Sunday 30 June 2019

SERVIS AIRCOND 1.5HP CUMA RM17.00

*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ *GUIDE TO INVESTING





YORK 1.5hp

Peralatan diperlukan -
1. Cecair cuci(beli di DIY)
2. Screw driver 
3. Vakuum
4.Berus 
5.Sabun Cuci

Bahan-bahan yan diperlukan


Kos servis aircond ikut size hp(horsepower @kuasa kuda) aircond berkenaan. Makin besar hp makin tinggi harga dikenakan. Tu belum extra charges yang biasa dikenakan masa servis aircond seperti kebocoran gas, gas kurang, ganti sparepart dan sebagainya. Hujungnya setiap kali servis aircond cecah sampai 2,3 hingga RM400.00 jugalah sebuah aircond.
Harini abam rajin servis indoor unit aircond sendiri. "Benda boleh buat sendiri buat apa panggil orang".
Lepas cuci nampak baru kan

1. Cuci filter
Buka penutup indoor unit dan keluarkan filter yang menghalang udara masuk ke condensor koil. Cuci dengan air. Habuk-habuk halus terlekat pada penapis turut tertanggal. Biarkan kering

Merelit


2. Cuci cover aircond
Biasa abam berus kawasan tebal dengan habuk. Kalini geram lihat habuk kat dalam cover makin tebal. Abam buka indoor cover bawa cuci sekali dengan filter. Puas hati. Lebihan habuk melekat di indoor unit gunakan vakuum dengan lemah lembut. Usah sampai terkena atau rosakkan bilah coil

Kasi spray habuk-habuk halus yan terkumpul


3. Part akhir Cuci Condenser Coil
Kos spray pencuci coil cleaner cuma sekitar RM17.00 sahaja satu tin. Ada yang lebih murah tergantung citarasa masing-masing. Selepas vakuum spray dengan benda alah ni untuk memerangkap habuk

4. Blower Fan 
Dalam indoor unit jika habuk tebal boleh guna berus gigi atau berus cat untuk sapu. Elakkan guna air habis habuk tambah melekat nanti

5. Outdoor Compressor Coil
Part ni mencabar sedikit. Sebab unit outdoor kat luar rumah. Jika pasang compressor di dalam jangkauan. Unit masih boleh cuci sendiri. Jika tinggi sangat usah ambil risiko. Abaikan saja atau panggil mereka yang mahir mengerjakannya. Siapa suruh pasang outdoor unit jauh-jauh..haha. Tembak compressor coil dengan air agar habuk yang melekat keluar. Jika boleh buka cover dan sental habuk yang melekat dengan berus plastik.

Yeyy macam baru semula


Dah siap boleh pasang semula cover indoor unit dan masukkan filter. Pasang semula plug dan on aircond. Lepas cuci masih tak sejuk berkemungkinan gas habis. Boleh tambah gasnya. Selamat mencuba!

Wednesday 20 February 2019

PELABUR BIJAK TAHU LABUR DI TEMPAT PALING UNTUNG

*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ *GUIDE TO INVESTING
"Ruang bacaan, home teater, set ruang tamu atau dapur boleh peruntukkan belanja yang tinggi hingga mencecah ribuan ringgit untuk dapat hasil terbaik"
"Tapi ruang khusus tempat solat dan tempat munajat kepada Rab sekalian alam di dalam rumah tak pula beriya-iya sediakan untuknya"
.
.
.
.
Kata abam pada diri sendiri masa berkesempatan melihat ruang solat didalam rumah teman  hingga buatkan abam jatuh cinta.

Abam nekad nak sediakan ruang solat khusus macamtu juga kat dalam rumah. Sebelum ni bukan tak ada. Tapi ruang solat yang ada biasa-biasa jer. Malah macam biasa selalu kalah dengan hiasan dan peruntukan belanjawan ruang dapur atau ruang tamu. Kali ini abam akan buat beberapa perubahan di ruang solat dalam rumah ditata seindah mungkin agar hati senang berlama-lama di ruang yang dikhusukan dan lebih selesa. Semoga Allah menganjari "niat" yang baik dan mudahkan segala urusan. Yang penting pasang niat dan buat dulu. Manfaatkan sebaiknya. Paling tak dah tertulis pahala bagi niat yang baik
.

Teringat kisah yang diceritakan  seorang ustaz. Beliau menceritakan bagaimana menjadi kebiasaannya tempah beberapa helai jubah yang paling cantik dan  mahal harganya semata-mata hanya untuk digunakan solat  dirumah. Jubah ini khas dan tak dipakai diluar dari rumah. 
.

