*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ
*GUIDE TO INVESTING
Unit Medium Kos Untuk Diupgrade |
Pasaran Hartanah
===============
Pasaran hartanah tahun 2016 dah tak macam beberapa tahun lepas. Perubahan demi perubahan terus berlaku dari segi penawaran harga, lokasi yang dulunya sekadar dipinggiran mula bertukar menjadi lokasi utama, kemudahan pengangkutan awam semakin canggih dengan adanya ETS, MRT, LRT, jumlah populasi yang semakin meningkat mewujudkan permintaan baru dan sebagainya. Dahulu jika sebuah lokasi dianggap tidak berdaya maju kini mula semakin meriah dengan idea-idea awesome pemaju. Pemaju-pemaju juga ada yang semakin kreatif dan inovatif dalam menawarkan rekabentuk dan kemudahan yang lebih menarik. Bagi tujuan mewujudkan permintaan dan menarik perhatian pembeli
.
Kepada pembeli baru perlu bijak dan berhati - hati semasa membuat keputusan pembelian. Urus risiko anda dengan bijak. Pastikan anda telah membuat kajian pasaran. Uji permintaan dengan membuat iklan dummy sebelum buat keputusan pembelian adalah langkah sangat bijak. Terutama pembelian untuk tujuan pelaburan yang bergantung kepada hasil "rental". Sekiranya wujud permintaan yang hangat barulah buat keputusan pembelian
.
Pokoknya hati - hati membuat keputusan melabur untuk mengelakkan anda "stuck" membuat pelaburan seterusnya
.
pssstt masa tak buat aktiviti pembelian adalah masa untuk upgrade rumah sedia ada agar menjadi pilihan penyewa yang baik hati diluar sana. Untuk unit yang lebih strategik sudah sampai masanya untuk meningkatkan pulangan #rental dengan hasil sewaan mengikut #bilik atau lebih best lagi sewaan mengikut #kepala. Maklumlah rental untuk sebuah unit rumah semakin mahal di tengah kotaraya Metropolis Kuala Lumpur. Justeru unit sewaan mengikut bilik @ kepala yang selesa mula menjadi intipan penyewa berpotensi
Gambar dilokasi sebenar untuk diupgrade
grin emoticon
No comments:
Post a Comment