Salam
Salah satu ciri negara maju adalah "Sistem Pengangkutan Awam" yang bersepadu. Langkah ini sedang dilaksanakan di ibunegara Kuala Lumpur pada masa ini salah satunya adalah pembinaan Landasan MRT bagi laluan Sungai Buloh - Kajang.
Sistem ini akan lengkap sepenuhnya pada tahun 2016. Kepada pelabur hartanah pembinaan Landasan MRT ini ibarat "durian runtuh" "bonus" atau pun "gandaan kekayaan" kepada anda. Mana tidaknya sebuah unit rumah 2 tingkat intermediate di lokasi strategik cuma berharga RM300k sahaja sebelum pembinaan MRT. Bagaimanapun laluan MRT ini telah menjadikan harganya kepada RM700k - 800k seunit. Jika laluan MRT ini telah siap rumah ini dijangka akan meningkat kepada 1M - 1.2M. Rata - rata yang memiliki hartanah di laluan berhampiran laluan MRT ini faham sangat kesan yang diterima juga para pelabur hartanah tegar. Bagaimana jika anda memiliki 10 Unit rumah seperti ini di lokasi berhampiran? Tidakkah anda seorang yang sangat bijak, oppurtunis dan produktif..
Justeru pada ruang masa yang masih ada bertindaklah dengan segera bak orang yang bijak pandai selalu berkata "FAST ACTION FAST RESULT". "TERHEGEH - HEGEH ACTION TERHEGEH - HEGEH RESULT". Dengan pesanan dan ingatan untuk diri sendiri "Jika pada masa ini anda tidak mampu mengejar harga hartanah yang sedang meningkat seperti Roket dan berhenti mengejarnya; adakah anda rasa pada masa hadapan anda mampu mengejarnya semula". Justeru sekiranya ada yang berkira - kira membeli kereta yang mahal - mahal pada masa ini lupakan sebentar dan bertindak bijak dalam hidup anda..
Semoga Berjaya
1 comment:
Salah satu ciri "negara maju" adalah sistem pengangkutan awam yang sistematik + bersepadu + mencakupi radius yang lebih luas :))
Post a Comment