Pengajaran yang perolehi... "kita sering berkira-kira urusan dengan Allah. Tapi Allah tak berkira urusan dengan kita. Sedangkan sebagai hamba kita yang sepatutnya tidak berkira-kira urusan dengan Allah SWT kerana banyaknya "nikmat" yang dianugerahkanNya 😢

Semoga sukses menjadi pelabur dunia dan akhirat. Aamiin

Saturday 10 March 2018

Pelaburan Hartanah : Cari Jalan Bukan Cari Alasan

*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ *GUIDE TO INVESTING


Fikirkan & Jalani Hidup Ini Dengan Positive Anda Pasti Akan Bertemu Jalannya..

Ada orang selalu cari alasan
Sementara segelintir sentiasa cari jalan
.
Tapi kali ni abam tak sangka betul unit kedai 2 tingkat setinggi 40 kaki boleh naik guna tangga 12 kaki


"Find a way not an excuse"

#carijalanbukancarialasan

Pelaburan Hartanah Adalah Perniagaan Yang Sangat Menguntungkan

*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ *GUIDE TO INVESTING

Unit Soho Shah Alam

Pelaburan unit Hartanah perlu diurus seperti menguruskan Perniagaan dengan "maximumkan sumber" yang ada sebaiknya

CONTOH :- Unit sewa tiada penyewa kerana faktor permintaan semakin kurang dan persaingan
.
Beberapa pilihan boleh dibuat untuk wujudkan permintaan(create demand) ke atas unit anda. Antaranya rendahkan kadar sewa dengan promosi syarat tertentu dan sebagainya. Selepas beberapa tempoh ad
a penyewa dan semakin ramai yang minat sewa. Anda boleh mula naikkan kadar sewa perlahan-lahan. Jika kadar sewa standard tapi masih kurang orang minat. "Make up" unit tersebut dan letak aksesori serta kemudahan yang penyewa perlukan. Ini antara beberapa pilihan yang boleh dilakukan dari bermacam cara yang ada
.
Dalam hal ni landlord perlu fleksible dan sentiasa perhatikan kehendak pasaran

Dapat untung kecil jauh lebih baik dari biarkan unit kosong & aliran tunai -ve adalah falsafah bisnis yang berbaloi dituruti

*Gambar sekadar hiasan

#laburhartanahadalahperniagaan

Sunday 28 January 2018

TAHUN 2018 DAH ADA UNIT TERES 2 TINGKAT RM300K LOKASI SELANGOR

*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ *GUIDE TO INVESTING

Tahun 2018 : BILA PASARAN OVER SUPPLY MARKET ADJUSTMENT AKAN BERLAKU
================
 
Tahun 2018 Ada Teres 2 Tingkat New Development  Berharga RM300K++
Harga hartanah New Development untuk unit teres 2 tingkat awal tahun 2018 semakin menarik. Jika beberapa tahun sebelum ni rata-rata benchmark harga unit teres 2 tingkat di sekitar KL/Selangor dijual pada harga RM500K+-. Masa tu nak jumpa unit teres 2 tingkat harga bawah RM400K hampir mustahil. Kini tidak lagi. Berapa lama adjustment harga akan bertahan entahlah..
.
Antara punca utama penurunan harga ini disebabkan lebihan penawaran di pasaran. Di mana unit baru siap semakin bertambah dan banyak yang tidak terjual. Keadaan ini sekaligus memaksa pemaju untuk memenuhi keperluan dan permintaan pasaran dengan melakukan market adjustment. Salah satu langkah sementara yang diambil adalah menawarkan harga lebih menarik dan mampu milik kepada pembeli dengan design serta pakej menarik seperti beli rumah dapat pakej menunaikan Umrah percuma etc
.
Kini dah ada unit teres rumah bandar 2 tingkat  ditawarkan pada harga RM300K++(harga permulaan). Pemaju berpengalaman dipasaran hartanah. Unit ditawarkan gated & guarded. Kepada yang sedang mencari  rumah idaman untuk diduduki unit seperti ini boleh menjadi pilihan menarik terutama landed property
.
Senario ni menunjukkan beli awal tak semesti lebih menguntungkan daripada beli kemudian. Walaupun beli awal lebih banyak manfaatnya. Yang penting sesuai dengan keperluan dan situasi sendiri

Thursday 11 January 2018

URUS RISIKO PELABURAN UNIT HARTANAH ANDA

*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ *GUIDE TO INVESTING


Pastikan Anda Tapis Setiap Maklumat Yang Diperolehi Sebelum Buat Keputusan Melabur... Adalah Langkah Bijak

Buat keputusan pelaburan bukan macam berjudi
.
Sebelum buat keputusan untuk melabur buat homework yang bersesuaian kerana keputusan betul & tepat sangat penting. Dapatkan fakta tepat & boleh dipercayai
.
Silap buat keputusan bukan senang nak dapat semula wang yang dilaburkan. Contoh :- Tersilap beli unit hartanah yang dijangka dapat Roi sewa tinggi atau keuntungan subsale lumayan tapi sebaliknya
yang berlaku
.
Nak cairkan(jual semula) unit hartanah tu bukan senang terutama bila semakin banyak unit menarik diluar sana. Justeru selain pengurusan risiko yang baik menguruskan kemungkinan-kemungkinan risiko yang berlaku. Pastikan setiap keputusan yang dibuat juga adalah calculated risk

Friday 13 October 2017

NAK BELI PERABOT MURAH? SINI LUBUKNYA. BOLEH JIMAT RIBU-RIBU WOO!

*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ *GUIDE TO INVESTING


NAK BELI PERABOT MURAH? SINI LUBUKNYA. BOLEH JIMAT RIBU-RIBU WOO!


Image may contain: people sitting, living room, table and indoor
Pusat Borong Terbesar di Guanzhao Dengan Harga Murah
Saya kini berada di Foshan, China. Naik flight turun kat Guangzhou kemudian naik teksi selama 1 jam. Tujuan saya ke sini ialah untuk membeli perabot-perabot murah bagi melengkapkan rumah baru saya yang bakal selesai renovation nya awal bulan depan.
.
Ada satu tempat dalam Foshan ni yang sangat-sangat best. Apa perasaan anda bila nampak meja office macam kat IKAE (bukan nama sebenar) RM1,500 tapi kat sini cuma RM260 je? Atau sofa FFS (pun bukan nama sebenar) yang RM4-5k dijual RM1-2k di sini? Or set bilik tidur maharaja yang RM7-8k, kat sini baru RM2-3k? Mesti rasa nak nangis kan? Huhuhu...
.

Image may contain: outdoor
Salah Satu Plaza Perabot Menjadi Pilihan

Ya begitulah realitinya di sini. Itu baru satu barang tu. Kalau anda beli banyak memang puluh ribu gak jimatnya. Memang benar bagai dikata, di sini semuanya murah berkali-kali ganda. Selepas tolak flight, hotel dan shipping cost anda masih jimat banyak. Syaratnya kena beli banyak barang lah baru berbaloi. Hotel + flight dalam RM1,600 pergi balik 5 hari 4 malam.
.
Cakap lah nak cari apa, segala mak nenek perabot ada jual kat sini dalam satu kawasan seluas 10 kilometer! Tak larat nak explore semua pasal banyak giler! Barang yang dijual di Malaysia semua ada kat sini, malah trend trend terbaru pun ada. Lampu chandellier 18 bulb saya beli ni baru RM1,300 (2000 yuan). Kat Malaysia easily RM3-4k untuk lampu besar macam tu. Kristal tu, bukan kaca. Sinaran dia jauh beza.
.
Soal makan jangan risau. Restoran halal ada kat sini. Nasi goreng dalam RM7 je. Soal penghantaran dari Foshan ke Malaysia kita boleh guna khidmat Borong China Services & Trading . Around 1 bulan barang sampai. Beli barang pun kalau stok takde kita perlu bayar deposit 30% je. Then balance bila stok ready minta tolong BCST bayar & arrange shipment bila kita dah balik ke Malaysia.
.
Oh ye apakah nama tempat tu? Namanya LECONG FURNITURE MARKET. Tempat lain dalam Foshan ni banyak lagi tapi mahal. Kat area Lecong ni je murah.
.
Tolong SHARE & TAG kawan-kawan ye, especially yang baru nak pindah rumah tu. Ramai lagi yang tak tahu pasal lubuk perabot ni.
.
SOALAN-SOALAN YANG SERING DITANYA:
.
1) Kat mana ni? Macam mana nak ke sana?

Kat Lecong Furniture Market, dalam Foshan. Naik flight turun di Baiyun Airport (Guangzhou), kemudian naik teksi direct ke Lecong dalam 1 jam perjalanan. Tambang dalam 200-300 yuan (RM130-195). Kos flight around RM500-800+ sehala.
.
Anda perlukan Visa untuk masuk China. Caj buat Visa RM150. Kalau buat sendiri dekat RM90 gak. Better suruh agensi tolong buat lagi senang. Seeloknya 2 minggu sebelum pergi dah kena submit.
.
2) Hotel yang terdekat?
.

