*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ
*GUIDE TO INVESTING
sewaktu menempuh perjalanan panjang dijalanan yang kadang-kadang macet ini aku sering terlihat dikiri kanan jalan sekelompok manusia yang gigih menawarkan jualan masing-masing demi mencari sesuap rezeki untuk hari ini dan mungkin sedikit buat bekalan esok untuk anak-anak & isteri di rumah. Ada yang menjual tahu goreng ditengah2 panas jalanan sesak lagi berdebu itu, ada yang memikul air aqua dingin yang beratnya tak sanggup ku pikul buat tempoh yang lama, kerepek, kopi panas, buah-buahan dan sebagainya. Penjual ini mundar mandir dari satu kereta ke satu kereta tapi jarang sekali ada yang membelinya
Setiap kali datang ke bumi bertuah ini(indonesia) setiap kali itulah ia mengajar aku erti Syukur dalam beberapa perspektif
Jalanraya yang sentiasa sesak |
Mungkin rata-rata pemandu lebih senang dapatkannya di R& R @ toko indomaret yang banyak di sepanjang jalan
Paling menginsafkan apabila aku perhatikan raut wajah bapak-bapak & pemuda-pemuda ini. Mereka tetap tidak putus asa mencari rezeki. Tidak ada istilah mengaku kalah dalam diri mereka walaupun sesekali berhenti dipinggir jalan menahan lelah untuk menyambung sisa perjuangan seterusnya... Ampunkan aku ya Allah kerana tak pantas bersyukur diatas segala nikmat yang telah engkau anugerahkan selama ini..
"lihatlah mereka yang berada dibawahmu usah asyik terus mendongak keatas kerana yang ada hanya ingin lebih ke atas"
No comments:
Post a Comment