Setiap Yang Berlaku Pasti Ada Hikmah Tersembunyi Untuk Direnungi... Usah Bersedih & Terus Bermuhasabah Diri(kata pak Guru padaku) |
Tidak ramai yang berpengalaman diberikan tempoh "5 saat dan tempoh yang genting itu adalah antara HIDUP @ MATI" anda
Tanggal 1hb November, 2012 menjadi antara momen yang akan di ingat dan menjadi pedoman untuk hari mendatang. Bahaya dan memang mencari nahas! Memandu di dalam hujan pada kelajuan 120KMH. Ramai yang berkata kelajuan ini adalah biasa sahaja... Tetapi selepas kejadian ni aku berpandangan memang hilang akal & berisiko tinggi semasa hujan.
Tak sampai sebulan selepas kejadian ni aku bertemu seorang teman yang menceritakan kisah kemalangan yang hampir sama yang dialami. Semasa kejadian berlaku teman menceritakan beliau memandu BMW 5 series. Semasa hujan renyai-renyai tiba-tiba kereta yang dipandu gagal dikawal menyebabkan kereta terluncur sendiri semasa pemanduan mengakibatkan kereta menghentam penghadang jalan sehingga besi cerucuk penghadang jalan itu tadi menembusi pintu sisi dibahagian pemandu. Hal ini mengakibatkan beliau mengalami kecederaan di bahagian pinggang dan pangkal paha. Apa yang mengejutkan adalah kelajuan beliau pada masa pemanduan itu cuma 80KMH dan hal ini disahkan sendiri oleh beliau sebanyak 3kali apabila aku meminta kepastian berulang kali. Kemalangan ini menyebabkan beliau terlantar selama 2 bulan di Hospital dan memerlukan tempoh kira - kira setahun untuk rawatan. Nyata KELAJUAN MEMBUNUH!!!

Permulaan Perjalanan Dimulai Dengan Pemandangan Yang Indah |
Alkisahnya satu hari pada tanggal di atas. Selepas selesai urusan di Pulau Mutiara aku bertolak ke Shah Alam dalam lingkungan pukul 1 tengahari. Bagi pemanduan biasa dan cuaca baik purata kelajuan pemanduan adalah pada kadar 120KMH dan boleh sampai dalam masa 3 jam sahaja dari pintu TOL Juru Ke Pintu Tol Guthrie tidak termasuk berhenti rehat, makan @ solat fikir hatiku.
Satu kebiasaan rutin penjagaan kenderaan amat dititik beratkan untuk menjaga prestasi kenderaan. Hal ini termasuklah pengantian minyak hitam, tayar dan sebagainya. Semasa kemalangan berlaku aku baru menukar 2 biji Tayar Hadapan berjenama BRIDGESTONE HT kira-kira sebulan sebelum pada itu. Tayar berharga RM550.00 sebiji dan amat sesuai untuk kegunaan dipermukaan jalan dan lebih senyap. Aku memilih "Bunga" tayar yang bertoleransi dengan hujan di atas jalanraya. Ternyata ia menjadi padah pertama bila aku yakin kepada makhluk, Sesungguhnya makhluk tiada kuasa, Allah yang Maha Kuasa. Ingat Allah selalu pasti berbaloi-baloi kerana segala yang berlaku atas izinNya. Maklumlah waktu itu jahil. Bila dah pasang tayar baru pasti mencengkam jalan fikirku. Justeru tak salah jika bawa kenderaan laju sedikit semasa hujan. Rupanya silap besar & Allah berikan aku hadiah pengajaran terbaik untuk direnungi hingga akhir hayatku...
Sejurus sebelum kejadian kemalangan hujan mula turun mencurah - curah bermula daripada TAPAH dan aku mula mengambil langkah waspada dengan mengekalkan kelajuan pada kadar 120KMH. Aku memandu di lorong tengah bagi mengambil langkah berhati - hati. Setibanya di KM 381 selepas BEHRANG dan beberapa KM dengan pintu TOL TANJUNG MALIM tiba - tiba aku dapati tayar kenderaan tidak mencengkam jalan seperti biasa dan tergelincir pada kelajuan 120KMH. Kereta mula mengiring kekiri dan aku tidak lagi ada kawalan penuh keatas kenderaan... seterusnya lebih kurang 4-5 saat akhirnya kereta menghentam ke kiri jalan dan bergulung 360 darjah. Nasib aku sangat baik kerana mengenakan tali pinggang keledar dan semasa kejadian juga tidak melibatkan mana-mana kenderaan atau berlaku kecelakaan. Jika tidak pasti semakin panjang ceritanya
Pandangan Hadapan Kereta Casis dan Kabin Yang Rosak Teruk |
Apapun Alhamdulillah aku selamat walaupun kereta tidak lagi boleh di selamatkan kerana KABIN dan CHASIS mengalami kerosakan teruk. Hal ini akan menimbulkan masalah KESIMBANGAN kenderaan ini pada masa hadapan. Kereta telah di TOTAL LOSTKAN dan aku memperolehi claim insurans sebulan setengah dari tarikh kejadian. Apa yang di lakukan seterusnya adalah menggunakannya sebagai DOWN PAYMENT untuk membeli 3 unit rumah lagi. Aku teah applykan TEKNIK LAVERAGE dan kemudian POSITIVE CASH FLOW akan di gunakan untuk membiayai bayaran bulanan kereta baru
UNTUK MAKLUMAN kereta ini telah dijual oleh pihak Insuran dan di Tender semula kepada pembeli dikalangan kedai-kedai repair kereta. Selepas siap dibaiki kereta ini akan masuk semula kepada USED CAR untuk dijual di pasaran terbuka... MEMANG LICIK. Kepada anda diluar sana BERHATI-HATI dan buat semakan CLAIM INSURANS dengan JPJ jika berhajat membeli kereta second hand di pasaran. Juga <BERHATI-HATI DI JALANRAYA><INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG><BIAR LAMBAT ASALKAN SELAMAT> memang sangat berbaloi untuk dituruti
No comments:
Post a Comment