Saturday, 19 August 2017

TIPS MENANGANI PENYEWA LIAT BAYAR SEWA

*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ *GUIDE TO INVESTING

Pengurusan rumah sewa sangat penting diberi perhatian oleh Pelabur Hartanah. Ada pelabur yang sanggup jual semula rumah pelaburannya kerana tak tahan serta bosan melayani kerenah penyewa. Hal ini pasti sesuatu yang amat malang sekali. Selepas proses ketat pemilihan penyewa dilakukan. Interaksi seterusnya tuan rumah dengan penyewa amat penting untuk dapatkan kerjasama penyewa terutama bab bayaran sewa
Nota Friendly Reminder Kepada Penyewa

Berikut adalah langkah yang boleh dilakukan semasa mengendalikan penyewa untuk dapat kerjasama sepenuhnya dari penyewa
.
1. Komunikasi Yang Betul
Penyewa suka dilayan dengan hormat & wajar walau apa juga masalah yang mereka hadapi. Justeru abam sentiasa memakai topi "Mesra" & "Tegas" sewaktu berkomunikasi dengan penyewa
.
Hasilnya alhamdulillah belum ada lagi kes halau penyewa, mangga pintu rumah, buat permohonan cabut meter elektrik, cabut meter air, gaduh dengan penyewa dan sebagainya setakat ini


2. Nota Friendly Reminder 
Nota dikeluarkan selewatnya pada 7hb menerusi pesanan whatsapp jika dapati penyewa masih belum buat bayaran sewa. Tuan rumah perlu menunggu feedback yang diberikan oleh penyewa. Usah terburu-buru. Tempoh sehari dua ni tuan rumah perlu husnuzon. Mungkin penyewa terlepas pandang atau memang ada sedikit masalah. Beri sedikit ruang kepada penyewa selagi tiada tanda-tanda penyewa mengelat & cuba ambil kesempatan

3.Call
Sekiranya masih tiada respon barulah cal untuk bertanya kabar terlebih dulu sebelum tanya urusan sewa dan sebagainya hehehe..


4. Bersemuka
Seterusnya jika cal pun tak angkat, whatsapp tak balas etc baru berjumpa face to face dengan penyewa untuk bertanyakan beberapa informasi yang diperlukan berkaitan bayaran sewa, kerjaya dan sebagainya. Banyak punca salah faham & perbalahan berlaku melalui whatsapp. Justeru langkah bersemuka sangat wajar untuk cut segala BS dan pergi kepada point >>>
Bila boleh bayar sewa?
Jika ada masalah berapa lama tambahan masa diperlukan?
Sebagai tuan rumah nyatakan juga kerumitan yang dihadapi dengan pihak bank disebabkan kelewatan bayaran installment bulanan. Bayaran denda lewat bayar yang terpaksa ditanggung, notis mahkamah dan sebagainya.
Masa ni tuan rumah perlu analisa semua maklumat yang diperolehi dan beri respon sebaiknya menggunakam budi bicara yang ada
.
Namanya manusia kadang ada masalah yang perlu ditoleransi dari tuan rumah. Toleransi perlu disertai dengan "target date untuk settle". Justeru deposit sewa yang dipegang sangat penting untuk menjaga kepentingan tuan rumah. Kelewatan sewa tidak harus lebih dari jumlah deposit yang dipegang
.
.
.
.
.
.
.
.
Ada beberapa point lagi yang boleh dilakukan sehingga tuan rumah dapat kerjasama penuh dari penyewa.... tapi abam tak semangat nak sambung mana tau tak ada yang baca hahaha. Kalau ada yang suka baca Tips ni kasi like cikit. Cukup 299 like baru semangat nak sambung menulis. Ini untuk mengelakkan syok sendiri haha

No comments: