Sunday 30 June 2019

SERVIS AIRCOND 1.5HP CUMA RM17.00

*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ *GUIDE TO INVESTING





YORK 1.5hp

Peralatan diperlukan -
1. Cecair cuci(beli di DIY)
2. Screw driver 
3. Vakuum
4.Berus 
5.Sabun Cuci

Bahan-bahan yan diperlukan


Kos servis aircond ikut size hp(horsepower @kuasa kuda) aircond berkenaan. Makin besar hp makin tinggi harga dikenakan. Tu belum extra charges yang biasa dikenakan masa servis aircond seperti kebocoran gas, gas kurang, ganti sparepart dan sebagainya. Hujungnya setiap kali servis aircond cecah sampai 2,3 hingga RM400.00 jugalah sebuah aircond.
Harini abam rajin servis indoor unit aircond sendiri. "Benda boleh buat sendiri buat apa panggil orang".
Lepas cuci nampak baru kan

1. Cuci filter
Buka penutup indoor unit dan keluarkan filter yang menghalang udara masuk ke condensor koil. Cuci dengan air. Habuk-habuk halus terlekat pada penapis turut tertanggal. Biarkan kering

Merelit


2. Cuci cover aircond
Biasa abam berus kawasan tebal dengan habuk. Kalini geram lihat habuk kat dalam cover makin tebal. Abam buka indoor cover bawa cuci sekali dengan filter. Puas hati. Lebihan habuk melekat di indoor unit gunakan vakuum dengan lemah lembut. Usah sampai terkena atau rosakkan bilah coil

Kasi spray habuk-habuk halus yan terkumpul


3. Part akhir Cuci Condenser Coil
Kos spray pencuci coil cleaner cuma sekitar RM17.00 sahaja satu tin. Ada yang lebih murah tergantung citarasa masing-masing. Selepas vakuum spray dengan benda alah ni untuk memerangkap habuk

4. Blower Fan 
Dalam indoor unit jika habuk tebal boleh guna berus gigi atau berus cat untuk sapu. Elakkan guna air habis habuk tambah melekat nanti

5. Outdoor Compressor Coil
Part ni mencabar sedikit. Sebab unit outdoor kat luar rumah. Jika pasang compressor di dalam jangkauan. Unit masih boleh cuci sendiri. Jika tinggi sangat usah ambil risiko. Abaikan saja atau panggil mereka yang mahir mengerjakannya. Siapa suruh pasang outdoor unit jauh-jauh..haha. Tembak compressor coil dengan air agar habuk yang melekat keluar. Jika boleh buka cover dan sental habuk yang melekat dengan berus plastik.

Yeyy macam baru semula


Dah siap boleh pasang semula cover indoor unit dan masukkan filter. Pasang semula plug dan on aircond. Lepas cuci masih tak sejuk berkemungkinan gas habis. Boleh tambah gasnya. Selamat mencuba!

No comments: