Friday, 1 January 2016

Selamat Tahun Baru 2016!

*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ *GUIDE TO INVESTING



Selamat Tahun Baru 2016

====================

Year of Law of Attraction "Believe it - Feel it & Talk about it What you gonna achieve in year 2016!


Bila abam jubah syorkan tak perlu beli banyak rumah cukup beli sebuah rumah seorang sahaja kerana kalau seorang beli sampai berbelas-belas akan menaikkan lagi harga rumah. Anda tak perlulah ikut saranan ini. Berapa kerat yang sanggup bersusah payah dari awal menahan kehendak sementara dan hari ini berjaya miliki sampai berbelas rumah. Mereka ini golongan yang pandai menghidu peluang dan bijak gunakan kesempatan yang ada. Peratusan golongan ini ternyata sangat kecil dikalangan orang Melayu sendiri. Justeru sepatutnya diberi galakkan ditujukkan jalan dan semangat bukan sebaliknya

Jika abam ada wang RM150 ribu dan nak beli 1 unit Apartment TUNAI sebab alasan tak perlu berhutang, sistem islamic Financing yang tak islamic dan sebagainya. Biarkan

Kepada anda yang ada tunai RM150 ribu gunakan sebagai bayaran deposit untuk beli 5 unit rumah lagi. Leveragekan keupayaan kewangan anda dengan lebih bijak dan nikmati keuntungan 5 kali ganda dalam tempoh MASA yang sama. Gunakan kelebihan hutang baik dan manfaatkan OPM @ Other People's Money untuk biayai pelaburan anda. Pastikan Penyewa membayar baki pinjaman pelaburan unit rumah anda sambil anda nikmati "Kenaikkan Harga Pasaran" dan "kenaikan Sewa Rumah" setiap tahun disebabkan faktor Permintaan dan Inflasi. Anda tentu jauh lebih bijak jika melakukannya. Sekiranya anda tidak mahu melakukannya ramai lagi yang sedang berlumba-lumba ambil kesempatan yang ada!

Fakta sebenar yang berlaku ialah jumlah komposisi kaum di Malaysia tidak menggambarkan nilai pegangan dan hakmilik bangunan serta hartanah di kawasan bandar terutama di Kuala Lumpur dan Selangor 

Peratusan Melayu Bumiputera yang berminat dengan pelaburan Hartanah juga tidak seberapa berbanding dengan lain-lain kaum. Mereka yang tidak jemu-jemu mendidik dan berkongsi status tentang Bijak pengurusan Kewangan dan Pelaburan Hartanah di media sosial seperti FB dan Blog juga kebanyakkannya orang yang sama setiap tahun

Yang sepatutnya abam highlightkan ialah langkah-langkah meningkatkan kemahiran mengurus kewangan peribadi yang agak terkebelakang apatah lagi pengetahuan di bidang Pelaburan Hartanah mahupun Saham. Galakkan juga untuk menjauhi Skim Sontot yang sangat digemari kerana menjanjikan bulan, bintang dan matahari serta harapan palsu, Skim Cepat Kaya sebab tiada jalan mudah untuk menjadi kaya sekelip mata dan Scammers yang mengambil kesempatan

Saranan-saranan seperti ini jauh lebih manfaat!

No comments: