*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ
*GUIDE TO INVESTING
Seorang yang sarat dengan Falsafah dalam Perniagaan. Katanya :-
"Kesenian Berniaga adalah Lebih Penting daripada Semangat Berniaga"
"Jika di dalam Business kita, kita yang paling pandai. Business kita tidak akan kemana - mana"
"Orang Muda tahu Peraturannya, Orang Tua tahu Pengecualiannya"
Saya berjumpa seorang sahabat saya berbangsa cina yang berniaga. Dia cakap dengan saya...
" Bahar, ...lu tahu ke? . Mana ada benda ajaib dalam dunia. Nak kaya kena kerja kuat lah.
Keluarga gua, buka kedai runcit. Buka kedai cermin mata. Buka jam 9 pagi tutup jam 10 malam. Tujuh hari kerja, jaga bisnes sendiri.
Kumpul duit sikit- sikit ada peluang mereka beli emas. Ada peluang besar mereka jual emas beli tanah.
Bila bisnes teruk....kami pergi bank re-loan tanah cairkan aset.
Mana ada orang kata kami bangsa cina ...senang berniaga. Mana kalau nak kaya kerja sampai jam 5 je....mana boleh"
Saya mendengar dengan teliti. Saya memang tahu hanya kerja keras sahaja anda akan berjaya menguasai. Bisnes dan kerja tak boleh main-main, kena bermati-matian untuk berjaya.
Dia cakap lagi...
" itu bukan lama, bila semua dah ok...anda boleh relax. You tak payah kerja....orang lain kerja ..beri duit untuk you"
" you faham ke bahar. "
Saya menganggukkan kepala..
Catatan ini dikongsi daripada FB Coach dibawah. Saya bertemu Coach Bahar semasa berumur 19 tahun di UKM. Semasa di Universiti dahulu kami panggilnya "Bob". Alhamdulillah berpeluang bertemu beliau semula di satu daripada Kursus anjuran beliau di D'Impian Hotel Shah Alam baru ini(satu daripada cabang Business Beliau) Sangat kagum dengan pencapaian yang beliau lakar hari ini. Pernah perolehi Jualan RM30,000 sehari semasa menjual Kuih Raya di Bulan Puasa semasa berusia 21 Tahun. Hari ini beliau mempunyai 19 Syarikat dan 250 orang Kakitangan dan Perniagaan beliau semakin bekembang. Apa yang anda nampak?
Kemahiran Mengurus, Mengorganisasi dan Sistem Berniaga beliau sudah tentu sangat tinggi dan Luar Biasa Hebat. Hari ini dengan Kejayaan yang beliau telah capai beliau masih ingin menyumbang dengan berkongsi Kemahiran yang beliau ada di dalam Kelas-Kelas Business Coaching anjuran beliau. Salah satunya adalah "PROGRAM ONE-TO-ONE Business Personal Coaching Syarikat"
"Kesenian Berniaga adalah Lebih Penting daripada Semangat Berniaga"
"Jika di dalam Business kita, kita yang paling pandai. Business kita tidak akan kemana - mana"
"Orang Muda tahu Peraturannya, Orang Tua tahu Pengecualiannya"
No comments:
Post a Comment