Tuesday, 29 December 2015

Penggumuman Rasmi Agihan Pendapatan ASB 2015

*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ *GUIDE TO INVESTING



Penggumuman Rasmi Agihan Pendapatan ASB 2015
=====================================
Yang dah set "target" dan "komitment" teruskan konsisten menyimpan dan biarkan The Power of Compounding bekerja. Elakkan guna dividen ASB untuk bayar hutang kredit kad atau beli sport rim dan perbelanjaan sewaktu dengannya.. bukan tak boleh tapi maksudnya "Personal Financial Planning" belum cukup padu 
kiki emoticon

Penggumuman dividen ASB tahun 2015



PENGERUSI Permodalan Berhad (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid (kiri) dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman (kanan) menunjukkan replika agihan pendapatan 7.25 sen seunit dan bonus sebanyak 0.50 sen seunit bagi Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015 di Menara PNB. - Foto Sairien Nafis. KUALA LUMPUR: Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan agihan pendapatan 7.25 sen seunit dan bonus sebanyak 0.50 sen seunit bagi Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015. Pada tahun lalu, agihan pendapatan adalah sebanyak 7.5 sen dan bonus satu sen. Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, berkata peruntukan pengagihan pendapatan itu membabitkan pembayaran berjumlah RM10.41 bilion, peningkatan 4.3 peratus berbanding pembayaran RM9.98 bilion tahun kewangan sebelumnya. Beliau berkata, prestasi ASB sepanjang tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015, secara keseluruhannya masih memuaskan walaupun pasaran saham dan ekonomi mengalami situasi yang mencabar sepanjang tahun ini. "Kadar pengagihan pendapatan dan bonus tabung ASB ini adalah kompetitif jika dibandingkan dengan instrumen pelaburan lain yang sesuai dijadikan perbandingan," katanya pada majlis pengumuman agihan pendapatan ASB di Kuala Lumpur hari ini.   DISYORKAN

No comments: