Monday, 9 January 2017

PELABUR BIJAK NAMPAK PELUANG MASA DEPAN

*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ *GUIDE TO INVESTING


Orang yang cerdik ialah orang yang sentiasa mengingati mati dan sentiasa bersedia menghadapinya
 
Bila kerap melabur Hartanah untuk simpanan jangka panjang. Suatu hari pintu hati ku mula diketuk tentang simpanan tetap yang kekal abadi. Apa dia tu??

"Hidup ini bukan setakat didunia. Dunia ini adalah perjalanan menuju ke suatu tempat yang kekal abadi. Mereka yang bijak akan mengambil peluang yang ada hari ini supaya tidak menyesal dikemudian hari"
Menyantuni Habib Naufal Al Kaff bersama teman ketika beliau hadir di Malaysia

Entah kenapa kata-kata pak guru kali ini kuat terlekat di hatiku waktu itu. Kalau tak memperkatakannya pun memang telah diketahui & diakui tentangnya. Namun sikap terhadapnya hanyalah suam-suam kuku sehinggalah saat itu. Justeru ia menjadi suatu permulaan untuk lebih mensyukuri segala NikmatNya. Skop melabur dilihat dalam konteks lebih meluas lagi selepas itu. Melabur bukan setakat pulangan jangka panjang di dunia tetapi melabur untuk bekalan kehidupan yang kekal abadi. Pasti ianya satu langkah yang sangat bijak sekiranya bersungguh-sungguh melakukannya kerana umum mengetahui kehidupan yang sebenarnya ialah di alam akhirat. Semuanya pasti akan kesana samada mahu atau pun tidak mahu.
"Tiap-tiap diri akan merasakan mati. kami akan menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan. Dan kepada kamilah kamu semua akan dikembalikan" - Al Anbiya' : 35

Suasana yang sangat damai di pintu masuk utama DARUL HABIB ISLAMIC BOARDING SCHOOL, Sukabumi
Bermula saat itu satu perkara yang sangat dititik beratkan ialah Pelaburan jangka panjang ke atas anak-anak. Jelas salah satu daripada 3 perkara yang akan ikut kita semasa meninggal dunia ialah doa anak yang soleh. Justeru aku mula memberi perhatian sepenuhnya kepada pelaburan yang satu ini untuk keuntungan berterusan jangka panjang,  Inshallah. Thrill melabur Hartanah ialah pulangan jangka panjang yang diperolehi dikemudian hari. Namun hakikatnya pelaburan ke atas anak-anak jauh lebih trhill lagi kerana pulanganya adalah INFINITI

Bila aku buat keputusan untuk  hantar anak-anak belajar agama sepenuh masa & berpindah dari sekolah akademik/agama.  Pelbagai reaksi yang di terima dari sekeliling. Ada yang menyokong & ada juga soalan-soalan nakal yang ditanya. Aku tak salahkan mereka. Mereka hanya ingin tahu & memastikannya. Macam aku juga mula-mula dulu..

Ada yang tanya "tak sayang anakkah hantar belajar jauh -jauh". Sebetulnya tiada yang tak sayang anak. Pasti yang bergelar ibu atau bapa sayangkan anak-anak. Tapi untuk nikmati kemanisan perlukan pengorbanan. Justeru ini adalah sebahagian dari  pengorbanan kecil yang perlu dilakukan untuk mendapatkan Rahmat & RedhaNya sebelum mata tertutup rapat. Semoga Allah SWT mengampuni dosa-dosa kita..

Ada juga bertanya "sekolah pondok tiada sijil macamana nak kerja"
HABIB Naufal Al Kaff bersama-sama 2 bekas santri yang semakin mengukir nama dalam arena daawah iaitu Habib Ali Zaenal Abidin Al Kaff(Pemimpin Cinta Rasul International Community) & Habib Musawwa yang kini menyambung Master di UIA dan mengajar sambilan di MATIS Hulu Kelang

Sebenarnya ramai lepasan pondok yang cemerlang dan dapat sambung pendidikan hingga ke Timur Tengah & ada hingga ke negara Barat. Apa yang lebih penting ialah minat serta peranan yang dimainkan oleh 3 pihak iaitu :-
i) Ibubapa
ii) Anak-anak
iii) dan Guru sendiri

Kelas Pengajian yang lengkap
 
Asrama pelajar moden & kondusif
Maklumlah anak-anak baru berusia 11 tahun dan perlu berpisah dengan ibu bapa. Jauh pula tu hingga ke negara seberang. Tapi tak mengapalah demi ilmu dan kefahaman agama ku turutkan rasa dan buang perasaan rindu kepada mereka jauh-jauh buat sementara. Apa lebih penting ialah kebaikkan buat mereka dikemudian hari. KepadaNya aku berserah. Moga dipermudahkan segala urusan di dunia & akhirat nanti. Aamin

Tempat yang menjadi pilihan untuk hantar anak-anak  ialah DARUL HABIB ISLAMIC BOARDING SCHOOL Sukabumi yang dimiliki oleh Habib Naufal Al Kaff. Kenapa sampai ke Indonesia. Bukankah banyak
Susunatur & design  dapat sentuhan kepakaran dari Malaysia
Maahad di Malaysia yang tak kurang hebat. Sebetulnya dari awal beberapa pilihan ialah di Malaysia kerana lebih mudah & dekat jika nak melawat anak-anak nanti. Apapun bila Allah mengkehendakiNya hati mula jatuh cinta dengan DARUL HABIB. Mungkin juga ada pengaruh beberapa teman yang turut menghantar anaknya kesini hehehe.. pengaruh yang baik tak mengapa.

4 pelajar Malaysia daripada kira-kira 120 orang yang  berada di DARUL HABIB
Pembelajaran di DARUL HABIB adalah selama 10 tahun. Belajar alim, bahasa Arab, Hadith,  hafazan dan lain-lain lagi. Selepas tamat anak-anak akan dihantar melanjutkan pelajaran di Universiti terpilih di Timur Tengah terutama di Yaman samada Hadramaut, Tarim, Darul Mustofa dan sewaktu dengannya. Info lanjut Darul Habib disini >>> http://www.daarulhabib.net/

Jika anda melabur hartanah,  anda nampak peluang pelaburan serta pulangan yang akan diterima dalam jangka panjang

Tetapi pelaburan keatas anak-anak pulangannya adalah INFINITI walaupun anda tiada lagi didunia ini. Tentu anda lebih bersungguh-sungguh keatas pelaburan yang boleh berikan pulangan berpanjangan seperti ini berbanding pulangan yang diterima 20@30 tahun sahaja!?

Pokoknya hantar anak belajar agama bukan untuk dibanggakan tetapi yang lebih penting ialah kefahaman kepada agama itu sendiri cinta Allah dan cinta Rasul dalam kehidupan seharian. Semoga Allah SWT merahmati kita semua. Aamin ya Robbal Alamin

Moga menjadi hambaNya yang benar-benar taqwa, beriman  & beramal soleh biarpun dilimpahi nikmat dunia. Teringat pesan guruku lagi "Dunia ini adalah tempat yang memabukkan. Maka hati-hatilah dengannya. Usah sampai leka dan alpa kerana ianya sangat tidak berbaloi"


Maka nikamat Allah Yang Mana Lagi Yang Kau Dustakan - Ar Rahman : 13


No comments: