Assalamualaikum dan salam sejahtera
Pada hari ini KESIHATAN yang baik amat penting. Jika anda sihat dari segi fizikal anda akan dapat membantu kesihatan EMOSI dan ROHANI anda... inshaAllah. KESIHATAN yang baik juga ibarat anda KAYA dan anda sudah mempunyai REZEKI yang bagus. Jadi manfaatkanya dengan sebaik-baiknya dan ingatlah masa SIHAT sebelum anda SAKIT.
KESIHATAN yang baik pada hari ini banyak bergantung kepada lifestyle anda. Apa yang anda makan, tabiat pemakanan, tabiat tidur, tabiat otak anda bekerja, berfikir atau memandang sesuatu dengan pandangan positif atau sebaliknya dan akhir sekali tabiat anda menjaga tubuh badan anda dengan bersenam ataupun aktiviti luaran "OUTDOOR" atau pun bersukan. Kesihatan yang baik amat perlu dan penting kerana banyak perkara anda dapat lakukan dengan tubuh badan yang sihat dan minda yang cergas. Wang anda pun tidak mengalir keluar akibat selalu ke klinik atau hospital malah anda boleh bekerja keras mendapatkan lebih banyak wang.
Apa yang saya ingin sentuh pada kali ini adalah ramai di antara kita yang gemar pergi bersenam di GYMNASIUM. hal ini kerana GYMNASIUM mempunyai peralatan yang lengkap dan suasana yang selesa untuk bersenam. Justeru apakah PERATURAN yang perlu anda tahu apabila hendak pergi bersenam ke GYMNASIUM???.. Peraturan pertama ke Gymnasium adalah anda perlu tahu apakah yang anda mahu?
i) Anda mahu membina otot yang pejal di samping latihan kardiovaskular anda. ATAU
ii) Anda hanya ingin melatih kardiovaskular anda dan dapatkan tubuh yang sihat
Persoalan ini penting kerana jika anda tidak tahu mengapa anda ke GYMNASIUM maka anda akan mudah keliru apa yang perlu anda lakukan apabila melangkah masuk ke sana. Pakaian apa yang bersesuaian, minuman atau makanan berkhasiat tertentu dan sebagainya. Akhirnya anda akan merasa mudah bosan kerana tidak tahu arah tuju anda. Malah anda akan mulakan aktiviti baru yang sangat tidak berfaedah apabila anda ke GYMNASIUM hanya untuk "Usya Aweks" dan akhirnya menjadi "hangat-hangat tahi ayam". Jadi teruskan fokus anda..
Jika anda mahu kurus atau sebaliknya inginkan otot badan anda menjadi pejal, berketul-ketul atau berulas-ulas. Senaman tertentu yang spasifik perlu anda lakukan dengan disiplin dalam tempoh masa tertentu. Barulah hasilnya akan MAKSIMUM dan OPTIMUM. Jika tidak tahu jangan cuba-cuba. Anda perlulah bertanya atau mendapatkan jurulatih peribadi untuk melatih anda dengan latihan tertentu, memantau perkembangan fizikal anda. Akhirnya mendapat result seperti yang anda kehendaki. Dilarang membina otot anda tanpa nasihat jurulatih berpengalaman. Hal ini dikhuatiri anda akan membina otot anda secara tidak seimbang... Ada yang besar, lendut dan kendur...ohh sangat tidak memuaskan :)
Selamat berhasil dan Selamat Maju Jaya
No comments:
Post a Comment