Wednesday, 29 May 2013

JIHAD EKONOMI

Assalamualaikum w.t.w dan Salam Sejahtera diucapkan..

Mengapa berbelanja di kedai MUSLIM adalah lebih baik..

Pertama adalah lebih afdal jika sekiranya kita BERBELANJA di kedai atau perniagaan yang diusahakan oleh MUSLIM atau yang beragama ISLAM. Kedai makan misalanya : Jika sekiranya kita makan di kedai makan milik seorang MUSLIM. Sebagai MUSLIM yang bertakwa dan percaya kepada adanya hari pembalasan, beliau sudah pasti akan menawarkan beraneka makanan dari sumber yang SUCI BERSIH lagi TIDAK MERAGUKAN. Hal ini adalah kerana peniaga ini tadi sudah pasti akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak dengan hidangan yang dihidangkan kepada para pelanggan. Sekecil -kecil perkara yang terlibat di dalam penyediaan makanan akan diambil kira. Justeru tanggungjawab untuk mendapatkan KEUNTUNGAN dan menyediakan hidangan HALAL dan SUCI yang sepatutnya adalah sama berat.

http://youtu.be/_4kcV6KKubg
Berbanding jika sekiranya kita berbelanja minum kopi dan menikmati hidangan nasi Ayam di kedai BUKAN ISLAM tetapi meletakkan logo HALAL. Timbul pertanyaan di dalam diri adakah "HALAL" sebagai PELARIS kepada Umat ISLAM atau pun lebih daripada itu tanggungjawab yang lebih besar iaitu menyediakan MAKANAN YANG HALAL, DARI SUMBER YANG BERSIH dan SUCI... Tepuk dada tanya IMAN anda :)

      
Seterusnya seseorang peniaga MUSLIM yang telah berjaya akan mengeluarkan ZAKAT. ZAKAT ini akan diagih-agihkan kepada 8 golongan yang layak menerimanya. Putaran EKONOMI ini akan lebih sempurna  kepada setiap MUSLIM apabila memahami KEPENTINGAN dan HIKMAHnya..
     



Sekian sahaja untuk kali ini. Mana yang baik datang dariNya..

Friday, 10 May 2013

BAHAYA FITNAH

BAHAYA FITNAH
ISLAM mempunyai kaedah lebih ketat bagi memastikan kebenaran sesuatu berita supaya tidak terperangkap dengan berita berunsur fitnah. WAJIB bagi Muslim menghalusi setiap berita diterima supaya tidak terbabit dalam kancah berita berunsur fitnah. Sebarang berita diterima perlu dipastikan kesahihannya. KEBIJAKSANAAN dan KEWARASAN fikiran amat penting digunakan bagi memastikan tidak terpedaya dengan berita berunsur fitnah.

Firman Allah bermaksud: (“Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Banyak pihak yang turut terbabit menyebar fitnah sebenarnya tidak mempunyai sebarang kepentingan berkaitannya. Tetapi, disebabkan amalan menyebar fitnah sudah menjadi kebiasaan, banyak yang turut menyertainya dan seperti mendapat kepuasan daripada perbuatan itu. Fitnah biasanya disebarkan bertujuan memburukkan individu atau kumpulan. Pada masa sama, perbuatan itu dapat menonjolkan dirinya sebagai lebih baik dan lebih layak berbanding orang yang diburukkan itu.

DOSA membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu. Mungkin ramai menyangka perbuatan menyebarkan berita fitnah sekadar satu kesalahan kecil. Sebab itu, perbuatan seumpamanya dilakukan seperti tiada apa merugikan.

Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi MUFLIS di akhirat nanti.

Penyebar khabar angin biasanya menyebut perkataan ‘dengar khabar’ mengenai berita yang disebarkan. Bagaimanapun, apabila berita tersebar daripada seorang ke seorang, maklumat yang belum sahih itu sudah hilang dan kemudian disebarkan seperti berita benar. Dalam Islam, sesuatu berita benar tetap tidak boleh disebarkan jika orang yang berkaitan cerita itu tidak mahu ia disebarkan kepada orang lain. Menyebarkan berita benar tetap dilarang, inikan pula menyebarkan berita tidak benar.

IMAM GHAZALI dalam buku IHYA ULUMUDDIN menjelaskan perbuatan membocorkan rahsia orang lain dan menjejaskan kehormatannya dengan cara membuka rahsianya yang tidak mahu diketahui orang lain dianggap sebagai perbuatan mengadu-domba dan fitnah.

Mengenai berita benar dan berita tidak benar yang disebarkan tanpa kebenaran atau kerelaan orang berkaitan, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah (mengumpat)?

Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.
Lalu Baginda meneruskan sabdanya: Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya.
Lalu ditanya oleh seorang sahabat: Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya?’
Rasulullah bersabda lanjut: “Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)

Larangan mencari dan membocorkan rahsia orang lain jelas dilarang Allah seperti dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: “Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain.” (Surah al-Hujurat, ayat 12). Justeru, setiap Muslim perlu bijak menilai sesuatu berita bagi mengelak daripada menerima dan kemudian menyebarkan sesuatu berita berunsur fitnah.

Perkara pertama perlu diberi perhatian untuk memastikan KESAHIHAN BERITA ialah memastikan SUMBER BERITA, yakni siapakah yang mula menyebarkan berita dan rantaian orang yang membawa berita itu.
Umat Islam tentu tidak lupa pada sejarah menyebabkan kematian khalifah ketiga kerajaan Islam di Madinah iaitu Uthman Affan, yang berpunca daripada fitnah disebarkan kumpulan ekstremis agama.
Penyebaran fitnah turut menjadi penyebab kepada peperangan sesama Islam atau perang saudara ketika zaman pemerintahan Saidina Ali dan zaman selepas itu. Fitnah juga meruntuhkan kekuatan Bani Umaiyah malah, sejarah kejatuhan empayar besar kerajaan Melayu Melaka tidak terkecuali kerana fitnah.

Justeru marilah kita sama-sama menjauhi perbuatan FITNAH dan jaga KOLAM dengan air yang jernih dingin dan dapat dinikmati oleh ramai orang. Sesungguhnya UBAT bagi penyakit hati ialah dengan memperbanyakkan TAUBAT dan BERZIKIR

Thursday, 9 May 2013

Menjaga KESIHATAN juga merupakan satu JIHAD..

Assalamualaikum dan salam sejahtera
 
 
Pada hari ini KESIHATAN yang baik amat penting. Jika anda sihat dari segi fizikal anda akan dapat membantu kesihatan EMOSI dan ROHANI anda... inshaAllah. KESIHATAN yang baik juga ibarat anda KAYA dan anda sudah mempunyai REZEKI yang bagus. Jadi manfaatkanya dengan sebaik-baiknya dan ingatlah masa SIHAT sebelum anda SAKIT.
 
 
KESIHATAN yang baik pada hari ini banyak bergantung kepada lifestyle anda. Apa yang anda makan, tabiat pemakanan, tabiat tidur, tabiat otak anda bekerja, berfikir atau memandang sesuatu dengan pandangan positif atau sebaliknya dan akhir sekali tabiat anda menjaga tubuh badan anda dengan bersenam ataupun aktiviti luaran "OUTDOOR" atau pun bersukan. Kesihatan yang baik amat perlu dan penting kerana banyak perkara anda dapat lakukan dengan tubuh badan yang sihat dan minda yang cergas. Wang anda pun tidak mengalir keluar akibat selalu ke klinik atau hospital malah anda boleh bekerja keras mendapatkan lebih banyak wang.
 
 
Apa yang saya ingin sentuh pada kali ini adalah  ramai di antara kita  yang gemar pergi bersenam di GYMNASIUM. hal ini kerana GYMNASIUM mempunyai peralatan yang lengkap dan suasana yang selesa untuk bersenam. Justeru apakah PERATURAN yang perlu anda tahu apabila hendak pergi bersenam ke GYMNASIUM???..  Peraturan pertama ke Gymnasium adalah anda perlu tahu apakah yang anda mahu?
 
      i) Anda mahu membina otot yang pejal di samping latihan kardiovaskular anda. ATAU
      ii) Anda hanya ingin melatih kardiovaskular anda dan dapatkan tubuh yang sihat
     
Persoalan ini penting kerana jika anda tidak tahu mengapa anda ke GYMNASIUM maka anda akan mudah keliru apa yang perlu anda lakukan apabila melangkah masuk ke sana. Pakaian apa yang bersesuaian, minuman atau makanan berkhasiat tertentu dan sebagainya. Akhirnya anda akan merasa mudah bosan kerana tidak tahu arah tuju anda. Malah anda akan mulakan aktiviti baru yang sangat tidak berfaedah apabila anda ke GYMNASIUM hanya untuk "Usya Aweks" dan akhirnya menjadi "hangat-hangat tahi ayam". Jadi teruskan fokus anda.. 
 
Jika anda mahu kurus atau sebaliknya inginkan otot badan anda menjadi pejal, berketul-ketul atau berulas-ulas. Senaman tertentu yang spasifik perlu anda lakukan dengan disiplin dalam tempoh masa tertentu. Barulah hasilnya akan MAKSIMUM dan OPTIMUM. Jika tidak tahu jangan cuba-cuba. Anda perlulah bertanya atau mendapatkan jurulatih peribadi untuk melatih anda dengan latihan tertentu, memantau perkembangan fizikal anda. Akhirnya mendapat result seperti yang anda kehendaki. Dilarang membina otot anda tanpa nasihat jurulatih berpengalaman. Hal ini dikhuatiri anda akan membina otot anda secara tidak seimbang... Ada yang besar, lendut dan kendur...ohh sangat tidak memuaskan :)
 
Selamat berhasil dan Selamat Maju Jaya

Thursday, 2 May 2013

Bagaimana Saya Terlibat di Bidang PELABURAN HARTANAH


Assalamualaikum wtw dan Hi kepada anda semua. 
Saya doakan semoga anda KAYA anda BERJAYA mendapat RAHMAT dan KEAMPUNANNYA selalu hendaknya.

Salam perkenalan daripada saya HUZAIFAH B ABDULLAH SANI.Disini saya ceritakan serba sedikit latarbelakang diri saya dan bagaimana saya boleh terlibat di dalam PELABURAN HARTANAH.  Saya di lahirkan di Hospital Besar Melaka. Saya pernah bersekolah di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Kelantan sebelum menyambung pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) dalam Bidang Pengurusan Perniagaan dengan Kepujian. Tamat pada tahun 2000 saya diterima bekerja di sebuah syarikat Pembinaan dan Pembangunan Hartanah Bumiputera Kelas A di Wangsa Maju. 



Disinilah bermula keterlibatan saya di dalam proses berkaitan HARTANAH apabila saya diletakkan di Unit Perundangan Syarikat dan bertanggungjawab menguruskan hal ehwal berkaitan urusan pembelian aset-aset syarikat seperti pembelian bangunan, rumah, kedai, pembelian tanah untuk tujuan pembangunan dan sebagainya. Pendedahan juga dapat diperolehi apabila saya bertanggungjawab mengendalikan isu-isu "litigation' syarikat dengan peranan sebagai pegawai penghubung kepada panel Guaman syarikat. Pada masa itu saya adalah antara pegawai muda yang telah diserap masuk kedalam Syarikat bersama kakitangan yang lain antaranya ialah HJ. MOHD ASRI Pengasas dan CEO LIFE RICH SDN BHD XPOWER CAFE etc. Kami merupakan rakan sekerja tetapi berlainan Unit. Bakat dan Kecemerlangan HJ MOHD ASRI telah terzahir pada masa itu melalui sikap, cara kerja dan gayanya. Sebab itu pada hari ini saya telah mendaftar untuk menjadi salah seorang daripada PELAJAR beliau di dalam Program SMART INVESTOR TALK(SIT) anjuran RICHWORKS. 

 Apa yang telah menekan butang di dalam diri saya untuk benar - benar seruis di dalam Pelaburan Hartanah?? Saya kongsikan kepada anda kisahnya disini. Pada suatu masa beberapa tahun yang lalu saya bertemu dengan seorang rakan menceritakan keluarganya telah membeli sebuah rumah setingkat di Bangsar kira-kira 30 tahun yang lalu dengan harga RM35Ribu. Beliau dan adik beradik yang lain sepakat menjual rumah berkenaan setelah ibu dan bapa mereka telah tiada lagi.Pada masa tawaran jualan dibuka iaitu pada harga kira-kira RM900Ribu terdapat 12 orang pembeli berminat membeli dan dalam masa 1 bulan "the deal was over" dengan penawaran tertinggi berjaya membeli pada harga RM1.2Juta.

 PERSOALAN YANG BERLEGAR2 DI DALAM BENAK FIKIRAN SAYA: 
" Mengapa Sebuah Rumah?" "Jika ada 10 buah anda akan ada RM12Juta bukan"
Adakah anda fikir boleh mengumpulkan wang sebanyak RM12Juta?  Jika begitu mengapa hanya sepuluh buah rumah. Mengapa tidak membeli 50 buah rumah yang masih banyak di bawah harga pasaran sekarang ini kerana masih ramai yang belum tahu mengenainya. Keuntungan pertama yang boleh anda buat melalui Pelaburan Hartanah adalah apabila anda membeli dibawah pada harga pasaran. Persoalan - persoalan yang datang bertubi - tubi ini mula di tukar kepada satu TINDAKAN Drastik. Melabur di dalam Pelaburan Hartanah

Melalui PELABURAN HARTANAH MIMPI ANDA boleh menjadi KENYATAAN. Ia menjadikan anda seorang yang SEDERHANA dan BIJAK :)



Selamat Maju Jaya dan Selamat Mencuba





.: TIPS :.
POOR Dad always said "Work hard at school so you can get good grades. When you get good grades, you will be able to get a good job. Then you become a good hardworking man" (RICH Dad has other perspectives he used to say YOUR DAD IS A GOOD HARDWORKING MAN BUT HE WILL NEVER GET RICH IF HE CONTINUES TO THINK THAT WAY)
RICH Dad "you will work hard for PORTFOLIO INCOME and PASSIVE INCOME if you want to become RICH" 


NOTA : Apa yang diperlukan oleh ibu bapa dalam mendidik anak-anak kearah bijak menguruskan wang ada di atas. Terpulang kepada anda membentuk generasi seterusnya. 







Tuesday, 30 April 2013

PRU 13 Pilih Dengan BIJAK Untuk Masa Depan Negara

PRU13 :
 
 

 
Pilihanraya datang lagi.... Ini masanya anda di cari oleh Pemimpin - Pemimpin yang bertanding... :) Apa itu PILIHANRAYA?  Pilihanraya adalah proses pemilihan yang dijalankan melalui kertas UNDI. Pilihan rakyat Malaysia  untuk memilih PEMIMPIN yang akan di amanahkan mentadbir negara Malaysia. Membawa negara

ke arah Kemajuan, Keadilan dan membina negara dalam suasana AMAN DAMAI dan Menguruskan Ekonomi negara dengan sebaik-baiknya.

Saya tidak ingin mengomen tentang Parti mana yang anda harus pilih. Cuma saya berpesan PILIH DENGAN BIJAK dan PILIHAN DI TANGAN ANDA.
 
