Pelaburan Keatas Anak-Anak Pulangannya Adalah INFINITY & Berterusan |
*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ *GUIDE TO INVESTING
Bila ada yang tanya "tak sayang anakkah hantar belajar jauh -jauh"
Saya kata "sebab sayanglah saya hantar jauh-jauh supaya beliau berdikari dari usia kecil" lagipun memang dah rezeki agaknya anak sanggup dihantar dan dapat tempat yang baik
Ada juga bertanya "sekolah pondok tiada sijil macamana nak kerja"
"Sebenarnya ramai lepasan pondok yang cemerlang dan dapat sambung pendidikan hingga ke timur tengah & ada hingga ke negara barat" yang lebih penting ialah minat serta peranan yang dimainkan oleh ibubapa, anak-anak dan guru sendiri"
Melabur hartanah anda nampak peluang pelaburan serta pulangan yang akan diterima dalam jangka panjang
Tetapi pelaburan keatas anak-anak pulangannya adalah infiniti kepada anda walaupun anda tiada lagi didunia ini. Tentu anda lebih bersungguh-sungguh keatas pelaburan yang boleh berikan pulangan berpanjangan seperti ini berbanding pulangan yang diterima 20@30 tahun sahaja
"Hantar anak belajar agama bukan untuk dibanggakan tetapi yang lebih penting ialah kefahaman kepada agama itu sendiri cinta Allah dan cinta Rasul dalam kehidupan seharian"
No comments:
Post a Comment