Image may contain: night and indoor
Hotel Yang terdekat Dengan Pusat Perabot

Rujuk gambar ya. Dari hotel ni jalan kaki je ke Lecong tu. Foshan ni tak ada apa-apa yang menarik pun. Datang beli perabot pastu balik je lah. Rate hotel dalam RM100+ je.
.
3) Ada restoran makanan halal tak kat sana?
.

Image may contain: food
Nasi Goreng Cina Original Halal

Ada dua, di kiri dan kanan jalan. Kalau nasi goreng tu 13 yuan je (RM8). Tapi saya nasihatkan elok bawa makanan sendiri dari Malaysia lah sebab takut rasa masakan diorang tak kena dengan selera tekak anda huhuhu...
.
4) Betul ke diorang tak pandai cakap English?
.
Ya, memang betul tapi tak semua. Ada juga yang faham basic english. Penyelesaiannya mudah saja, install apps Google Translate. Taip kat situ apa anda nak tanya, lepas tu nanti dia taip balik kat handphone anda. Make sure keyboard tu dah set Chinese (simplified) siap-siap ye. Diorang cakap Mandarin. Kalau anda pandai cakap Mandarin memang ia satu kelebihan besar.
.
5) Harga memang murah giler ke kat sana?
.

Image may contain: people sitting and indoor
Murah Giler Bagi siapa yang selalu buat perbandingan harga

Yup, memang murah giler! Tengok je lah contoh perbandingan harga sofa & bedroom set tu. Itupun tak nego betul2 (disebabkan kekangan bahasa). Tapi saya perhatikan kalau barang hiasan dalaman (cermin, pasu dsb) tak jauh beza dengan Malaysia.
.
Satu lagi, anda hanya perlu bayar deposit sahaja. 5-30% dari total purchase. Balance hanya perlu dibayar bila stok dah ready untuk dihantar ke port di Guangzhou. Anda boleh gunakan Telegraphic Transfer atau nak lagi senang, gunakan saja khidmat agent.
.
6) Macam mana flow nak beli barang ni?
.
Pilih nak beli apa > bayar deposit > ambil resit dan tunggu barang dah ready untuk dihantar ke port Guangzhou > bayar balance & caj penghantaran > barang sampai port Guangzhou untuk pengumpulan dan inspection > hantar melalui kapal ke Port Klang dan seterusnya ke rumah anda
.
7) Caj penghantaran berapa? Kena bayar cukai kastam atau caj-caj lain? Bila barang boleh sampai?
.
Ni soalan popular, hahaha. Caj penghantaran murah je, RM390 per cubic meter (1m x 1m x 1m). Kalau sofa mungkin makan ruang 2 cubic meter. Caj ni dah termasuk cukai dan lori ke pintu rumah anda dah. (Ground floor sahaja ye)
.
Caj-caj lain ialah kos penghantaran dari Lecong ke Guangzhou. Ini bergantung kepada berat, saiz dan kuantiti. Kalau beli banyak mungkin mereka tak caj. Barang saya beli, kadar nya 80 - 500 yuan setiap satu.
.
Barang dijangka sampai dalam tempoh 3 minggu setelah keluar dari Guangzhou, tertakluk kepada kelancaran pemeriksaan kastam.
.
8) Macam mana saya nak pastikan barang saya dapat tu memang ikut apa saya nak? Takut beli lain tapi sampai lain pulak.
.
Senang je, dont worry. Anda dinasihatkan ambil khidmat inspection atau pemeriksaan barang di Guangzhou. Agent boleh tolong, caj 3% sahaja dari harga barang. Kalau tak sama spec macam yang dibeli mereka akan suruh supplier tukar. Semua barang dah ok baru diorang akan hantar ke Malaysia.
.
9) Tak takut kena tipu ke beli barang kat sana?
.
Untuk kurangkan risiko kena tipu tu lah kena guna khidmat inspection tu. Anyway, setuju kan kalau saya kata peniaga Malaysia atau China, dua-dua pun kita boleh menipu juga. Kan? Hehehe 😅
.
Terima kasih, semoga bermanfaat 😊
.
Info lanjut boleh terus hubungi page ni yer. Servis tip top (https://www.facebook.com/BorongChinaServices)
.
.
KHALID HAMID @ ABANG LID
www.perabotmurahchina.com