahun macam mana nak dapat
Khairuddin
Teknik 1 Rumah 1 Tahun adalah untuk beginner Khairuddin. Untuk para hardcore seperti anda seelok2nya 5@6 unit setahun = 1 unit setiap 2 bulan.. :)
Post a Comment