Bagaimanapun daripada pemerhatian yang dijalankan ada juga di kalangan kenalan dan sanak saudara yang tidak mendaftar sekaligus menafikan HAK untuk terlibat di dalam pemilihan PEMIMPIN yang akan membawa ASPIRASI anda dalam mentadbir NEGARA MALAYSIA yang dicintai. Perkara seperti ini amatlah malang sekali kerana SATU UNDI ANDA mampu membawa perubahan yang besar. Maka gunakanlah dengan BIJAK.
 
Selamat Mengundi dan semoga rakyat dan negaraku  Malaysia terus Aman Makmur dan Berdaya Maju. Peace
 

 

Wednesday, 24 April 2013

Strategi Melabur SHOP LOT & Skim Pencen

Salam dan bertemu lagi

MERANCANG KEWANGAN adalah perkara yang paling asas sebelum anda berhasrat untuk melangkah dari pendapatan tetap @ "MAKAN GAJI" kepada pendapatan tidak terhad iaitu "PERNIAGAAN". Rasullullah S.A.W pun bersabda bahawasanya 9 daripada 10 sumber rezeki adalah datangnya daripada PERNIAGAAN. Teringat MENTOR  Dr. Azizan Osman pernah berkata di dalam salah satu kelasnya.

"Ramai orang yang berhempas pulas keluar gelap dan pulang pun dah gelap kerana mengejar REZEKI yang 1 daripada 10 tu. Bekerja bersungguh-sungguh untuk orang"


Sentap dan padu ayat - ayat nih aduhhh... Bagaimanapun saya tidak bercadang mengulas panjang tentang isu ini pada entry kali ini. Saya ingin memfokuskan "BAGAIMANA PELABURAN HARTANAH ANDA BOLEH MENJADI SKIM PENCEN" yang sangat lumayan kepada anda?



Antara Pelaburan Hartanah yang sangat berpotensi adalah SHOP OFFICE atau pun SHOPLOT. Tidak ramai di kalangan "Orang Kita" yang boleh ke tahap ini atau berminat melabur SHOP OFFICE. Satu daripada sebabnya adalah "Makan Gaji", modal rendah, berisiko tinggi, tidak berani dan sebagainya. Hal ini kerana risikonya akan lebih tinggi jika sekiranya tiada penyewa selepas siap dan CF diperolehi. Memang benar Risiko dalam Pelaburan ini adalah tinggi namun pulangan kepada anda juga adalah lumayan... Rule of Thumb kepada pelaburan seperti ini memerlukan "HOLDING POWER" yang kukuh. Sekurang - kurangnya anda mampu survive selama 24 bulan tanpa penyewa.



Contoh Pengiraan :
Sebuah SHOP LOT unit tepi :-
i) Harga RM600,000.00(Unit Baru)
ii) Saiz Keluasan 3400sf
iii) Pembiayaan = RM480K
iv) Tempoh Pinjaman = *25 Tahun
v) Bayaran Bulanan = *RM3,000.00



Untuk SHOPLOT Pembiayaan adalah 80% daripada harga jualan ini bermaksud anda perlu menyediakan kira - kira 20% aliran tunai untuk mencapai hasrat anda. Holding Power bermaksud anda perlu mempunyai kemampuan membayar balik dengan pihak Bank pembiaya sebanyak RM3,000.00(24 Bulan) = RM72,000.00. Banyak bukan!? Tapi tak lah banyak sangat jika dibandingkan dengan harga kereta yang anda laburkan :)

Soalan : Berapakah kadar sewa bagi unit tepi seperti ini? Biasanya bagi unit baru seperti ini kadar sewa adalah RM7,000.00 - RM10,000.00sebulan.

