Catatan perjalanan; Tanggal 9hb Disember, 2012
|
Rumah Mode yg Mahsyur |
|
Ruang Masuk Rumah Mode |
|
Pemuzik Jalanan "Berbakat Besar" |
|
Mengelamun.. |
Sedang menunggu "Mem" membeli belah di ruang menunggu yang disediakan di sebuah Factory Outlet... aku disapa oleh teman duduk yang disebelah. Sebelum itu aku telah bertanyakan padanya akhbar milik siapa yang ada di tempat yang bakal aku duduki disebelahnya disebuah kerusi panjang muat utk 4 org. Dia maklumkan "hak umum" lantas terus aku mengambilnya sambil melemparkan ...senyuman tanda "terima kasih"...Sambil menyelak helaian-helaian Akbar tempatan berkenaan sambil mata ku mencari berita berkaitan Tanah tumpahnya darahku Malaysia dan halaman sukan isu yang menjadi favourite... seketika kemudian "Bapak" disebelah ku memulakan perbualan dengan ku dalam bentuk Soalan. Beliau memancingku untuk memulakan perbualan dengan soalan bertanyakan tentang lokasi kantor TELEKOMSEL terdekat. Terkedu juga aku dibuatnya dengan pertanyaan bapak ini tadi. Dalam kotak fikiranku apa ya jawapan yang sesuai untuk dibalas kepada bapak ini tadi..
Lantas aku pun membalasnya dengan jawaban "maaf Pak saya bukan berasal dari daerah sini " Lantas ditanya Bapak lagi dengan lebih lanjut "kamu dari mana"... Duhhh terpaksa aja aku maklumkan bahawasanya aku pelancong yang datang dari Malaysia, Shah Alam. Terus cerita kami bertambah rancak apabila "Bapak" ini menceritakan beliau pernah datang ke Petaling Jaya tak berapa lama dahulu kerana berkursus di MAKTAB KERJASAMA lebih kurang 2 bulan.
Sebenarnya sudah menjadi kebiasaan untuk aku cepat belajar percakapan dan beberapa gaya bahasa atau sebutan tempatan dimana-mana tempatt yang aku pergi malah ke Sepanyol, Madrid dan Granada pun tabiat ini masih sama. Kebiasaan ini bukan sahaja daripada segi bahasa daerah sesuatu tempat malah dari cara pemakaian juga sebolehnya tidak terlalu menonjolkan sangat perbezaan dengan orang tempatan. Di kota Bandung ini apabilal menjamu mata di pusat membeli belah apabila disapa oleh peniaga jalanan senang aje aku memberitahu dengan jawapan yang ringkas aku datang dari "Jambi" atau "Palembang". Begitu juga apabila bertanyakan soalah tentang barang yang ingin ku beli..perkataan2 tempatan yang familiar pendek dan ringkas akan aku gunakan. Banyak keistemewaannya :)...
Satu hal yang ingin dikongsi adalah "Bapak" ini tadi telah mempelawa ku untuk ke SURABAYA dan MALANG. Katannya ramai orang MALAYSIA datang ke Bandung untuk membeli belah. Tetapi syurga beli belah dengan KUALITI material yang lebih baik dan MURAH adalah di dua Kota yg disebutnya tadi. Terkejut juga apabila mendengar pandangan yang dilontarkan Bapak itu tadi. Terus aku mula bertanya "Mengapa Kualiti di Surabaya lebih murah berbanding Bandung padahal Kota kedua terbesar malah tersohor adalah Bandung".. "Itulah masalahanya mengapa barangan di Bandung lebih mahal dan kurang kualitasnya adalah gara - gara KOS ADVERTISEMENTnya tinggi"...sambungnya lagi "jika kamu ke Indonesia Kota Bandung yang terus dijual, dipasarkan dan diadvertisekan kepada orang luar, tapi kalau saya dan penduduk tempatan mahu membeli belah misalnya di musim Perayaan besar di sana aja" Hmmm walaupun belum pernah menjejakkan kaki ke SURABAYA tapi aku rasa ada kebenarannya. Buat teman2 gue di Bandung atau pun pembaca - pembaca catatan gue yang pernah membeli belah di kedua-dua Kota ini apa pandangan anda.. — at Jalan Dago, Bandung.
No comments:
Post a Comment