*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ
*GUIDE TO INVESTING
Salam & Apa khabar semua
Selamat Tahun Baru 2017 diucapkan. Semoga pelabur hartanah yang sedang menunggu hasil pelaburan yang diidamkan terus berdisiplin & bertahan sehingga penghujung tahun ini. 2018 akan membawa lebih khabar gembira selepas "market adjustment" berlaku dalam tempoh ini.
Catatan ini diambil dari status Tuan Salkukhairi Abd Sukor
Info yang diberikan amat berguna untuk pembeli rumah pertama merancang dan berindak melabur unit yang sesuai.
MULAI 1 JAN 2017, RUMAH PERTAMA BERNILAI RM300K KEBAWAH DIKECUALIKAN DARIPADA BAYARAN DUTI SETEM
Tahukah anda, mulai 1 Jan 2017, untuk pembelian rumah pertama yang
bernilai RM300K KEBAWAH, anda akan DIKECUALIKAN daripada bayaran duti
setem pindah milik dan duti stem dokumen utama pinjaman
Manakala
untuk hartanah yang bernilai RM301K hingga RM500K pula, anda layak
mendapat peremitan sebanyak RM5,000 daripada jumlah amaun sebenar duti
setem pindah milik yang akan dikenakan, dan peremitan sebanyak RM1,500 daripada jumlah amaun sebenar duti setem dokumen utama pinjaman yang akan dikenakan
Misalnya :
1. Nilaian rumah : RM500K
Duti setem pindah milik sebenar : RM9000
Peremitan duti setem pindah milik : RM5000.
RM9000 - RM5000 = RM4000.
Maka, duti setem yang perlu di bayar hanyalah : RM4000 SAHAJA
2. Jumlah pinjaman : RM450K
Duti setem dokumen utama pinjaman : RM2250
Peremitan duti setem dokumen utama pinjaman : RM1500
RM2250 - RM1500 = RM750.
Maka, duti setem yang perlu di bayar hanyalah : RM750 SAHAJA
Nak tahu perkiraan duti setem sebenar, sila lihat gambarajah di bawah.
* Peremitan : potongan/ diskaun
Sila LIKE, KOMEN dan SHARE!

No comments:
Post a Comment