Jika anda memperolehi sewa sebanyak RM7,000.00 sebulan ini bermakna anda sudah mula memperolehi Positive Cashflow sebanyak RM4,000.00 sebulan untuk beberapa tahun pertama. Hal ini kerana kadar sewa akan sentiasa naik dari semasa ke semasa. Katakanlah usia anda 35 Tahun pada masa sekarang dan anda adalah seorang Usahawan Berjaya atau seorang yang berkerjaya dan telah melangkah ke tangga Korporat. 25 Tahun akan datang bermakna usia anda adalah 60 Tahun agak tua jugalah jika hendak menikmati pencen daripada hasil sewaan SHOPLOT itu tadi. Jika anda berupaya menyelesaikan pinjaman kewangan anda dalam tempoh yang lebih singkat adalah lebih baik. Bagaimanapun selepas kira - kira 20 Tahun atau 25 Tahun daripada sekarang anda rasa berapakah kadar sewa Unit anda itu tadi? Mungkin RM20,000.00 sebulan atau mungkin lebih. Memang lumayanlah kepada seorang pesara untuk seunit Pelaburan SHOPLOT. Itu pun belum dicampur dengan nilai pasaran semasa unit yang anda beli pada masa itu. Katakanlah pada tahun 2020 Malaysia bergelar negara maju sudah tentu pasaran hartanah di LOKASI strategik diseluruh negara akan melonjak lagi berkali ganda.. Agak- agaknya berapakah harganya pada masa itu...:) katakanlah harganya RM3 @ 5 Juta seunit. Anda memang seorang oppurtunis + bijak . Justeru "Jika Tidak Dipecahkan Ruyung Manakan Dapat Sagunya".

Saya telah mencubanya bagaimanapun terdapat TIPS dan TEKNIK yang teknikal sedikit perlu anda gunakan untuk "Menguruskan Risiko" anda seperti mendapatkan pembiayaan sehingga 90%, tempoh pinjaman yang panjang, penentuan LOKASI, Holding Power dan menguruskan risiko tiada penyewa etc.
Selamat mencuba dan saya mendoakan anda yang berminat di dalam Pelaburan Hartanah bisa mencapainya dan semoga bermanfaat kepada semua. Terima kasih 
 


***Bagi anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Pelaburan UNIT SHOP LOT. Anda boleh membeli E BOOK seperti di atas ini. Catatan E BOOK ini lebih padat dan lengkap. Lebih penting saya turut berkongsi dengan anda di dalam E BOOK ini STRATEGI yang saya gunakan di dalam Pelaburan SHOP LOT dengan lebih terperinci. Bagi yang berminat memulakan pelaburan Unit SHOP LOT anda digalakkan mendapatkan E BOOK ini. Lebih baik anda melangkah dengan pasti daripada anda terpaksa memulakan langkah anda daripada "SIFAR" disebabkan silap langkah. Anda tidak mampu membuat keputusan yang salah di dalam PELABURAN HARTANAH kerana ia menuntut banyak masa, tenaga dan wang anda. Membuat keputusan yang salah melambatkan proses Kejayaan anda di dalam Pelaburan Hartanah.

Teruskan Pelaburan ILMU anda dan jangan kedekut untuk keluarkan sedikit Pelaburan bagi mendapatkan MAKLUMAT penting yang boleh mengelakkan anda daripada tersilap langkah atau mengalami kerugian lebih besar. Berminat boleh mendapatkan maklumat selanjutnya di link berikut :-


Saya doakan anda terus Sukses dan Maju Jaya di dalam Pelaburan Hartanah. ***WE ARE THE RESULTS OF OUR THOUGHTS AND ACTIONS

Thursday, 4 April 2013

SURABAYA mempunyai Barangan Yang lebih BERKUALITI dan MURAH berbanding BANDUNG




Catatan perjalanan; Tanggal 9hb Disember, 2012




Rumah Mode yg Mahsyur
Ruang Masuk Rumah Mode

Pemuzik Jalanan "Berbakat Besar"

Mengelamun..
Sedang menunggu "Mem" membeli belah di ruang menunggu yang disediakan di sebuah Factory Outlet... aku disapa oleh teman duduk yang disebelah. Sebelum itu aku telah bertanyakan padanya akhbar milik siapa yang ada di tempat yang bakal aku duduki disebelahnya disebuah kerusi panjang muat utk 4 org. Dia maklumkan "hak umum" lantas terus aku mengambilnya sambil melemparkan ...senyuman tanda "terima kasih"...Sambil menyelak helaian-helaian Akbar tempatan berkenaan sambil mata ku mencari berita berkaitan Tanah tumpahnya darahku Malaysia dan halaman sukan isu yang menjadi favourite... seketika kemudian "Bapak" disebelah ku memulakan perbualan dengan ku dalam bentuk Soalan. Beliau memancingku untuk memulakan perbualan dengan soalan bertanyakan tentang lokasi kantor TELEKOMSEL terdekat. Terkedu juga aku dibuatnya dengan pertanyaan bapak ini tadi. Dalam kotak fikiranku apa ya jawapan yang sesuai untuk dibalas kepada bapak ini tadi..


 Lantas aku pun membalasnya dengan jawaban "maaf Pak saya bukan berasal dari daerah sini " Lantas ditanya Bapak lagi dengan lebih lanjut "kamu dari mana"... Duhhh terpaksa aja aku maklumkan bahawasanya aku pelancong yang datang dari Malaysia, Shah Alam. Terus cerita kami bertambah rancak apabila "Bapak" ini menceritakan beliau pernah datang ke Petaling Jaya tak berapa lama dahulu kerana  berkursus di MAKTAB KERJASAMA lebih kurang 2 bulan.




 Sebenarnya sudah menjadi kebiasaan untuk aku cepat belajar percakapan dan beberapa gaya bahasa atau sebutan tempatan dimana-mana tempatt yang aku pergi malah ke Sepanyol, Madrid dan Granada pun tabiat ini masih sama. Kebiasaan ini bukan sahaja daripada segi bahasa daerah sesuatu tempat malah dari cara pemakaian juga sebolehnya tidak terlalu menonjolkan sangat perbezaan dengan orang tempatan. Di kota Bandung ini apabilal menjamu mata di pusat membeli belah apabila disapa oleh peniaga jalanan senang aje aku memberitahu dengan jawapan yang ringkas aku datang dari "Jambi" atau "Palembang". Begitu juga apabila bertanyakan soalah tentang barang yang ingin ku beli..perkataan2 tempatan yang familiar pendek dan ringkas akan aku gunakan. Banyak keistemewaannya :)...

 
Satu hal yang ingin dikongsi adalah "Bapak" ini tadi telah mempelawa ku untuk ke SURABAYA dan MALANG. Katannya ramai orang MALAYSIA datang ke Bandung untuk membeli belah. Tetapi syurga beli belah dengan KUALITI material yang lebih baik dan MURAH adalah di dua Kota yg disebutnya tadi. Terkejut juga apabila mendengar pandangan yang dilontarkan Bapak itu tadi. Terus aku mula bertanya "Mengapa Kualiti di Surabaya lebih murah berbanding Bandung padahal Kota kedua terbesar malah tersohor adalah Bandung".. "Itulah masalahanya mengapa barangan di Bandung lebih mahal dan kurang kualitasnya adalah gara - gara KOS ADVERTISEMENTnya tinggi"...sambungnya lagi "jika kamu ke Indonesia Kota Bandung yang terus dijual, dipasarkan dan diadvertisekan kepada orang luar, tapi kalau saya dan penduduk tempatan mahu membeli belah  misalnya di musim Perayaan besar di sana aja" Hmmm walaupun belum pernah menjejakkan kaki ke SURABAYA tapi aku rasa ada kebenarannya. Buat teman2 gue di Bandung atau pun pembaca - pembaca catatan gue yang pernah membeli belah di kedua-dua Kota ini apa pandangan anda.. — at Jalan Dago, Bandung.