Monday, 11 February 2013

Mengapa ANDA Membayar AGENT Sedangkan ANDA Boleh Membida Untuk Diri Sendiri di LELONGAN AWAM





Salam,
 
Ramai yang tidak mengetahui perkara ini. Jika anda berminat untuk membida "property" yang anda idamkan di Lelongan Awam. Sebenarnya anda boleh melakukannya sendiri bidaan tersebut. Banyak manfaat jika anda melakukan sendiri. Disamping dapat menjimatkan wang anda kerana tidak perlu membayar "fees" kepada Agent. Anda sebenarnya lebih tenang perasaan anda kerana tiada yang akan mempengaruhi anda membuat keputusan sewaktu proses bidaan dijalankan. Biasanya agen akan mengenakan yuran sebanyak 1 - 2% daripada harga bidaan yang berjaya.
 
 
CONTOH : Katakan sebuah unit rumah dapat dibida pada harga tertinggi iaitu sebanyak RM100,000.00. Jika agen mengenakan yuran sebanyak 2% maka anda terpaksa mengeluarkan bayaran tambahan sebanyak RM2,000.00 untuk agen fees. Sebenarnya anda tidak perlu membuat bayaran ini jika sekiranya anda sendiri yang membida. Hal ini sebenarnya diboleh dan dialu-alukan. Maka selamat  wang anda sebanyak RM2,000.00 itu tadi kannn...
 
Bagaimana pula sekiranya rumah yang menjadi idaman anda tadi gagal dibida oleh kerana faktor - faktor tertentu seperti harganya tidak lagi "make sense" kepada anda, bidaan terlalu tinggi berbanding harga pasaran, terlalu ramai yang masuk bida dan sebagainya... Jawapannya anda masih perlu membayar token kepada agen itu tadi sebagai saguhati kerana telah menunaikan tugasan untuk anda. Adalah lebih kurang RM500.00 yang akan terbang dan bayarannya bergantung kepada agen.. banyak bukan!??. Jika anda yang membida sendiri dan gagal anda masih boleh relaks dan teruskan hidup anda seperti biasa tanpa mengurangkan wang dari poket anda untuk PERBELANJAAN yang sebenarnya tidak diperlukan.. Anda bijak bukan?
 
 
 
Ramai yang tidak tahu bahawa agen berdaftar sebenarnya akan dibayar oleh BANK pelelong sejumlah bayaran bagi bidaan yang berjaya diraih. Bayaran yang diterima juga adalah bergantung kepada jumlah (harga tertinggi) di kali dengan (peratusan) yang dipersetujui oleh BANK pelelong kepada Agen. Biasanya didalam lingkungan 2%.. Apa yang anda perlu sediakan semasa pergi ke Lelongan Awam  adalah IC original dan Bankers Cheque bagi jumlah deposit yang diperlukan ke atas hartanah yang ingin anda bida. Juga jangan lupa membawa extra tunai sebagai bayaran perbezaan harga reserved property berkenaan dengan harga yang berjaya dibida. Perbezaan ini anda perlu membayarnya secara TUNAI.
 
Semoga anda lebih bijak menguruskan wang anda. Selamat mencuba dan berjaya..
 
 

No comments: