Wednesday, 17 September 2014

PENGURUSAN ALIRAN TUNAI, BANK & LHDN

*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ *GUIDE TO INVESTING


Saya perasan ramai yang berbisnes sekarang. Fenomena yang bagus. Tapi ada yang tak 'bisnes sangat' tapi duit masuk banyak. Jadi timbul beberapa masalah di sini kerana 'kejutan budaya' dari bank dan sistem-sistem mereka.
Di sini, saya akan BREAK THE BANKING CODE. So please take note dan ambil kisah. 
.
.
.

1. Bank menawarkan 2 jenis akaun utk kegunaan komersial dan individu; SAVING dan CURRENT ACCOUNT. Dalam melayunya, akaun simpanan dan semasa.
2. Kedua-dua jenis akaun ni ada sifat dan pe'el nya. SAVING ACCOUNT ni maksudnya utk simpanan. Dapat kad debit dan internet banking. Duit masuk puluh2 ribu secara KONSISTEN tak mengapa tapi jika KELUAR pun puluh ribu, memang akan dapat BANK NOTIFICATION. Lagi pula tak pernah2 duit masuk lebih RM3000, sekali masuk RM100,000, mmg kene FREEZE.
Trader forex memang ramai kena.
3. CURRENT ACCOUNT ni akaun semasa. Ia utk duit masuk keluar dengan pantas. Jika rasa aliran tunai BESAR keluar masuk, puluh-puluh ribu dan ratus ribu, sila pakai CURRENT ACCOUNT. Sebab itu namanya 'CURRENT', macam aliran elektrik yg tidak putus. Jika current terputus, bank boleh collapse. 


Anda bakal dapat kad debit, internet banking dan buku CHEQUE.
Limit pengeluaran adalah seperti berikut:
- kad debit: RM5000
- internet banking: RM10,000
- cheque: unlimited (di home branch) / RM25K (bukan home branch)

4. CURRENT ACCOUNT boleh dibuat di bawah nama PERSONAL atau ENTERPRISE. Bagi saya, tak perlu pening-pening utk buka akaun syarikat ENTERPRISE pun jika kita notify home branch bank akan status kegunaan CURRENT ACCOUNT PERSONAL kita samada utk internet bisnes, kemasukan komisen dan sebagainya.
Silalah bina hubungan baik & good rapport dengan home branch bank termasuk manager sekali. Jelaskan sekali bisnes anda jika anda berbisnes. Bank takkan menolak rezeki. Bukan senang nak dapat potential customer yang banyak wang kan?
5. Untuk lebih memudahkan perjalanan CURRENT ACCOUNT anda, sila buka syarikat enterprise di SSM.
Tunjuk pada manager bank dan akak-akak bank sambil beri biskut raya atau keropok lekor sebagai hadiah.
Sekarang ni, pendapatan anda JELAS dan jika CENTRAL BANK call HOME BRANCH, HOME BRANCH akan back up anda kerana mereka kenal anda personally dan tahu bisnes anda.
Lainlah anda buat money game atau scam, memang patut takut.
6. Seterusnya, susun ALIRAN TUNAI anda. Jika anda ada 4 bisnes, buat 2 CURRENT ACCOUNT utk memudahkan FLOW kemasukan wang. Cari buku lejar dan rekodkan setiap kemasukan duit dan bank. Kurangkan perbelanjaan TUNAI. Banyakkan guna fasiliti bank; internet banking, cheque, kad debit malah kad kredit.
Sila pastikan duit beredar dalam bank sahaja!!
Anda kene faham, bank mengamalkan sistem FRACTIONAL RESERVE SYSTEM. Anda simpan RM1000, bank pinjamkan RM1000 kepada 10 orang lain. Jika anda seorang dah lenjan RM1000 keluar dari bank, memang anda dah cari gaduh dengan bank. Sekali ade orang lain nak withdraw RM1000 lagi, mana nak cekau? Reserve sume dah tiada. Sebab itu jika mahukan TUNAI dalam kuantiti besar, anda perlu notify bank terlebih dahulu sehari atau beberapa hari awal. Faham?
Jangan bagi bank cuak atau menyebabkan mereka merasa yang mereka mengambil risiko besar. Jika tidak, mereka akan susahkan hidup anda dan mcm biasa, mereka akan notify abang long mereka, BNM.
7. Seterusnya cukup setahun, panggil tax planner, minta mereka check rekod aliran tunai, belanja bisnes dan sebagainya. Insyallah memudahkan pembayaran tax anda. Bayar tax seminima mungkin tetapi SAH.
Bayar tax lebih pun tak mengapa. Zakat semestinya. Anda bukan nak bisnes sehari. Nak bisnes bertahun-tahun dan bina bisnes legacy. Ini bayar RM10,000 setahun income tax pun kedekut, ape kes?
Kasi LHDN happy. LHDN happy, anda akan lagi happy berniaga.
8. Dah ada audited account dan tax, apa lagi, tambah la aset. Sambil menyelam minum air. Sambil berniaga tambah aset. Dah 10 tahun berniaga, boleh berhenti. Jaga aset sahaja dan kutip duit dari aset.
Pencen? Itu dah hampir gaya pencen dah. Bisnes boleh cari pewaris. Bagi bakat-bakat baru handle. Bagi peluang mereka bina empayar mereka pula.
.
.
.
.

Ok? Senang sahaja. Tak perlu kecoh-kecoh macam dunia nak runtuh dan gaduh-gaduh. Apabila ada masalah, kita semak diri dulu, apa yang kita boleh baiki, baru cari salah orang lain.
Insyallah success will pursue you.
P/s: Ini sedikit cebisan nota dalam slide presentation GROUP COACHING TEKNIK BEBAS KEWANGAN DENGAN BERHUTANG. Saya dah serap semua di dalam GC tersebut kerana ia semua berkaitan

Untuk mendapatkan maklumat lanjut anda boleh terus ke  link ini :
https://www.facebook.com/WaqipediaResources

Friday, 12 September 2014

TIPS MELABUR DI DALAM SYARIKAT SDN BHD

*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ *GUIDE TO INVESTING


Anda pernah melabur di dalam syarikat Sdn Bhd orang lain? Apa langkah pertama anda?
Saya kongsikan sedikit apa yang saya buat apabila melabur didalam syarikat Sdn Bhd orang lain.
1. Saya pastikan semua documentation adalah legal.
2. Saya akan melihat equity sedia ada dalam syarikat tersebut.
3. Berapakah nilai 1% saham.
4. Kebiasaannya saya akan pastikan saya adalah majoriti shareholder. Duit yang bakal saya laburkan juga seiringan dengan nilai pegangan saham saya.
5. Saya tidak akan sewenang-wenangnya melabur tanpa saya tahu hala tuju syarikat tersebut dan jika saya hanya minoriti shareholder.
6. Saya akan pastikan saham saya sudah di lodge di SSM sebelum saya transferkan wang pelaburan saya.
7. Saya perlukan majoriti share untuk memastikan saya sentiasa ada control jika berlaku voting dikalangan shareholder.
8. As majority shareholder, saya lebih mudah untuk memilih CEO bagi mengepalai management team.
9. Control amat penting didalam sesuatu syarikat. Without control, kita sendiri tak tahu apa akan jadi kepada wang pelaburan kita. Student saya pasti biasa mendengar saya ucapkan - Within control and in control.
10. Jangan hanya melabur dengan perjanjian mulut atau agreement lawyer semata-mata didalam syarikat. BAHAYA. Hak kita tak dilindungi. Pastikan segalanya sudah didaftarkan di SSM kemudian baru anda masukkan wang anda ke dalam account.
Duit yang kita cari bukanlah mudah. Oleh itu hargailah wang anda tanpa mengira sekaya manapun anda.
Makin kaya kita, makin kita akan berkira. Cuma jangan berkira untuk membeli saham akhirat. Itu saham "Must Buy"

Tuesday, 9 September 2014

TIPS MENYEDIAKAN PROFILE LOAN/ PROFILE KEWANGAN YANG TERBAIK UNTUK PEMBIAYAAN UNIT HARTANAH ANDA

*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ *GUIDE TO INVESTING




Saya mendapat beberapa pertanyaan tentang Tatacara penyediaan PROFILE KEWANGAN yang terbaik. PROFILE KEWANGAN dan PROFILE LOAN adalah perkara yang sama. Anda menyediakan PROFILE KEWANGAN bagi tujuan memudahkan pihak Bank mengakses maklumat Kewangan anda. Dengan maklumat-maklumat yang anda serahkan ini pihak Bank akan menilai kebolehupayaan anda membayar balik pinjaman baru yang anda pohon. Justeru apakah perkara-perkara penting yang perlu ada di dalam Profile Kewangan anda untuk ditunjukkan kepada pihak Bank.

Di dalam PROFILE KEWANGAN anda akan senaraikan perkara-perkara berikut :-

1. Salinan IC

2. Salinan CCRIS(Central Credit Reference Information System) - CCRIS ini laporan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia(BNM) untuk melihat "tabiat membayar pinjaman" oleh bakal peminjam. Salinan laporan CCRIS ini boleh anda perolehi di Bank Negara dengan membawa IC Original anda dan pergi ke Kiosk yang berkenaan. Masukkan IC anda dan tunggu pengesahan "thumbprint" untuk urusan selanjutnya.

3. Laporan CTOS(Convergent Technologies Operating Systems) - Laporan ini adalah untuk melihat kes-kes tuntutan Kredit di Mahkamah sekiranya ada dan boleh diperolehi dengan memasuki laman web berikut www.ctos.com.my/              

4. Lain-lain maklumat yang diperlukan ialah GAMBAR yang paling hensem, NAMA, NRIC, ALAMAT SEMASA, ALAMAT TEMPAT TINGGAL, TARAF PENDIDIKAN dan senarai semua PENDAPATAN yang anda perolehi. Maklumat ini boleh dimasukkan dalam satu helaian muka surat hadapan PROFILE LOAN anda. Data-data yang anda senaraikan ini mirip "resume" yang anda sediakan semasa melakukan permohonan pekerjaan. 

5. Maklumat seterusnya yang paling penting adalah PENDAPATAN semasa anda. Anda perlu tonjolkan 4 jenis pendapatan untuk pengiraan DBR(DEBT BURDEN RATIO)(sekiranya ada)


Umumnya ada 4 jenis PENDAPATAN yang boleh anda tonjolkan didalam profile kewangan anda. Antaranya adalah : 

i) AGRESIF INCOME
Adalah pendapatan utama yang anda perolehi seperti Gaji bulanan, pendapatan yang diperolehi daripada Coaching yang anda jalankan dan sebagainya. Pendapatan ini perlu dinyatakan di dalam Akaun semasa yang anda serahkan kepada pihak Bank


ii) PASIF INCOME
Pendapatan yang diperolehi daripada bayaran sewa rumah, pejabat, tanah dan sebagainya. Anda perlu sertakan setiap salinan Perjanjian Sewaan yang anda ada kepada pihak Bank. Rekod bayaran sewa yang diterima pula perlu dinampakkan di dalam slip Bank anda. Lain-lain pendapatan pasif termasuklah pendapatan yang diterima daripada royalti hasil penulisan buku dan sebagainya. Pendapatan ini juga perlu direkodkan di dalam Penyata Akaun Bank anda

iii) SIDE INCOME

Adalah pendapatan sampingan yang anda perolehi dari menjalankan perniagaan kecil-kecilan, business online dan sebagainya

iv) PORTFOLIO INCOME

Hasil pelaburan yang anda lakukan seperti ASB, ASW, Unit Trust, Saham, Gold Pass Book, Fix Deposit dan Insuran perlindungan diri juga boleh disertakan bersama di ruangan ini


Kesemua PENDAPATAN yang anda perolehi ini hendaklah anda bank in ke dalam Akaun Semasa anda dan direkodkan bagi tujuan SEMAKAN dan PENGESAHAN oleh pihak Bank. Disinilah kelemahan ramai peminjam Loan diluar sana. Ramai yang ambil mudah fungsi merekod setiap pendapatan yang diperolehi.

Apabila semua rekod telah lengkap. Dokumen yang berkaitan hendaklah di SENARAIKAN satu persatu di SUSUN rapi serta di FILEKAN dengan kemas sebelum diserahkan kepada Pegawai yang menguruskan Permohonan Pinjaman Hartanah anda. Sudah pasti menjadi suatu kegembiraan buat pegawai yang mengendalikan PERMOHONAN anda apabila semua dokumen yang diperlukan telah lengkap dan disusun rapi :D

Semakin banyak loan atau komitmen KEWANGAN yang telah anda ambil maka semakin kurang peluang anda mendapatkan loan baru. Bagaimanapun terdapat juga kes pihak Bank masih enggan berikan anda loan baru walaupun Profile Kewangan anda telah mantap. Mengapa hal ini terjadi? Jawapannya senang. Ini kerana DBR @ Ratio anda telah mencapai had maksima. Justeru anda perlu  turunkan Ratio anda supaya loan baru anda pada masa akan datang diluluskan. Ada beberapa kaedah yang digunapakai. Namun demikian secara umumnya anda haruslah :-

1. Selesaikan HUTANG lama dengan segera dan,
2. Tingkatkan PENDAPATAN anda

Bagi pemain yang agak hardcore di bidang Pelaburan Hartanah. Biasanya dikalangan mereka ini ada sekurang-kurangya 1 dan lebih PROFILE KEWANGAN untuk di submit kepada pihak Bank. Apabila jumlah Aset Hartanah semakin meningkat anda haruslah merangka STRATEGI seterusnya dengan menubuhkan INVESTMENT HOLDING COMPANY(IHC). Salah satu kelebihan IHC ialah anda boleh mendapatkan Pembiayaan Loan baru menerusinya sekiranya Ratio anda sudah mencapai had maksima.

Anda seharusnya memikirkan 2@3 langkah kehadapan Apakah perkaran yang diambilkira oleh Bank dalam permohonan loan anda. Saya tambahkan 1 TIPS lagi - Jika anda ada tunai yang mencukupi. Masukkan tunai kedalam akaun semasa anda RM200,000.00. Maka anda layak menjadi "Preferred Customer" jika anda pemegang akaun CIMB atau "Priority Customer" untuk akaun Maybank. Point sebegini juga diambil kira dan diberikan anda "MARKAH" tambahan yang tinggi dalam permohonan loan anda. 

Selamat mencuba. Semoga anda terus Kaya & Berjaya! 

Tuesday, 26 August 2014

CATATAN MENTOR BISNIS COACH BAHAR @ BAHARUDDIN MOHAMED

*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ *GUIDE TO INVESTING


Saya berjumpa seorang sahabat saya berbangsa cina yang berniaga. Dia cakap dengan saya...
" Bahar, ...lu tahu ke? . Mana ada benda ajaib dalam dunia. Nak kaya kena kerja kuat lah.
Keluarga gua, buka kedai runcit. Buka kedai cermin mata. Buka jam 9 pagi tutup jam 10 malam. Tujuh hari kerja, jaga bisnes sendiri.
Kumpul duit sikit- sikit ada peluang mereka beli emas. Ada peluang besar mereka jual emas beli tanah.
Bila bisnes teruk....kami pergi bank re-loan tanah cairkan aset.
Mana ada orang kata kami bangsa cina ...senang berniaga. Mana kalau nak kaya kerja sampai jam 5 je....mana boleh"
Saya mendengar dengan teliti. Saya memang tahu hanya kerja keras sahaja anda akan berjaya menguasai. Bisnes dan kerja tak boleh main-main, kena bermati-matian untuk berjaya.
Dia cakap lagi...
" itu bukan lama, bila semua dah ok...anda boleh relax. You tak payah kerja....orang lain kerja ..beri duit untuk you"
" you faham ke bahar. "
Saya menganggukkan kepala..


