*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ
*GUIDE TO INVESTING
Antara Volume & Value
1 Unit Shoplot sama dengan 15 Unit Apartment |
Mana satu strategi yang betul ATAU menjadi idaman?
Ada yang kata Volume lebih penting dan ada yang kata Value lebih penting.Masa mula-mula sertai kursus Hartanah bayar 5,000 untuk kelas 6 hari dulu pun aku diajar Value lebih penting daripada Volume Tapi secara umumnya yang kata Volume lebih penting adalah pelabur nubis yang gemar psiko diri sendiri dengan numbers(sebab aku begitu dulu..). Maklumlah dengan bilangan unit rumah yang dimiliki akan lebih drive pelabur untuk terus melabur unit baru kerana “level of satisfaction” pelabur baru ni berbeza sikit. Kata-kata ada 10 unit rumah(tanpa sebut value) tentu lebih sedap didengar diri sendiri daripada ada seunit rumah dengan value yang sama dengan 10 unit rumah itu tadi
.
Bila dah semakin mahir dan mencapai sasaran yang ditetapkan biasanya nombor atau bilangan unit rumah tidak lagi berapa penting. Kenapa tak penting?
.
Sebab semakin banyak unit rumah yang dimiliki semakin banyak ragam penyewa yang perlu dikendalikan.. dan salah satu skill yang penting dalam melabur hartanah ialah mengendalikan Penyewa… maka lahirlah idea menulis “EBOOK AKU TUAN RUMAH” sebagai panduan dan bimbingan kepada “Tuan Rumah” yang mengendalikan ragam penyewa Penyewa dengan lebih efisyen
.
Bila dah mahir sikit anda akan bertukar kepada strategi lebih #risiko dan lebih #pulangan contohnya Pelaburan di Tangga Kedua dalam Pelaburan Hartanah iaitu #Shoplot. Hasil positive cash flow untuk 1 unit Shoplot(terutama unit tepi) pun dah lebih kurang sama dengan 15 Unit Apartment Medium Cost dan anda hanya mengendalikan 1 orang penyewa sahaja dalam satu-satu masa berbanding 15 orang penyewa. Kalau ada yang nak bypass Pelaburan di Tangga Hartanah dari Unit Kediaman kepada Unit Komersil agak kurang sesuailah kerana lebih risiko. Lebih baik anda menjadi pelabur bijak dan humble daripada anda menjadi pelabur yang stuck @ tersontot diri sendiri untuk pelaburan seterusnya. Apapun EBOOK Panduan dan Strategi Melabur SHOPLOT boleh dijadikan rujukan kepada yang berminat melabur Unit Shoplot
.
Pokoknya #strategi mana betul atau #teknik mana yang betul tak timbul dalam #pelaburanhartanah. Yang paling penting adalah strategi mana yang paling #sesuai dengan #situasi anda
SELAMAT MELABUR
Sedikit-sedikit lama-lama jadi Bukit
No comments:
Post a Comment