Catatan ini dikongsi daripada FB Coach dibawah. Saya bertemu Coach Bahar semasa  berumur 19 tahun di UKM. Semasa di Universiti dahulu kami panggilnya "Bob". Alhamdulillah berpeluang bertemu beliau semula di satu daripada Kursus anjuran beliau di D'Impian Hotel Shah Alam baru ini(satu daripada cabang Business Beliau) Sangat kagum dengan pencapaian yang beliau lakar hari ini. Pernah perolehi Jualan RM30,000 sehari semasa menjual Kuih Raya di Bulan Puasa semasa berusia 21 Tahun. Hari ini beliau mempunyai 19 Syarikat dan 250 orang Kakitangan dan Perniagaan beliau semakin bekembang. Apa yang anda nampak?

Kemahiran Mengurus, Mengorganisasi dan Sistem Berniaga beliau sudah tentu sangat tinggi dan Luar Biasa Hebat. Hari ini dengan Kejayaan yang beliau telah capai beliau masih ingin menyumbang dengan berkongsi Kemahiran yang beliau ada di dalam Kelas-Kelas Business Coaching anjuran beliau. Salah satunya adalah "PROGRAM ONE-TO-ONE Business Personal Coaching Syarikat"

Seorang yang sarat dengan Falsafah dalam Perniagaan. Katanya :- 
"Kesenian Berniaga adalah Lebih Penting daripada Semangat Berniaga"
"Jika di dalam Business kita, kita yang paling pandai. Business kita tidak akan kemana - mana"
"Orang Muda tahu Peraturannya, Orang Tua tahu Pengecualiannya"




Saturday, 23 August 2014

PELABURAN HARTANAH UNTUK SKIM PENCEN & YURAN PENDIDIKAN ANAK-ANAK

*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ *GUIDE TO INVESTING

PELABURAN itu PERNIAGAAN

Dalam Pelaburan Hartanah anda cuma perlu bekerja keras diperingkat awal untuk membeli Unit idaman anda dan terpaksa korbankan sementara keinginan anda dan memulakan Pelaburan Hartanah. Jika mempunyai matlamat yang jelas sudah pasti tugas akan menjadi lebih mudah.

Selepas itu biarkan INFLASI dan faktor PERMINTAAN pasaran yang bekerja dan menaikkan "Nilai" Hartanah anda sambil menikmati "Positive Cash Flow" yang ada




CONTOH :-

Lokasi : BANDAR SRI DAMANSARA
Jenis   : TERES 2 TINGKAT

i) Harga Unit Baru             = RM145,000.00
ii) Tarikh Beli = 1996
iii)    Tempoh                         = 18 Tahun
iii) Nilai semasa tahun 2014        = RM1.1M - RM1.2M
v) Keuntungan Bersih       = +- RM1,000,000.00

Andaikan anda sangat rajin di peringkat awal sehingga mampu membeli 10 Unit rumah!  Atau pun 20 Unit Rumah!? Berapakah pulangan yang bakal anda peroleh selepas tempoh 20 Tahun?. Sudah pasti ramai yang tidak mampu mengumpulkan jumlah Jutaan Ringgit tersebut. Bagaimanapun di dalam Pelaburan Hartanah anda boleh melakukannya. Selamat mencuba.


Thursday, 7 August 2014

KESAN KENAIKAN OVERNIGHT POLICY RATE(OPR) & BASE LENDING RATE(BLR) kepada PENGGUNA

*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ *GUIDE TO INVESTING

Salam & Bertemu lagi. 

Hari Raya Aidilfitri sudah pun berakhir namun umat Islam masih meraikannya sehingga ke penghujung Syawal. Semoga kita semua dapat mengambil kesempatan Hari Raya Aidilfitri serta Syawal kali ini bermaafan dan merapatkan hubungan yang sedia terjalin. Namun pastikan anda menjaga jumlah kalori yang diambil semasa menghadiri rumah terbuka nanti. ***Pesanan untuk diri sendiri & anda semua. Kesihatan yang baik adalah sumber Kekayaan anda yang pertama

Berbalik kepada poin utama. Umum mengetahui BNM pada Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) pada 10hb Julai, 2014 yang lalu telah bersetuju menaikkan kenaikan Kadar Dasar Semalaman(OPR) sebanyak 25 mata kepada 3.25%. APAKAH KESANNYA KEPADA ANDA?

Bagi yang membiayai pembelian Aset Hartanah dengan pinjaman Bank terutamanya akan mengalami kesan langsung akibat daripada keputusan ini.

Kenaikan OPR sebanyak 25 mata telah menaikan Kadar semasa OPR daripada 3% kepada 3.25%. Sekaligus kesan ini dipindahkan kepada BLR. Kadar BLR sebelum kenaikan OPR ialah 6.6%. Selepas kenaikan OPR menyaksikan kadar semasa BLR yang dikenakan oleh Bank ialah 6.85%


KEWAJARAN KENAIKAN OPR KEPADA MAKRO EKONOMI
  • Dari sudut EKONOMI , apabila EKONOMI kukuh akan menyebabkan kenaikan Kadar INFLASI. INFLASI menyebabkan NILAI Wang semakin berkurangan.Contoh : NILAI RM50.00 pada Tahun 80an lebih tinggi berbanding NILAI RM50.00 pada Tahun 2014.
  • PERMINTAAN yang Tinggi di dalam Pasaran akan menyebabkan kenaikan pada Kadar HARGA pada Barangan & Perkhidmatan di Negara ini. Jika tidak dikawal memberi kesan besar kepada Makro Ekonomi secara keseluruhannya untuk jangka panjang.
  • Oleh sebab itu BNM terpaksa naikkan OPR bagi memperlahankan momentum pertumbuhan ekonomi Malaysia dan mengurangkan Malaysia membuat PINJAMAN, sekaligus memperlahankan PERMINTAAN. Kekurangan PERMINTAAN di dalam Pasaran akan dapat membendung kenaikan Harga secara umumnya. 
  • Kekurangan dalam PERMINTAAN juga membantu mengawal dan memperlahankan NPL (Non Performing Loan) dikalangan peminjam.
  • Kenaikan Kadar OPR 25 mata daripada 3% kepada 3.25% akan meningkatkan Kadar Ansuran Bank kepada peminjam pada setiap bulan. Hal ini sekaligus memberi kesan kepada Permohonan baru bagi pembiayaan Hartanah semasa. Nilai Pinjaman akan menjadi lebih mahal.
BEBAN DITANGGUNG PEMINJAM

Kiraan mudah menunjukkan kesan kenaikan OPR ini telah menaikkan kadar bayaran balik seperti berikut :

* Setiap ansuran pinjaman bernilai RM100,000.00 akan mengalami kenaikan kenaikan sebanyak RM250.00 atau pertambahan kadar bayaran balik pinjaman kepada RM20.83sen sebulan
* Bagi Pelabur Hartanah tegar sudah pasti jumlah pinjaman yang dipohon lebih besar bagi membiayaai pembelian aset-aset hartanah anda. Sekaligus kenaikan OPR akan memberi kesan langsung kepada anda. 
Sekiranya jumlah Pinjamaan pokok semasa anda bernilai RM2,000,000.00. Ini bermakna pertambahan kadar bayaran balik pinjaman anda adalah sebanyak kira-kira RM5000.00 setahun. Sementara kadar bayaran balik pinjaman bulanan anda pula akan meningkat kepada RM416.70. Sekaligus menyebabkan Pendapatan Bersih bulanan anda juga turut berkurangan sebanyak RM416.70

Justeru kendalikan Kewangan anda dengan Bijaksana dan berhemah. Selamat Maju Jaya Malaysia..